Bunga terakhir

Aku ingin menjadi bunga terakhir
yang jatuh ke tasik hati kamu
menyebar wangi pada setiap pinggir
menyerlah seri pada setiap gelora

Biar lama
Biar selamanya