Ulasan buku gaya malas

Saya harap saya dapat tulis banyak2. Tapi saya malas. Tapi saya rindu melihat statistik kunjungan ke sini dengan banyak. Tapi saya malas. Tapi saya rindu. Seperti monyet rindukan bunga. Tak layak dan tak malu.

Ini adalah ulasan buku gaya malas2.

For One More Day (2008, 2011) – Mitch Albom

Sinopsis : Kisah Charles Benetto, seorang ahli sukan yang pernah di puncak, kemudian gagal dalam hidup lalu hampir membunuh diri. Kisah bagaimana seseorang telah mengabaikan pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu. Ini kisah halunisasinya mengalami hidup sehari bersama ibunya yang telah meninggal dunia.

Suka: Kisah tentang ibu. Siapa tak terkesan? Orang gila pun boleh menangis kerana kisah ibu. Bagaimana jalan penceritaannya pun, oleh kerana ianya tentang ibu, maka buku ini layak mendapat penghormatan dan diulang bacaannya.

Tak suka: Macam biasa, baca buku terjemahan. Terganggu sedikit dengan pemilihan perkataan dan aliran ayat.

Implikasi: Saya sayang mak saya!

Bintang: 3 (kerana bagi saya buku Tuesdays With Morrie lebih baik)

Pecah (2011) – Khairulnizam Bakeri

Sinopsis: Ini adalah kisah rencah hidup orang urban. Kisah tentang rompakan bank oleh 4 peran utama : Herman, Alan, Radi dan Don. Mereka merompak kerana mahukan wang sudah tentu, kecuali Herman. Rompakan Herman adalah kerana dendam dan sayang. Duit dia tak mahu.

Suka: Bahasa yang segar, ada unsur puitis yang dikawal kerana mahu mengekalkan gaya urban dan moden. Jika buka kerana tema urban, saya fikir penulis mampu menayangkan puisi tentang bintang dan bulan. Unsur suspens & misteri tak terjangka dan mengujakan. Penulis ada potensi besar dalam karya bergenre ‘crime’.

Tak suka: Penulis tiada tanggungjawab sosial (tanpa sedar, mungkin). Ok, urban dan moden mungkin perlu ada aksi seks. ok, dimaafkan. Penceritaan kelakuan seks secara metafor yang baik dalam beberapa keadaan tetapi menjelikkan dalam beberapa keadaan. Ada satu plot aksi seks yang berlebihan tetapi tidak penting untung menyambung mana2 plot. Jika dibuang pun plot tersebut, tidak menganggu langsung aliran penceritaan. Penulis hampir ‘memurahkan’ karyanya tanpa sebab yang jelas.

Implikasi: Berminat untuk membaca buku tulisannya pada masa akan datang

Bintang: 3 (kerana ini novel pertama penulis, ini adalah tahap bintang yang paling baik saya beri. Walaupun ada bab2 yang tak suka)

Tukcai (1991, 2007) – Azizi Abdullah

Sinopsis: Tentang penderitaan tukcai seorang ayah tua, yang baru kehilangan isteri tercinta. Yang hidup susah senang dengannya sejak jiwa muda berkobar2. Sejak perjuangan Tukcai sebagai puak haluan kiri. Sebelum merdeka. Provokasi, menentang kepada sebarang ikatan dan usaha berbaik2 dengan penjajah. Sehingga kulit kendur tapi jiwa tak luntur. Nekcai meninggalkannya. Hidup kosong dan mengurung diri dalam bilik begitu lama. Anak2 yang pelbagai sifat menentang dan risau. Tiba2 Tukcai keluar dari bilik, meminta untuk kahwin baru.

Suka: Ayahanda Azizi, tak pernah gagal bercerita tentang kisah orang tua2. Tentang hidup sunyi bila tua. Penceritaannya benar2 jujur tentang sifat buruk dan baik orang 2 tua. Saya teringat buku Sangeetha tulisannya. Sunyi yang memikat.

Tak suka: Ini adalah karya OTAI okey! Tak ada komen.

Implikasi: Saya sayang abah saya!

Malaysian Politicians Say the Darndest Things Vol. 1 ( 2007) – Amir Muhammad

Sinopsis: Kumpulan kata2 ahli politik Malaysia yang menarik, pelik dan kelakar diambil dari mana2 penerbitan. Paling banyak adalah dari Tun M (kamu tahu kan, suka atau tidak, makhluk ini adalah makhluk yang mampu menekan2 jantung kamu selalu).

Suka: Surat yang ditulis oleh Tun M kepada seorang kanak2 dari Britain yang meminta tidak menebang pokok di Malaysia kerana dia mahu belajar tentang binatang dan hutan tropika apabila dia besar nanti:

it is disgraceful that you should be used by adults for the purpose of trying to shame us.. The timber industry helps hundreds of thousands of poor people in Malaysia. Are they supposed to remain poor because you want to study tropical animals? If you don’t  want us to cut down our forests, tell your father to tell the rich countries like Britain to pay more for the timber they buy from us”

Bang!

Tak suka: Bila beberapa quotation diletakkan begitu sahaja tanpa pembelaan dan justifikasi dari yang empunya, mungkin menimbulkan prejudis tak terkawal. Terutamanya quotation berkaitan agama oleh ahli agama. Memanglah, tujuan buku ini untuk kita berfikir, tapi.. kadang2 timbul rasa malu dan sedih (ok, ini mungkin masalah saya sahaja)

Implikasi: Ahli politik adalah orang yang berfikiran waras sekali sekala sahaja. Selebihnya, mereka gila.

Bintang: 4 ( sebab ayat sikit, kesan kepada pemikiran besar)

Sebongkah Batu di Kuala Berang (2011) – Faisal Tehrani

Ops! ini tak boleh tulis di sini. Ulasan buku ini perlu ruang khas. Tunggu entri Cinta untuk FT III.

———-

(eh! eh! Banyak juga aku tulis ni!)

bye, sayang kamu setengah mati.

10 thoughts on “Ulasan buku gaya malas

  1. For One More Day – Mitch Albom, buku ni memang hebat untuk saya, sebab mak dia lah…galakkan anak-anak baca buku ni, biar dia oang tau macamana pengorbanan ibu, hati ibu, bla…bla..bla, apa-apa aje yang berkait tentang ibu.

  2. Gaya malas yang memikat.
    1. Suka Ayahada Azizi juga. Cerita pertama saya baca oleh beliau adalah Ayahanda ketika di tingkatan 5. Sangat jatuh cinta.
    2. Nak carilah buku Malaysian Politicians tu. Tapi buku tu Ada berapa volume?
    3. Haha. Buku Pecah tu telah menyebabkan saya mengalami mimpi ngeri selepas baca review pendek akak di GR.
    4. Yeay! Nak tunggu Cinta Untuk FT III. Tak sabar.

    • 1. Akak dah ada buku tajuk Ayahanda, tp blm baca
      2. Malaysian politician setakat ni ada 2 volume
      3. Kenapa ngeri baca review “pecah”? Confuse ni.. Huhu
      4. Sila bersabar menunggu review buku FT, plan nak combine dgn buku2 dia yg baru dibeli. Bila ntah nak start baca.hmm

  3. waa.. tak sabar nak baca surat cinta ft III.. pak azizi pun fave saya. semuanya bermula dengan ‘seorang tua di kaki gunung’.. baca time form 4. sgt menyayat hati.. meruntun jiwa.. semualah..heee akak bacala kuras-kuras kreatif. pak azizi dedahkan kisah hidup penulisan beliau. juga diceritankan inspirasi yang beliau kutip untuk menghasilkan setiap cerpen dan novel beliau. walaupun nipis je. tp best. heee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s