Seteru yang ajaib

Memang saya anak yang tak sempurna. Malah dahulu, lebih buruk perangainya. Selalu bergaduh dengan mak. Ye, dengan mak sahajalah. Dengan otak yang dikurniakan Tuhan ini, seingat saya memang tak pernah bergaduh dengan abah. Maklumlah, dengan mak seperti berkomunikasi  dengan mesin pemotong rumput manakala dengan abah seperti berkomunikasi dengan mesin photostat.

Dulu semasa kecil, lepas kena pukul dengan kayu api oleh mak, saya pernah berjanji tak mau sakitkan hati mak. Tapi, kadang2 sukar benar menahan bunyi mesin pemotong rumput. Ya, saya mungkir janji, silalah kutuk habis2 an.

Ada sahaja yang boleh buat kami berseteru. Perkara kecil seperti semut api hingga perkara besar seperti gergasi. Mak selalu lihat saya tidak pandai melakukan banyak perkara. Pernah sekali, saya begitu sakit hati bila mak tukar susunan kain yang saya sidai di ampaian. Katanya, kain harus disusun mengikut saiz dan jenis. Saya kata ianya amalan yang membuang masa. Bila saya membalas, mak ingat saya melawan. Lalu kami bergaduh. Ya! Sungguh menakjubkan betapa kain buruk yang basah boleh buatkan kami berlawan suara.  Mengenangkan saya lebih berpelajaran dari mak, saya selalu rasa saya lebih betul dari mak. Memandangkan mak lebih tua dan berpengalaman dari saya, maka mak rasa dia lebih betul dari saya. Maka bertekaklah kami seperti pertemuan mesin pemotong rumput dengan mesin pemotong pokok. Ya! Jika kedua2 mesin ini berlaga bunyi, kamu rasa yang mana satukah akan menang? Kedua2 tali mesin selalu putus. Saya menangis, mak menangis. Dua2 kalah. Padan muka! Si mesin photostat seperti biasa, memandang kosong tanpa rasa! Haih!

Ya, perkara yang bodoh2 sahaja yang kami tengkarkan. Ini semua kerana saya tak boleh terima tegurannya yang saya rasa tak berasas dan tak perlu; bila saya potong sayur dengan cara yang tidak mengikut kelazimannya pun kena tegur. Pakai kain batik yang nampak jahitan pun kena tegur. Asal boleh masak sayur tu cukuplah, tak menjejaskan rasa pun! Asal boleh tutup aurat cukuplah, kenapa peduli nampak jahitan atau tidak! Tak logik kan? Itu belum termasuk lagi dengan perbezaan citarasa. Mak suka percaya bomoh2, saya hanya terima logik dan sains. Mak hantu sinetron, saya hanya tunggu CSI, mak suka tengok Gerak Khas sambil menjerit dan menumbuk2 meja, manakala saya pula tak faham2 kenapa itu harus terjadi.

Jadi, cara terbaik untuk tidak bergaduh dengan mak ialah dengan berada jauh darinya.

Dalam seminggu hanya dua tiga kali telefon mak. Ok! Saya tipu. Seminggu sekali sahaja selalunya saya telefon mak. Kadang2 lebih dari seminggu. Bila sekali sekala telefon mak, kami tidak berlawan cakap. Mak bersetuju apa sahaja yang saya cakap. Saya bersetuju apa sahaja yang mak cakap. Hubungan ini kelihatan baik2 sahaja. Tak perlu bergaduh2 tentang perkara yang remeh tak boleh ampun. Saya kira ini yang terbaik harus berlaku. Saya pula kurang dosa, saya fikir.

Tapi, akhirnya saya dapati ini tidak betul. Terima kasih kepada usia yang meningkat dan perasaan yang diberikan oleh Tuhan.

Cuba untuk berjauhan dengan mak, sebenarnya seperti  berlari jauh dari ombak kecil sedangkan kamu sudah di pantai. Pernahkah kamu berlawan dengan anak2 ombak? Membiarkan sahaja ombak menghentam kaki kamu. Apakah yang kamu rasa? Adakah kamu rasa seperti yang saya rasa? Kaki terasa sedikit sakit bila dipukul ombak, tetapi selepas itu ianya meninggalkan rasa dingin nyaman yang paling indah! Dan kamu kemudiannya rasa senang dipukul ombak. Lama2, kamu rasa tidak mahu pulang meninggalkan ombak dan pantai walaupun matahari hampir merajuk pulang.

Mak menangis bila saya menangis. Mak ketawa bila saya ketawa. Mak marah bila saya marah. Mak sentiasa ada pada setiap detik perasaan saya. Walaupun saya pernah lawan cakap mak, mak tetap peluk dan cium saya. Tidak ada sesiapa di dunia ini yang melakukan keajaiban ini untuk saya kecuali mak seorang.

Jadi, untuk menghargai persembahan dari syurga ini, saya fikir saya harus dekat dengan mak. Harus belajar menerima seadanya mak. Harus belajar menikmati suara mak bila dia berleter. Ya, nanti akan ada kata2nya yang mati2an saya tak setuju. Maka, saya harus belajar untuk mendengar dan berdiam. Saya masih belajar untuk bersama dengan mak sebaik2nya. Hari tu, saya menonton Gerak Khas dengan mak.  Saya masih tidak boleh terima drama polis skema begitu tetapi entah kenapa timbul rasa bahagia bila melihat mak menjerit2 ketakutan dan kesukaan menontonnya. Terima kasih Tuhan, kerana memberikan perasaan ini sebelum terlambat.

Kenapa harus saya bersedih dengan bencana2 yang menimpa saya selagi mak masih ada. Biar apapun terjadi kepada dunia ini, perang atau gempa bumi. Mak masih ada.

Besar benar nikmatMu kepadaku wahai Tuhanku.

——————–

Wahai pembaca yang budiman, sila jangan terpengaruh perangai hodoh saya yang diceritakan seperti di atas. Cuba dekat dengan mak kamu sebelum terlambat. Kirim salam sayang pada mak2 kamu2 sekelian, ye.

9 thoughts on “Seteru yang ajaib

  1. Pada sesetengah ketika saya geram sangat dengan mak saya. Syukurlah pada Tuhan yang mengurniakan kepada kita pahala dengan hanya memandang wajah ibu penuh kasih. Lalu pada setiap hari yang berlalu, saya akan pandang wajah mak dengan penuh sayang sambil terfikir, ya Allah janganlah Engkau ambil mak aku lagi. Aku masih belum cukup berkasih sayang dengannya. *kesat air mata*

    Kak, cerita Gerak Khas itu bestlah. Nenek saya pun suka. Saya tengok kalau mak tengok sahaja. HEHE. Dan ya, mak kita sama spesis – suka tengok Gerak Khas dengan penuh perasaan.

    • Gerak Khas siri tv tentang penyiasatan polis di Malaysia. The only police drama tv siries still alive almost 10 years I think. Selalunya diikuti golongan veteran sahaja kerana saya fikir golongan muda tidak boleh tahan dengan gaya bahasa yang terlalu formal dan cerita yang tiada inovasi.

      Boleh tinjau di youtube, mungkin ada jika mahu melihat bagaimana boring benar cerita nya🙂

  2. lina…apa yang ditegur oleh ibunda anda adalah sesuatu yang amat bernilai bagi seorang lelaki..bagaimana seorang ibu begitu teliti ingin melihat anak perempuannya menyembahkan sesuatu yang istimewa terhadap suaminya iaitu dengan mengajar bagaimana cara memotong sayur dengan penuh keikhlasan dan penuh kasih sayang yang mana akan menjadikan makanan yang dimasak itu lebih sedap dan berkhasiat, begitu juga dengan memakai kain tanpa menunjukkan kesan jahitan melihatkan perempauan itu tahu menyimpan segala rahsia rumah tangga kepada umum….itu nilai ibu yang sering menjadi keseteruan kita sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir baharu lah kita sedar akan keajaiban yang ada pada seorang yang bergelar ibu…..masih sempat untuk menghargai kasih sayang ibu InsyaALLAH..

    • tq naaisham. kadang2 bukan apa, tak tahan dengar dia berleter. hehe. Tapi, aku sanggup dengar dia berleter, asalkan dia masih wujud di hadapan aku!

  3. aku pun sedang belajar utk diam dan terima saja apa mak cakap. pada usia yg macam kita ini, lina, rasanya tak berbaloi utk cari gaduh dgn mak lagi. lagi pun aku sendiri seorang ibu sekarang. seharusnya lebih faham sikap mak aku sekarang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s