Catatan untuk FT II

Haruslah saya menulis tentang buku semula. Jika dilayan jiwa kacau saya ni, entri blog asyik disampahkan dengan surat dan puisi2 gila lagi meroyan. Mungkin pembaca blog ini asyik termuntah2 sahaja membaca tulisan saya walaupun tidak mengandung.

Wahai sekelian pembaca blog yang mulia lagi bermutu tinggi,

Adapun, tidak ada buku lain lah yang mahu saya ulas melainkan buku2 tulisan si Mohd Faizal Musa a.k.a Faisal Tehrani. Mohon sekelian pembaca bertahan dengan nama ini. Saya mungkin berhenti menyebutnya sehingga saya habis membaca kesemua bukunya seperti saya sudah habis meroyan menyebut nama Andrea Hirata.

Tunggu Teduh Dulu (2004)

Buku ini adalah tentang perjuangan seorang perempuan bernama Salsabila mengusahakan tanah pusaka arwah ayahnya dengan membuka ladang betik. Bersama seorang sahabat sejati, Teh Sofia, menjadi usahawan wanita muda mencabar iman dan kesabaran. Lebih bingung, muncul cinta silam yang memaksanya memilih di antara Kamil atau Lam Ping Hai. Lebih bingung bila Teh Sofia berada di tengah2nya. Kemudian ada muncul cinta aneh tapi nyata.  Bingung! Lebih bingung dengan kejelikan adik tirinya Shahruzzaman.

Oh! ini plot cerita biasa. Sudah dinyatakan oleh FT melalui monolog Salsabila. Kisahnya hanya cerita biasa. Sekali imbas seperti plot cerita novel islamik pop. Tiada provokasi dan perdebatan agama di dalam buku ini seperti buku2nya lain. Hanya tarbiah agama ringan yang menusuk kalbu. Selain dari buku Rahsia Ummi yang pelik tu, ini adalah buku FT yang paaaaaling ringan. Tetapi paaaaaling tebal. Jadi, apakah yang saya perolehi dari buku FT yang paaaaaling tebal ini? Fakta biologi dan pertanian berkaitan buah betik begitu memikat. Selepas ini, saya  melihat buah betik dari sudut yang berbeza. Melihat bunga betik di waktu senja mungkin boleh timbul puisi pantun gurindam (ok, ini berlebihan!). Saya cuba mengurangkan bacaan buku cerita cinta asyik masyuk, tetapi saya terkantoi juga bila tersengih sorang2 macam kerang busuk ketika bab  Salsabila dan *ehem2* di Mekah. Tapi! Tapi! Macam ada plot yang tak lengkap. Tak tahu apa niat FT. Terlupa atau memang mahu buat sambungan. Tentang pandangan Lam Ping Hai yang khas kepada isteri Shahruzzaman. Tidak ada kesinambungan. Tidak dapat dikesan apakah kesignifikan pandangan itu.

Jika dibandingkan buku ini dan buku cinta islamik pop dari Indonesia yang bukan main dipromosi kedai buku di Malaysia, buku ini jauh lebih baik. Tulisan FT kuat dengan fakta selain hanya agama dalam pelbagai pembolehubah. Buku Ini adalah lambang bakat dan usaha! Saya dapat merasakan, buku dengan tema cinta begini tidak akan ditulis lagi oleh FT. Buku ini akan menjadi satu kenangan yang sentimental kepada peminatnya. Saya optimis, buku ini akan lestari.

Ini adalah buku yang saya cadangkan kepada sesiapa yang mahu mula berjinak2 dengan buku2 FT. Sila dengar nasihat saya, kerana jika kamu salah memilih buku pertama FT, kamu mungkin akan berpuasa membaca buku selama setahun selepas membacanya atau sekurang2nya boleh migrain.

Nama Beta Sultan Alauddin (2007)

Buku ini adalah tentang kisah kebijaksanaan seorang sultan yang kuat agamanya dan adil pemerintahannya. Kisah riwayat hidup seorang raja hasil perkahwinan Sultan Mansur Syah dan Raden Galoh dari Majapahit. Bermula dari kisah baginda hampir dibunuh oleh adiknya sendiri, Raja Ahmad hingga kepada kisahnya kewafatannya. Beberapa kisah penting dalam riwayat dimasukkan dalam buku senipis 144 mukasurat ini. Tentang pembelajaran silat,  tasawuf, pembinaan kereta lembu, menyamar di malam hari menangkap pencuri dan tentang kewafatannya yang tragedi. Ini adalah kesan politik istana dan kekeringan agama.

Buku ini dikisahkan oleh seorang datuk kepada cucu2nya pada zaman ini. Karakter lucu cucu2nya bertanyakan hal riwayat Sultan Alauddin ada unsur2 sinis terlindung. Dari segi isi dan fakta, siapa boleh persoalkan. Mungkin ada unsur2 fiksi di situ, tetapi tidak berapa berani nak komen sebab masih belum arif tentang sejarah kesultanan Melaka. Harus mencari buku lama Sulatus Salatin dalam usaha memahami sejarah melayu terutamanya zaman masyhur Kerajaan Melaka. Rasanya, pembaca sasaran buku ini adalah untuk kanak2 atau awalan remaja. FT nampaknya berusaha begitu keras untuk mengubah gaya penulisan kepada ayat dan frasa kata yang mudah2. Hampir berjaya. Ok, berjaya. Kita andaikan kanak2 akan belajar perkataan yang lebih sukar dan dalam maksudnya.

Dikatakan Sultan Alauddin naik tahta ketika berumur di antara 19 hingga 20 tahun. Sebaya dengan pelajar2 saya. Ketika mereka terkekeh ketawa bermain fesbuk di dalam kuliah dan menyanyi lagu Justin Bieber, saya terasa seperti mahu membaling kerusi kepada mereka apabila terkenangkan kematangan Sultan Alauddin.

Buku ini harus dibaca oleh ibu bapa kepada anak2 kecilnya. Mereka harus tahu, dahulu ada pemerintah yang muda, bijak, adil dan kuat mempertahankan agama.

1511H [kombat] (2004)

Ini adalah buku bergenre sai-fi. Tentang apa yang akan berlaku pada tahun 1511 Hijrah bersamaan tahun masehi 2087. Apa akan terjadi lagi 76 tahun dari sekarang? Ok. Ini kisahnya. Amerika mahu menawan Kaabah dan memusnahkan masjid Nabawi tempat makam Rasullulah SAW. Hebat! Ini idea yang hebat wahai FT!

Penggerak kepada kisah ini ialah Hajah Syarifah Nusaybah. Karakter ini adalah pameran karakter Osama bin Laden, jika kamu mahu mudah faham. Kaya dan perencana kepada satu kumpulan rahsia berasaskan futuwwah. Ianya adalah paduan kekuatan pemuda islam terpilih dari seluruh negara Islam dunia. Mereka menggunakan segala dimensi teknologi dari besi kepada laser dan hologram kepada biologi kepada sekecil2 cip yang dibenam di dalam kepala. Di antara beberapa wira terpilih itu, dialah bernama Muhammad Ameen, dari Kuala Lumpur, Malaysia (Malaysia yo!). Hajah Syarifah Nusaybah seorang arab, memilih Muhammad Ameen, melayu yang bukan berasal dari titik permulaan Islam, daripada petanda2 dan petunjuk ghaib yang diperolehinya. Maka pemilihannya bukanlah sia2 belaka. Komander Muhammad Ameen adalah perancang kepada penawanan Islam ke atas Washington DC. Yang telah di bantu oleh komander2 Islam lain seperti Emrullah, Zinnera, Salim, Habib dan lain2. Kamu akan tahu bagaiman presiden Amerika mati dengan teknologi bio. Ini idea yang lebih canggih dari idea saya. Saya fikir, kenapa tak santau je semua Presiden Amerika dan Israel, memandangkan orang melayu begitu maju ilmunya dalam hal2 begini! Ini, pergi santau artis. Apa faedahnye mak cik bedah oi!

Teknologi dan gaya peperangan pada tahun 2087 digambarkan dengan logik dan berasas. Gambaran kota Mekah dan Madinah pada tahun itu sungguh MasyaAllah! Ok, penggunaan piring terbang tu agak kurang jelas. Saya mungkin lebih puas hati jika dijelaskan sedikit bagaimana lalu lintas piring terbang itu diurus selia. Lagi satu, FT ada menulis satu teknologi yang seakan2 twitter. Dua tahun setelah buku ini diterbitkan, twiiter wujud. Begitu cepat. Jadi saya bayangkan teknologi seakan2 twitter itu agak ketinggalan jika berlaku pada tahun 2087 (amboi! pandainya komen orang!). Tapi, teknologi komunikasi melalui cip di dalam otak itu, hebat wahai tuan FT!.

Saya tak suka perang. Ok, siapa pula yang suka perang kan? Tapi, saya sangat bersetuju, peperangan dalam Islam adalah satu perbuatan defensif. Kita berperang kerana kita ditindas. Tetapi FT mengingatkan kita dalam Islam, peperangan juga adalah ofensif (Saya belum cukup ilmu untuk memberi komentar tentang ini). Jadi, pendekatan peperangan ofensif digunakan bagi memusnahkan keangkuhan Amerika menjadi tuan dunia. Sesuka hati meletakkan label kepada siapa pengganas siapa yang bukan. Itu bodoh sombong!

Saya tak suka buku sai-fi. Tak suka kisah perang. Tapi saya suka buku ini. Sudah saya katakan dulu lagi, cinta memang aneh! Ia akan datang dalam keadaan kita tak suka pun.

p/s: Buku ini telah menang tempat pertama Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003. (Buku remaja? haih!)

——————

Sekian, terima kaseh sayang.

11 thoughts on “Catatan untuk FT II

  1. aku tabik dgn kau lina….kau bukan sahaja dapat habiskan buku2 nukilan FT..tp kau juga seorang mengulas buku yang baik….aku juga ingin membaca dan menulis…tapi….apa pun “tabik spring” kau lina..toinggg!!!!..

  2. Akak, suka sangat akak komen. HEE.

    Buku TTD menyebabkan saya melihat ‘betik muda’ dari sudut berbeza. Dan akan suka baca buku ini apabila dilamun cinta (atau angau dalam kata lainnya). Pendekatan cinta yang sangat manis dan syahdu. Saya sedih kenapa orang lebih tergila-gilakan Ayat-Ayat Cinta sedangkan bagi saya TTD adalah lebih istimewa. (tapi kalau mahu filemkan, nescaya saya akan bunuh penerbit itu) Bukankah saya sudah berkata saya mengharapkan supaya buku ini lebih tebal?

    “Ketika mereka terkekeh ketawa bermain fesbuk di dalam kuliah dan menyanyi lagu Justin Bieber, saya terasa seperti mahu membaling kerusi kepada mereka apabila terkenangkan kematangan Sultan Alauddin.” –> betul kak! Itu belum lihat Sultan Muhamad Al-Fateh yang menawan Konstantinople dalam usia mudanya. Hebat bukan manusia muda zaman dahulu?

    1511H ini saya baca semasa baru keluar. Masa itu di Tingkatan 4 kalau tak silap. Terus teruja mahu menjadi jurutera kerana dapat bina robot2 hebat pemusnah Amerika. (tetapi setelah jadi jurutera, rasa tak mampu pun nak bina robot sebegini). Imaginasi Mekah pada 2087 itu seperti sedang direalisasikan oleh Arab Saudi sekarang. Bukankah sedang mahu membuat semacam tempat tawaf bertingkat? Buku ini kalau KRU mahu filemkan saya suka betul. Dapat tengok hasil CGI. Tapi tunggu KRU lebih mantap.

    Ada harapan besar daripada Faisal Tehrani terhadap ‘Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003’. Bahawa beliau tidak mahu melihat remaja zaman sekarang dengan sebelah mata. Atau beliau mahu remaja zaman sekarang menjadi seperti remaja2 hebat zaman dahulu.

    Saya cintakan Faisal Tehrani. Sekian terima kasih.

    • oho! ini komen paling panjang akak pernah terima. haha.

      Tulisan FT begitu berat, sehingga gagal mencapai sasaran pembaca remaja. in a way, inilah yang kita mahu apa yang remaja baca. hanya remaja terpilih macam furaiah sahaja yang bertuah dan berkarisma membaca buku FT.

      HIDUP FURAIAH, HIDUP FT. HAHA

  3. kehilangan Faisal Tehrani dari dunia blog amat dirasai.

    seperti hati ini telah hilang 1/4 daripada bahagian hati.

    -saya selalu menyorokkan diri di library usm, jika ingin membaca buku tulisan FT, heee –

    saya harap untuk memiliki buku Perempuan Politikus Melayu.. heeee

      • syuhada, furaiah,
        Di hari entri terakhir FT dalam blognya, akak tak lalu makan. sangat misteri penarikan dirinya dari blogging. tak dapat akak fikirkan.

        anyway, mari wahai pencinta FT kita doakan yang baik2 sahaja akan berlaku untuk dia🙂

        btw, syuhada. terima kasih kerana singgah.🙂

      • furaiah: benar, 3/4 jiwa ku melayang hilang. namun sudah kembali semula..🙂 tak elok melayang lama2..heee

        lina: memang misteri…sama2..teruskan review tntg buku… anyway, saya pun suka baca buku2 nicholas sparks. n sedang mengumpul kesemuanya…heeee the last song is ma fave sebab he told about loggerhead turtles(ma fave too)..

        jgn lupa dptkan buku terbaru FT… sebongkah batu di kuala berang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s