Hari untuk berdoa

Bukan hari lain tidak boleh berdoa. Tapi hari ini adalah istimewa.

Pada hari ini usia saya secara rasminya bertambah lagi setahun. Hari ini hari jadi saya. Yey! (Tepuk tangan semua sambil tiup trompet!).

Saya sudah off tarikh harijadi saya di fesbuk. Tidak akan ada sesiapa yang ingat harijadi saya jika fesbuk tidak menjerit2. Hari ini hari jadi saya yang sunyi. Saya mahu raikan kesunyian ini bersama pembaca blog saya sahaja. Entah kenapa saya rasa hati saya lebih dekat dengan pembaca blog daripada rakan2 di fesbuk.

Takut tua? Tidak. Saya tidak takut tua. Kerana kata Prof Morrie kepada anak muridnya dalam buku Tuedays With Morrie; penuaan bukanlah proses mereput. Ia adalah proses pertumbuhan. Ia menandakan kita semakin bijak menangani hidup. Jika kamu bermati-matian tidak mahu menjadi tua, kamu akan menjadi orang yang tidak gembira. Kerana tua akan sampai kepada kamu juga.

Apa yang saya takutkan adalah tua dan keseorangan.

Tapi!!!!!!!

Saya ok! Mari ramai2! Tolong pijak perkataan “tua dan keseorangan”! Hidup mesti terus!

——————-

Saya nak hadiah boleh?

Doakan kebahagiaan saya.

Doakan kesejahteraan saudara Palestin

Doakan keselamatan rakyat Jepun

Doa daripada tuan dan puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

(Oh ya! Jika mahu berhubung dengan saya, sila follow twitter saya. Jangan cari saya di fesbuk. Jiwa saya hampir hilang di fesbuk).

Tahun lepas juga bunga anemone ini ada juga semasa entri harijadi saya. Ingat tak? Kamu tahu kan makna anemone itu adalah “harapan”?

13 thoughts on “Hari untuk berdoa

  1. Barakallah cik Lina..
    Selamat Lahir, semoga dipanjang usia, dipermudahkan urusan, dipermurahkan rezeki dan dipercepatkan ‘berdua’..:)

  2. happy bday! patutlah FB tidak menjerit pasal bday cik LinaKama…

    Jgn takut tentang “tua dan keseorangan”… orang yang ramai anak pun sering kali menjalani hari2 “tua dan keseorangan”..

    kita Ok, insyaallah..

  3. Sanah helwa kakak! Saya rasa rapat dgn akak walaupun tak pernah kenal. Terima kasih kerana berikan saya peluang untuk bersahabat😀

    Semoga dengan bertambahnya usia, bertambahlah juga amal. May Allah bless🙂

    Saya sudah pijak ‘tua dan keseorangan itu’🙂

  4. As-salam lina dan selamat menyambut kelahiran yang ke ????…nanti kalau ada masa aku bagi gift kat ko…lina, kalau org lelaki makin tua makin menjadi tp aku tak tau la pulak bagi org pompuan kalau makin tua makin apa ekk…tp yg pasti tua dan keseorangan pasti akan datang menjengah setiap insan…samada cepat atau lambat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s