Menangis selagi mahu

Saya adalah manusia yang cengeng. Entah dari keturunan mana. Owh! Lupa! Sudah tentu dari nenek yang cengeng juga (rujuk entri dulu2). Nenek saya semakin kronik. Gila! Kelentung kelentang mengemas pinggan mangkuk pukul 4 pagi! Bila kena tegur, dia nangis teresak2!Tragis!

Saya rasa, sebenarnya saya adalah seorang cucu yang tidak digemari semasa kecil walaupun pada mulanya adalah cucu yang ditunggu2 kelahirannya. Cucu pertama seorang ustaz yang terkenal kerana paling garang tak dapat diampun di kampung. Seorang pakar rujuk dalam hal2 agama, perparitan dan sawah bendang. Gila kalau tak tunggu! Masing2 dah ready beras gula. Rupanya, bila keluar, dah la berkulit kelam, kuat memekak pula.

Mak pernah cerita, dengan izin Tuhan, selalunya air bacaan ayat2 suci oleh arwah tok mujarab untuk sebarang kesakitan dan kesedihan di kampung. Tapi sukar benar mujarab untuk saya. Saya hanya diam apabila tidur dan menyusu. Pelbagai cara dilakukan oleh keluarga bersekutu. Orang2 kampung juga turut susah hati. Kena sembur dengan air macam2. Tidurkan saya atas talam. Bawah talam letak pisau. Nak halau jin katanya. Batang buaian, guna batang tebu (yang ni tak faham kenapa).

Menangis, menangis dan menangis tak berhenti.

Sehingga besar panjang, menangis menjadi kepakaran saya dalam segala hal. Dulu semasa masih teruja mula2 mengajar, saya baling buku, pen segala bagai dan menjerit kepada pelajar yang menyakitkan hati. Tapi sekarang saya dah penat. Saya menangis sahaja. Bertahan. Dan wajah pelajar yang membencikan akan lenyap seperti lenyapnya kabus bila matahari menjerit. Dalam kes ini, menangis membantu saya menjadi orang yang lebih bersabar dan tidak melakukan perkara2 bodoh (percayalah, orang yang menyakitkan hati kita takkan lama muncul dalam hidup kita, jadi tak payah nak sakit hati sangat lama2).

Banyak masalah saya selesai dengan menangis. Kalaupun tak selesai, saya rasa macam selesai juga. Saya maklum ramai orang seperti saya. Terutamanya perempuan. Ya, perempuan kuat menangis, 5 kali ganda dari lelaki (Walter, 2007). Seorang perempuan yang sukar menangis, bagi saya adalah seperti makhluk daripada planet lain (mereka dengan makhluk bertelinga capang dan berantena mata terjojol lebih kurang sama sahaja). Saya tak pernah fikir lelaki yang menangis adalah lelaki yang lemah dan lemau. Mereka sebenarnya nampak jujur dan tulus.

Bagi saya, menangis bukan menunjukkan kelemahan diri, Menangis adalah satu antibodi penguat diri dan menjadi pembersih kepada segala perasaan yang berat dalam diri. Seperti udara yang bersih selepas hujan, menangis mampu membersihkan wajah, hati jiwa raga. Ya, saya tak malu mengaku saya seorang cengeng. Saya menangis kerana banyak perkara. Menangis kerana marah, menangis kerana kehilangan, menangis kerana ditinggalkan, menangis kerana gembira, menangis kerana sedih, menangis kerana difitnah, menangis kerana rindu, menangis kerana cinta, menangis kerana sunyi, menangis kerana tertekan, menangis kerana sakit, menangis kerana penat, menangis kerana tersilap, menangis kerana terlepas, menangis .. menangis dan menangis.

Air mata mungkin adalah instrumen penting dalam meluahkan perasaan (jangan lepaskan perasaan dengan memaki dan menyepak orang ok! Itu tak sihat!). Bila kamu belum menangis, maknanya kamu belum melepaskan isi hati sepenuh2nya. Hati kamu berat. Hati kamu terlindung. Hati kamu berkabut. Lama2 hati kamu akan tebal, keras dan tidak sensitif. Kamu akan jadi seperti Abu Jahal (contoh klasik) atau macam Gaddafi (contoh kontemporari). Keras mengalahkan keluli!

Jadi, kawanku. Jangan malu untuk menangis. Menangis sahaja jika mahu.

Tuhan mendengar tangisan kamu.

Menangis juga untuk Palestin (kredit : zunia.org)

Sekian, dari saya yang cengeng.

9 thoughts on “Menangis selagi mahu

  1. oo..kalau macam tu aku pun nak nangis dan tak akan cengeng bila ada mamat atau pompuan yang bawak kereta macam jalan dia punya (perlahan ya amat) di lorong kanan, sedangkan di lorong kiri tidak ada sebijik kareta pung…mungkin akan hilang steress ku hahaha…

  2. hehe kamu hebat, sebenarnya untuk menagis bagi seseorang itu tak mudah. Menagis itu teman sejati yang selalu ada ketika kita benar-benar memerlukannya. Benar kan, kita akan menagis bila kita terlalu marah dan kita akan menagis bila kita terlalu sedih. Sama halnya ketika kita terlalu gembira, kita juga akan menagis. Dengan menagis akau melihat diriku. melihat hati ku. Indah benar-benar indah. menagis lah kerana tak mudah untuk menagis. Menagis penuh arti. hehe menagis itu dekat dengan hati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s