Ada satu permohonan

Dengan ini, saya dengan rendah diri dan hati menyusun sepuluh jari ingin membuat satu permohonan.

Kepada kenalan yang mengenali saya secara peribadi: mohon tidak dihebohkan alamat blog ini kepada siapa2 sahaja yang mengenali saya secara harfiah. Yang sememangnya kenal saya dari segi saiz, ketinggian dan rupa paras. Serta buruk baik peri laku secara langsung. Yang tahu dimana rumah saya atau tempat bekerja saya. Jika perlu buangkan link blog ini dari blog kamu, maka buanglah. Saya tak akan berkecil hati. Hati saya sememangnya kecil.

Jika tuan dan puan ingin tahu kenapa, kerana saya malu. Kadang2 saya suka meracau2 dalam blog ini. Meluahkan perasaan tak tentu hala. Perbuatan ini sesungguhnya amat memalukan dan tidak sesuai bagi seorang perempuan melayu yang sepatutnya tunduk malu menyimpan dan menahan perasaan dan hanya duduk tersimpuh di ceruk dapur sahaja.

Semoga permohanan saya dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak tuan dan puan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Perempuan yang malu-malu.

7 thoughts on “Ada satu permohonan

  1. Salam…
    Hati ini bertanya-tanya, bersoal-soal, berteka-teka.. gerangan sapakah itu? hmm kemudian hati tergaru-garu, tergerak-gerak, tergelisah-gelisah.. alamak akukah itu.. iya saya akui.. tanpa sedar telah menyebabkan Cik Lina malu.. ampun dan maaf yerr…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s