Mengulas buku secara berkumpulan

Salam semua,

Selamat pulang bercuti. Saya juga baru pulang bercuti bersuka ria. Duit telah melompat dari poket dengan banyaknya! Yey! Lepas ni, boleh duduk diam2 baca buku banyak2 dan makan nasi lauk ikan kering hari2.

Entri kali ini adalah ulasan buku secara berkumpulan. Pada awalnya saya mahu menulis entri setiap satu bagi setiap buku. Tapi apakan daya, tuntutan kerja lebih bermaharalela!

DEAR JOHN – NICHOLAS SPARKS

Ini adalah pertama kali pengalaman saya membaca buku Nicholas Sparks walaupun sudah banyak saya tonton filem2 adaptasi novelnya. Berdasarkan filem2 yang saya tonton, saya sudah menjangka Encik Sparks adalah penulis buku chic-lit tetapi lebih matang. Meneliti makna hidup dengan lebih teliti. Penceritaan yang mudah, tak berbelit dan terjangka. Saya dapat menjangka pengakhiran kisah ini walaupun penulis melakukan twist. Tetapi pengakhiran yang agak drama. Pengakhiran yang diubah dalam filemnya pula agak terlalu bagus untuk menjadi benar. Yang menarik perhatian saya ialah bukan kisah cinta antara John dan Savannah tetapi tentang hubungan kasih-dingin antara John dan ayahnya yang menghidap sindrom aspeger. Kalau cerita bab2 ayah yang pendiam ni memang saya cepat tersentuh (cengeng!).

TUESDAYS WITH MORRIE – MITCH ALBOM
(Terjemahan oleh PTS)

Saya sepatutnya membaca buku ini dalam versi Bahasa Inggeris, kerana tak terasa berapa feel membacanya dalam bahasa ibunda. Terjemahan yang agak kaku, tetapi tak apalah. Sekurang2nya ada usaha menterjemah buku ke bahasa yang paling indah ni!

Buku ini adalah tentang pengalaman sebenar seorang bekas pelajar (penulis) bersama profesornya yang menunggu saat kematian apabila disahkan menghidap penyakit saraf amyotrophic lateral sclerosis. Buku Ini adalah pendapat sekular tentang kematian. Hampir sama sahaja dengan pendapat islami. Tidaklah disentuh tentang ilmu ketauhidan. Sudah tentu. Beberapa falsafah hidup yang lain sangat menyentuh dan menyedar. Tentang dunia, mengasihi diri sendiri, penyesalan, keluarga, perasaan, takut akan tua, duit, cinta, perkahwinan, budaya, kemaafan, hari yang sempurna dan perpisahan.

(Ah! kalaulah saya banyak masa untuk bercerita tentang buku ini dengan lebih panjang!)

PADANG BULAN – ANDREA HIRATA

Sungguh saya tak percaya saya membuat ulasan tentang buku Andrea Hirata ini bersama2 dengan buku2 lain! Cinta ku telah berbelah bahagi!

Buku ini adalah berkenaan kisah perit hidup Enong @ Maryamah di kampung Belitong dan kisah lanjutan Ikal dengan usaha gilanya mengejar cinta A ling. Entah kenapa saya rasa cerita ini bergerak lambat. Entah kenapa metafora Andrea kali ini gagal meraih kasih saya sepenuhnya. Tetapi, kisah kesengsaraan dan kekuatan Enong menyentuh hati, dan Detektif M.Nur memang gila. Saya hampir mual dengan kisahnya merebut cinta A Ling. Saya tak merasai cinta, melainkan kebodohan dalam keazaman. Adakah ini cemburu? Ah! ah!

CINTA DALAM GELAS – ANDREA HIRATA

Saya sepatutnya akan teruja untuk minum kopi dan belajar main catur bila membaca buku ini. Tetapi tidak. Apa yang lebih mengujakan saya bagaimana Andrea telah mengangkat martabat wanita melalui kisah lanjutan Enong @ Maryamah yang lebih fokus. Perjuangannya melawan bekas suaminya dalam acara catur adalah aturan cerita yang sangat masterpiece dalam buku ini. Dalam kekolotan orang2 kampung Belitong terhadap hak wanita dalam Islam dan budaya mereka, Andrea berjaya memberikan sisi manis bagi setiap karakter manusia2 di kampungnya.

Saya membaca buku ini semasa demam Piala AFF, ketika ada rakyat Indonesia mendoakan rakyat Malaysia masuk neraka, tetapi saya tetap terus membaca bukunya dengan penuh rasa cinta. Cinta itu memang aneh.

TIGA KALI SEMINGGU – FAISAL TEHRANI

Buku ini adalah antologi cerpen2 FT yang terbaru. Ada 15 cerpen kesemuanya. Secara keseluruhan, FT menulis tentang betapa hebat apa sahaja yang dimilik kita (beliau). Ini termasuk Bahasa Melayu, Bangsa Melayu, Seni pembuatan Rumah Melayu, dan Islam tentunya. Kebanyakan cerpen berkaitan Islam adalah cubaan membetulkan tanggapan terhadap Islam. Sedikit kelainan, ada beberapa cerpen mempunyai unsur seks yang ditulis dengan cara yang unik, tidak ghairah dan menyedar.

Yang paling melekat di hati adalah cerpen Rindu Ini Luar Biasa (tentang perjuangan Bahasa Melayu) dan Kegawatan (tentang kemungkinan berlaku bencana di Malaysia). Imaginasi FT dalam Kegawatan sangat tak terkawal sebagai metafora kepada kekuasaan Allah. Imaginasi melampau dan begitu terperinci! Sangat terkejut saya membacanya tetapi semuanya boleh berlaku!

FT adalah antara aset sastera Malaysia yang sangat berharga! Oh Tuhan, rahmatilah kehidupannya sentiasa!

———–

Ok. jumpa lagi!

12 thoughts on “Mengulas buku secara berkumpulan

  1. Yang sebenarnya.. tiap kali cik Lina Kama membuat ulasan buku saya seperti tertuding oleh jari mulus dan runcingnya. Dia punya waktu untuk mengulas sedang saya hanya duduk di kaunter perpustakaan yang hanya sekali sekala sibuk.. Cik Lina punya masa untuk capai buku dan kongsi ilmu sedang saya digelimpang oleh buku yang hanya seinci dari kaunter.

    Teruskan Cik Lina moga hati ini akan terbuka!

  2. Saya kena tulis balik. Tsk3

    Akak, letaklah countdown berapa byk lg buku yang tinggal utk akak baca. Sekurang2nya saya ada teman untuk bersaing🙂

    • Ok, jom berlumba! Akak akan @ twitter awak tiap kali habis baca satu2 buku.

      (Tgh cari widget blog utk letak countdown buku tahun ni)

      Gila semangat!haha

  3. Saya baca buku terjemahan dari bahasa parsi.

    Mungkin. Ini mungkin sahaja ya, kalau kita faham bahasa asal dan tiba2 baca bahasa translasi, akan jadi SANGAT TIDAK SEDAP.

    Tapi buku asli bahasa indonesia sangat sedap lenggok bahasanya. HAMKA sebagai contoh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s