Angan2 untuk buku

Salam, apa khabar. Sihat? Mak ayah sihat? Kirim salam kat diaorang ye.

Kita cerita tentang buku hari ni.

Selain dari abah, makhluk kaku lain yang mampu mempengaruhi tingkah laku dan fikiran saya adalah buku. Tanpa berkata2, membebel dan memekik secara vokal, ternyata kebanyakan buku yang saya temui mempunyai jiwa yang besar. Lebih besar dari saiznya.

Kamu tahu tak, menurut kata si pakcik Google yang rajin mencari tu, sehingga Ogos 2010, jumlah buku yang diterbitkan di seluruh dunia ialah 129, 864, 880 buah. Macam mana nak sebut tu? ok, kita mudahkan; hampir 130 juta buah! Mari kita bandingkan dengan buku yang kita miliki atau yang kita baca. Saya hanya dapat merekod 115 buah buku dalam Goodreads. Jumlah itu kebanyakannya buku yang saya miliki sekarang. Campur buku yang saya telah baca tetapi tidak memilikinya atau yang telah lupa untuk di recall (pelupa tak dapat diampun) yang saya baca dari mula kenal ABC termasuk buku teks sekolah dan rujukan universiti, paling banyak mungkin 400 buah buku. Seumur hidup! Ok, mari bandingkan dengan jumlah buku yang ada di dunia yang fana ini. 400 daripada 130 juta buku adalah 0.000307…..%. Menyedihkan!

kredit : mariewinnaturenews

Ok, katalah kita anggap ada sebahagian buku2 itu, mati hidup semula pun kamu tak mahu baca. Katalah industri perbukuan di muka bumi ini parah benar yang mana terkandung separuh darinya adalah buku2 murahan yang tak memberi apa2 faedah melainkan merugikan masa emas kamu. Kalau separuh, maka jumlahnya jadi 65 juta buah. Ok, katalah kamu menolak buku2 romen, buku2 cinta gaduh baik gaduh baik akhirnya happilly ever after. Ok, tolak separuh lagi maka jadi 32.5 juta buah. Katalah kamu tak ada kekuatan iman nak membaca buku2 agama2 lain, ajaran2 sembah matahari atau pokok. Ok, kita tolak lagi separuh, tinggal 16.25 juta buah. Ok, cukup2. Jangan nak ditolak2 lagi dah. Sekarang bandingkan jumlah 400 dengan 16.25 juta buah buku. Nilainya 0.002461…%. Masih menyedihkan! Dan katalah, apa yang telah kamu baca, tak pandai2 pula mahu melekat di otak. Kalau separuh dari yang kita baca, kita lupa pula, maka tinggal 0.001230..%. Memang hidup ini agak menyedihkan, jika difikir2 dengan cara begini.

Itu lah agaknya peratus ilmu yang saya dapat setakat ini. Itupun jika berdasarkan bilangan buku. Ilmu bukannya terletak pada buku sahaja. Sudah tentu. Tuhan letakkan ilmu pada setiap inci alam semesta. Pada setiap helai2 daun atau pada setiap butir tanah yang dipijak juga mungkin tersembunyi ilmu. Tak terkira betapa jauuuuuhnya kita dengan pengetahuan Tuhan.

Jadi, kawanku! Apa yang harus kita lakukan? Kita akan lakukan sedaya yang mungkin. Kita mulakan dengan menambah bilangan buku yang akan dibaca. Saya dengan rendah hatinya ingin menjemput sesiapa sahaja yang ditakdirkan Tuhan terbaca entri ini, menetapkan azam cita2 untuk membaca lebih banyak buku pada tahun ini berbanding tahun lepas. Saya menetapkan sasaran 50 buku setahun untuk tahun ini. Ini semua jasa rakan2 Goodreads Malaysia. Kalau tak kerana mereka yang pung pang pung pang dalam group discussion mungkin saya tak sekuat 50 buah buku! Oh ya! Jemput juga menyertai Goodreads Malaysia jika masih belum menjadi ahli. Percuma! Lagi banyak faedah rasanya dari mabuk berfesbuk. Gitu!

Cita2 satu hal, nak melaksanakannya satu hal kan? Saya telah merancang beberapa strategi untuk memaksa saya membaca 50 buku tahun ini. Kemudianlah saya ceritakan. Cerita panjang2 pun, nanti kamu bosan kan?

Sekurang2nya jika ada 10 orang yang membaca entri ini, masing2 akan membaca 50 buah buku, kita akan dapat 500 buah buku setahun! Kalau ada 100 orang (berangan!), tahun ini ada 5000 buah buku akan dibaca kerana entri blog ini! Cun meletop kaaaw mantap tak hengat kan!

Inilah angan2 saya yang terkini. Sekian, terima kasih.

8 thoughts on “Angan2 untuk buku

  1. Hu.. sangat takut melihat statistik tersebut. Malangnya, tahun ini masih belum mula membaca buku dengan bijaksana. Masih tidak sempat T__T

    Doakan saya berjaya melangsaikan juga 50 buah buku setahun itu. Ameen~

    p/s yeay, dapat online sekejap sebelum ke Kemboja esok

    • Owh! Wujud lagi awak. Akak hampir repot polis sbb lama mcm x online and didn’t even reply my tweet.hehe

      Good luck untuk 50 buku tahun ini and hey! Kemboja? Ikutttttt!

      • HAHA. bukankah sudah menyatakan bahawa akan hilang selama sebulan.😛

        Sudah balik dari Kemboja😦

  2. Assalamualaikum.
    style la awk punye blog.
    Penulisan awk best.🙂
    Nak tanya sikit. buku-buku yang awak baca, beli di mana?
    Saya minat dengan karya Faisal Tehrani tapi tidak pernah jumpa di mana-mana kedai.

    • Owh! Terima kasih kerana sudi singgah. Saya hanya menulis sesedap rasa sahaja🙂

      Btw, mudah cari buku FT di MPH untuk buku2 terbarunya. Kalau buku2 lamanya insyaallah boleh jumpa di kedai buku islami macam kedai2 buku di jalan TAR, KL ( kalau awak sekitar KL la).

      Selamat membaca!

      P/s: jemput joint goodreads malaysia untuk tau banyak maklumat ttg buku2 dan kedai2 buku di Malaysia!

      • oooh yaka.. mmg sesedap beberapa rasa..
        trima kasih2 di atas informasi anda.
        teruskan berkarya🙂
        Kena cari di sanalah. heeee

        ok, mst join punye🙂
        trime kasih skali lg.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s