Bila si ayah menangis

Sumpah, seumur hidup saya tak pernah nampak abah menangis. Pernah saya ceritakan, abah adalah seperti batu yang keras, dingin dan tidak berganjak. Saya kira, abah adalah manusia yang paling kebal kepada sebarang dugaan. Malahan saya tak pernah tahu bila abah dalam kesusahan atau kesedihan. Mustahil abah tak pernah merasa kesusahan dan kesedihan hati yang amat sangat. Tapi bila? Saya tak pernah tahu bila. Abah tak pernah memberi wajah yang berekasi penuh emosi. Melihat wajah abah seperti melihat permukaan tasik yang tidak pernah berkocak,  ya, begitulah abah. Sentiasa.

Kerana itu, saya tak pernah bersedia kalau2 abah menangis di hadapan mata saya. Saya tak pasti sejauh mana kekuatan saya menanggung hibanya.  Semantelah abah semakin lemah. Pergerakannya semakin perlahan. Pada usia begini, abah mungkin tak akan mampu menahan kalau2 dia dihina, di herdik dan dicaci oleh orang lain, Pemandangan abah menangis kerana di hina, di herdik atau di caci, semuanya belum pernah berlaku di hadapan saya. Saya tak bersedia menghadapi semua ini.

Tetapi, hari ini. Saya seperti sudah merasai saat2 itu. Saat2 bila melihat abah menangis, kalau2 dia menghadapi dugaan hidup yang teramat kejam. Hari ini saya menangis melihat ayah orang lain. Ini adalah lambang penghinaan kepada ayah seseorang.

Jika kamu tak kenal, namanya Abdullah Hussain, penulis buku Interlok. Buku yang dituduh berbau rasisma. Yang dibakar dan disepak2 kemudiannya.

Ya, kawan, saya menangis tak tertahan. Air mata terasa meresap masuk sehingga seluruh jiwa. Hibanya sukar diganti2 dengan perasaan lain. Di satu saat yang lain, marah dendam tak terluah meraja membentak2. Mungkin marah membara kepada diri sendiri kerana saya seperti tak mampu membantu si ayah ini. Mungkin begini rasanya bila melihat ayah menangis. Rasanya seperti mahu berlari terus sekuat hati ke arahnya dan memeluknya, dan mendengarnya menangis sampai bila2 yang dia mahu. Kemudian membawanya ke tempat yang jauh, jauh, jauhhhhh.

Jika kamu sudah membaca bukunya, membacanya dengan hati terbuka tanpa prasangka kamu akan lihat keikhlasan, kebijaksanaan dan keindahan yang Tuhan anugerahkan untuk si ayah ini. kamu tahu kenapa kamu tidak dapat melihat anugerah Tuhan itu? Kerana kamu itu telah buta. Mata kamu telah disimbah air longkang kotor yang berbau busuk dan hamis! Air itu namanya politik.

Ok, kita lupakan tentang sastera. Tentang poltik. Tentang perjuangan bangsa (kan saya dah kata, perjuangan atas dasar bangsa adalah perjuangan yang membuang masa!).

Kali ini, saya hanya mahu kamu berfikir tentang hati seorang ayah.

Seorang ayah yang jujur, bekerja keras untuk berlaku jujur, bekerja keras untuk membantu semua orang lain menerima kejujuran itu. Kemudian di cerca, dihina. Sehingga si ayah menangis kepiluan. Si ayah mungkin kecewa dengan aturan sebegini. Si ayah mungkin putus asa kemudiannya. Si ayah berkeputusan untuk berhenti sahaja setelah apa yang dilakukannya tidak dilihat jujur. Maka kamu nanti akan kehilangan senyum si ayah. Mungkin.

“Seorang ayah yang tua patut tersenyum setiap masa” – kata seseorang

p/s: Rindu abah. Rindu sangat.

8 thoughts on “Bila si ayah menangis

  1. salam…

    manusia mmg suka hanya melihat dari satu sudut yg dinamakan sudut mereka…lihat dari mata burung..bukan lihat dari dalam tempurung….cerita asalnya maksud yg betul…dilikukan oleh sudut mereka sahaja….

    • salam,

      cerita kecil yang remeh dibesar2kan, cerita besar dan penting di kecil2kan. si ayah tua berusia 91 tahun ini harus dihormati atas dasar kemanusiaan, sekurang2nya. politik tak pernah cantik dari pandangan saya

  2. aku juga seorang abah…seorang abah seboleh2nya tidak mahu menangis didepan anak2nya….tp sampai bila dpt si abah menahan tangisan jika satu masa ianya menjadi sesuatu yang amat sukar utk ditahani…..

  3. as salam. semoga abah dirahmati dan diberkati Allah sentiasa. kepada yg membuat abah menangis, semoga mereka sedar akan kesilapan itu dan belajar menerima hakikat sejarah diri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s