Jasa di kebaya

Ini adalah baju kegemaran saya dua tahun dahulu. Sebelum saya sambung belajar.

 

Ouch! tembus cahaya!

Minggu hadapan sudah mula bekerja semula. Saya sudah lama berniat untuk memakainya di hari pertama saya melapor diri semula. Kerana saya sangat sukakan baju ini. Saya selalu perasan saya macam ratu yang cantik dan seksi tak terlawan (walaupun tak cukup inci) kalau saya pakai baju ni. Apakan daya. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.

Saya tidak akan memakainya lagi.

Ada dua sebab. Yang pertama, berunsur keji. Yang kedua berunsur suci.

Agak keji kerana bila terpaksa mengaku yang saya tidak akan memakai baju kebaya yang ketat dan pendek ini kerana bentuk badan terlebih sudahhhhh. Butang baju sudah tidak boleh dikancing. Ouch! (amaran! membaca buku sambil makan2 tak ingat dunia adalah perbuatan terkutuk yang kamu akan kesali di kemudian hari!). Sebab yang agak suci adalah kerana tiba2 saya rasa malu bila mahu memakainya, memikirkan saya akan dipandang hanya kerana pakaian, bukan kerana diri saya yang sebenar.

Sejak semakin sedar diri sudah semakin tua bangka, dan sudah lama tidak menyentuh baju2 formal, kasut tinggi dua tiga inci, saya merasa Tuhan sudah sedekahkan lagi satu nikmat kepada saya. Nikmat keyakinan diri yang melampau. Entah kenapa saya jadi semakin tak kisah apa yang orang fikir bila pandang saya. Main sebat je yang mana sempat. (Lantak lah korang nak fikir aku macam mak anak 4 ke, macam makcik2 kerja cuci jamban ke, muka macam pontianak ke). Pernah saya pergi berjalan2 di pusat membeli dan belah yang boleh tahan gah juga tajuknya, dengan hanya memakai selipar, seluar jeans yang hujungnya sudah koyak,  t shirt lusuh warna merah, tudung warna oren. Bedak pun malas pakai.Tak ubah macam si badut yang merayau2 mencari barang keperluan lepas habis kerja overtime. Bukannya sekali, saya tidak di pandang dan dilayan langsung oleh jurujual bila ada hati memegang baju yang cantik dan mahal2.

Mula2 saya risau dengan diri saya. Saya semakin selekeh dan suka benar memakai tagline “ada aku kesah”. Sangat sah, tidak akan ada rombongan meminang saya langsung. Jika ada yang meminang, mungkin kerana dia juga adalah badut atau sama2 gila meroyan ataupun dia sebenarnya pontianak (ehem2).

Entah kenapa, ironik nya saya selalu pula bertemu dengan orang2 yang lebih jujur. Yang tidak mengeluarkan kata2 manis memuji sana sini. Yang menerima buruk dan baik diri saya seadanya. Yang membantu tanpa syarat. Tanpa niat terselindung.

Saya kira saya telah berjaya dengan satu eksperimen. Memakai baju cantik atau tidak, bukanlah penentu kepada penerimaan seseorang kepada kita. Kadang2 memakai baju yang terlalu cantik atau terlalu menarik perhatian akan, menyebabkan diri kita yang sebenar terselindung lebih jauh. Kita telah menutup diri kita dengan kecantikan luaran yang tidak kekal.

Baju kebaya ini, tidak bersalah. Malah sangat berjasa kerana menjadi lambang kesilapan saya pada masa lalu. Minta2 Tuhan beri saya kekuatan untuk tidak memakai baju sebegini lagi.

Nun jauh di sana, di tempat yang begitu suci, Tuhan meminta kita memakai baju bewarna putih yang sama dengan semua orang. Kerana, apalah pentingnya pakaian yang berbeza?Akhirnya, hati juga yang akan dipilih.

p/s : Baju kebaya pendek (saiz S sahaja) bertaraf bundle sedia untuk dipos. Siapa nak? Angkat tangan! Percuma!! Serius!!!

8 thoughts on “Jasa di kebaya

  1. fuh semangat. takut tengok baju tembus cahaya macam tu. HUU. Alhamdulillah tidak pernah diberi keyakinan untuk pakai baju kebaya.

    baju kurung baju saya. manikam kalbu.😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s