Kita yang disayangi Tuhan

Sementara blog ini tidak berubah rupa parasnya sekian lama, saya sedang dicekik cabaran Tuhan. Tidaklah sekuat mana bagi sesetengah orang, mungkin. Tapi bagi saya yang tidak cukup vitamin segala zat bagai, cabaran ini entah kenapa begitu menyentap jiwa.

Nasib baiklah malaikat pencatat yang mulia di sebelah kiri bahu tidak mencatat markah dosa bila kita mempunyai niat jahat, atau dalam fikiran kita diracuni hasad dengki prejudis, prasangka dan segala mak nenek sifat kepunyaan syaiton! Sehinggalah kita benar2 melakukannya.

Pernahkah kamu berfikir atau berdoa sesuatu yang tidak baik? Saya selalu menyumpah seranah dan berdoa semoga pemilik kereta yang menyucuk2 keretanya dibelakang kereta saya, atau memotong kereta saya di sebelah kiri “mampus kau kat depan tu mintak2 la kau terlanggar tiang lampu, remuk kereta kau dengan kau2 sekali!”. Berdoa semoga seseorang yang pernah menyakiti hati saya demi cinta sekejap yang bodoh nak mampus supaya bila dia berjumpa pengganti, berkahwin dan kemudian bercerai atau dia mati dicekik isterinya. Hah! rasakan kuasa bulan sailormoon!! Pernah terfikir kalaulah saya dapat bubuh racun tikus (ya, kerana ianya begitu mudah dibeli dimana2 kedai runcit pun) dalam minuman seorang sahabat yang mengkhianati saya. Saya pernah teringin memakai skirt pendek dan singlet sahaja bila melihat awek2 cina begitu di ambang bahagia gembira dengan tak berasa bersalah memakainya di tengah2 jalan yang panas ya rabbi tak terperi. Oh ya! ada banyak kali juga saya berniat belajar membuat bom jangka yang kecil2 comel untuk dimasukkan ke dalam sampul surat dan dipos kepada nama seseorang yang telah memfitnah saya.

Semua itu pernah dalam fikiran dan doa saya. Tapi mengikut apa yang diajar oleh ustazah saya dulu2, ianya tidak akan dicatat langsung sebagai dosa kita. Apa sahaja yang dalam fikiran, selagi belum melakukannya, sebarang dosa tidak akan dicatat. Tuhan sayang kita, kata ustazah.

Kerana manja dengan kasih sayang Tuhan itu, dan syaitan penderhaka durjana sempat memeluk jiwa, saya berprasangka dengan cabaran yang Tuhan beri. Setelah apa yang saya usahakan, Tuhan menyukarkan saya untuk mencapai sesuatu yang saya mohon dariNya. Beberapa kali saya menulis entri menyuarakan betapa kecewanya saya diperlakukan begini. Saya fikir saya sengaja dibiarkan susah dan hancur luluh (entri sudah di tongsampahkan). Betapa rendahnya darjat jiwa manusia (saya). Berprasangka kepadaNya sedangkan Dia tidak pernah berprasangka kepada kita (saya). Tidak pula dia menghentikan udara yang keluar masuk dengan selesa untuk mengembangkempiskan hidung kita (saya). Tidak pula saya dipanah petir. Sedangkan Dia mampu melakukannya. Tuhan sayang kita, kata ustazah (sengaja diulang).

Kalaulah saya, hatta orang yang tidak saya sukai, saya tidak boleh tahan bila orang itu berprasangka dan membenci saya. Inikan pula Dia yang maha besar diperangsangka oleh hambaNya yang kecil tidak berkuasa dan tak cukup vitamin pula tu.

Dulu, bila si penyimpan Garfield bermata koyak sedang bersedih, saya sendiri mengingatkannya bahawa ” jangan berprasangka kepada perancangan Tuhan. Dialah sahaja yang tahu perkara yang lepas, sekarang dan masa hadapan”.

Saya lupa. Nasib baik ingat semula. Ingatan ini, Tuhan juga yang beri kan ustazah?

Saya bersemangat semula. Esok saya akan bersemuka dengan cabaran tersebut. Tak kira apa yang terjadi, saya akan berusaha sehabis daya untuk merasai kasih sayang Tuhan. Tuhan sayang kita, kata ustazah (sengaja diulang lagi sekali).

Ini juga tanda kasih sayang Tuhan. Anemone di Tanah Scandinavia! (foto credit: Vilhelm)

 

p/s: Macam rasa nak bakar rambut seorang isteri ketua negara. Eh! kesian pulak. Botakkan cukup lah.

9 thoughts on “Kita yang disayangi Tuhan

  1. lihat saja ke bawah sana… bermacam jenis ujian berat dari tuhan buat mereka, kagum kita kepada ketabahan hebat sebahgian dari mereka.

    • lina..kamu umpama cerminan diri saya…kita sama..saya juga menghadapi saat2 seperti itu…terutama cinta sekejap yg bodoh itu(bodoh) malah saya jua mendoakan seperti kamu..bercerai n mati dicekik heheheh…Allah lebih tahu perjalanan hidup kita..umpama bintang dan bulan..kalau tidak pada peredarannyanya..apa akan jadi dengan bumi dan planet2 lain…itu kita…mulai sekarang ,saya percaya Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita..menyerah..dengan spenuh jiwa…harap kamu pun begitu…

    • tanpa nama, ya! ujian untuk saya tidaklah seberat mana, saya memang mengada2! hehe. tq anyway!

      feizlina, kita lihat nanti, apa lagi yang serupa dalam hidup hidup kita berdua 🙂

    • Hey! Mista blogga masih wujud rupanya!
      (Kalau kau nampak ada isteri ketua negara yang botak, itu adalah angkara pekerjaan aku.haha)

Tinggalkan Jawapan kepada zafirah Batal balasan