Life is full of debit and credit

Saya lekatkan poster kecil dengan kata2 tersebut dihadapan bilik pejabat saya. Setiap kali membuka pintu bilik, saya terpandang poster tersebut. Itu lah motifnya. Mahu mengingatkan diri yang kuat pelupa.

Sekarang, sejak bercuti belajar (yang lebih bersuka suki dari belajar), poster tersebut tidak ternampak secara fizikal lagi. Tetapi, sudah semakin melekat dihati.

Jika kamu, kebetulannya pelajar jurusan perakaunan (yang mungkin terserempak dengan blog ini ketika menekan kata kunci “soalan bocor perakaunan”) konsep debit dan kredit hanyalah semudah memetik jari sahaja. Dah tau kan? Ok! Sekarang pergi buat kerja rumah! Jangan mengada2 nak berpeleseran membaca blog entah siapa2 ni.

Jika kamu adalah seorang pelajar yang dulu, kini dan selamanya berkadar suam-suam kuku dalam bidang2 ilmu bernombor ini, marilah saya ceritakan konsep debit dan kredit yang mudah (jangan risau, tak ada nombor2 punya!).

Kita makan. Lepas tu sakit perut. Lepas tu pergi tandas. Termenung. Lega! Apa jadi kalau kita tak reti2 nak pegi tandas? Boleh masuk wad ok! Bila kita pinjam duit dari along, kita kena bayar balik. Apa jadi kalau kita tak reti2 nak bayar? Bersedialah mendepakan jari2 yang mulus tu (eleh! jari kan banyak, setakat kena potong satu, ada lagi sembilan! Yey! Gila ke ape?).

Begitulah debit dan kredit. Sesuatu yang diterima haruslah dikeluarkan. Sesuatu yang di ambil haruslah di pulangkan. Jika tidak berlaku sebarang pengeluaran atau pemulangan, ada sesuatu yang tak kena pada dunia ini. Mungkin bencana akan berlaku. Ha, tu la pasal Pontianak Harum Sundal Malam mengamuk siang2 hari! Tak dipulang2 kan siapa suruh. Tak faham konsep debit kredit la tu.

Dalam perakaunan nilai debit dan kredit mesti sama. Kalau tidak akauntan kena potong gaji (agaknya). Dalam kehidupan, nilai debit dan kredit juga harus sama. Sama dalam kamus kehidupan maksudnya setimpal. Harus berlaku. Tuhan kan maha adil dan saksama. Dia akan pastikan debit mesti sama dengan kredit.Tak percaya, boleh cuba sendiri. Saya pernah cuba.

Saya nak mengaku satu dosa yang saya buat. Dengan tak sengaja saya pernah tercalarkan kereta orang lain. Bahagian cerita yang lebih enak ialah bila saya tidak mahu mengaku. Saya takut kena bayar. Masa tu, baru sangat kerja. Gaji tak lepas tengkuk pun. Nak makan sedap2 pun, tahan perut dek non oi.., inikan pula nak bayarkan satu pintu kereta orang lain. Beberapa tahun kemudian, dengan megahnya ketika sedang berebut2 ruang parking berbumbung dengan kawan, yey! saya berjaya! Telah berjaya menjahanamkan pintu kereta saya sendiri. Terlanggar tiang parking. Bagus! Bagus! (Padan muka! Muka kedekut!).

Berani cuba, berani tanggung. Hah!

Peristiwa demi peristiwa, percubaan demi percubaan, telah berlaku, telah saya lakukan. Saya semakin yakin dengan hukum ini. Bila kita memberi, kita akan menerima. Bila kita menerima, kita harus memberi. Jika kita tak lakukannya, Tuhan akan lakukan. Dengan nilai yang setimpal. Nilai yang adil.

Teringat kata2 Saiful Nang, “jika kita terima tetapi kita tak memberi semula, hukum dunia/alam kita telah ‘stop’.” (rujuk youtube di bawah)

Dan, saya percaya, jika kita terlebih memberi dari nilai yang kita terima, Tuhan akan pulangkan nilai lebihan tersebut. Dengan cara yang lebih indah!

Mari kita sama-sama perbaiki diri. Semoga kita dapat melihat bunga tersenyum dan mendengar burung menyanyi kerana dunia berputar dengan betul dan seimbang dan cantik.

6 thoughts on “Life is full of debit and credit

  1. Eh, saya suka juga entri ini! Sekejap, mahu tekan butang Like.
    Ok. Sudah.

    Betul3. What you give you get back kata Scorpion. (entah betul Scorpion entah tak, saya tibai sahaja) Tapi sungguhlah, kalau kita buat sesuatu kebaikan atau keburukan, tentu sahaja Allah akan membalasnya. Maha Kuasa Allah, balasan itu mungkin sahaja LEBIH daripada yang kita lakukan. Kita mungkin memberi RM5 kepada orang lain tetapi kita dibelanja dengan nilai RM50 kemudiannya. Oh, Maha Suci Allah!

    Balasan itu juga akan datang dalam keadaan yang tidak kita sangka. Oh oh oh!

    Kesimpulan: Mari kita buat kredit yang baik banyak-banyak supaya kita mendapat pula debit yang baik juga secara banyak. Yey!

    eh, tiba-tiba buat kesimpulan sendiri. HAHAHA, tumpang lalu Kak Lina.😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s