Cinta itu buta

Wah2! mahu bercerita tentang cinta pula hari ni. Apa khabar? sudah lama kamu tak dengar saya membebel di sini kan? Bukan apa, merujuk kepada bebelan saya tempoh hari tentang rezeki ribu riban, saya sebenarnya sedang bertungkus lumus mencari rezeki lebih dek kerana nak melangsaikan sesuatu permasalahan. Jika diceritakan tentang itu di sini, saya akan kelihatan begitu gengster sekali (padahal saya teraniaya, ewah! konsep membela diri). Maka biarlah kesusahan diri saya menjadi rahsia yang menyorok di celah2 jantung dan tulang di badan.

Eh, tentang apa tadi? Cinta kan?

Sesiapa yang seangkatan dengan usia saya yang begitu ‘matang’ ini, mungkin pernah dengar tentang kisah Bentong Kali. Yang tersangat sohor dengan kegemarannya menembak orang. Seperti hobi suka2 sahaja. Ingin saya mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa orang jahat bukan sahaja tertakluk kepada bangsa atau warna kulitnya. Botak Chin tu bangsa apa? Ahmad Najib yang bunuh Canny Ong tu bangsa apa? Mat Komando ? Saya rasa nak tergelak tergolek2 bila mendengar satu teori konspirasi mengatakan si keparat yang membunuh Sosiwati dan 3 rakannya adalah satu usaha terancang membunuh orang Melayu. Kasihan ada diantara bangsa saya yang mempunyai masalah dalam penaakulan. Teori liberal yang zuhud membezakan manusia kepada ‘jahat’ dan ‘baik’ sahaja. Agama kita membezakan manusia kepada yang ‘beriman’ dan ‘tidak beriman sahaja’. Jadi, kenapa taksub sangat dengan perbezaan bangsa ni? Saya tak boleh nak hadam lah dengan teori ‘bangsa-bangsa’ ni.

Eh, tentang apa tadi? Bentong Kali kan?

Selepas Bentong Kali mati ditembak polis,  isterinya (mungkin teman wanita, tak berapa ingat, dah tua) meluahkan rasa hatinya. Dia tetap menyayanginya sepenuh hati. Baginya Bentong Kali adalah orang yang sangat istimewa dalam hidupnya. Tak cukup2 mulut saya mengutuk perempuan tersebut. Nyanyuk ke apa? Cintakan pembunuh? Tak boleh hadam! tak boleh hadam!

Dulu saya memegang satu teori asas yang umum. Kita harus cinta dan sayang pada orang yang baik. Teori biasa la tu kan? Macam alasan2 artis wanita menjawab kenapa pilih Datuk tu Datuk ni. ‘Dia seorang yang penyayang dan memahami saya’. Kalau terjumpa tukang sapu sampah yang penyayang dan memahami macam mana? hah? hah? (eh! eh! marah kat siapa ni ?)

Hari demi hari. Tahun demi tahun. Saya mengenal cinta dan sayang dari perspektif yang berbeza. Bertemu dan berpisah. Berbesar hati dan berkecil hati. Meninggalkan dan ditinggalkan. Ada juga yang tidak akan kamu tinggalkan walaupun kadang2 mengalami keseksaan jiwa dan raga. Ingat tak cerita doa saya masa kecil yang saya mahukan mak yang lain dari mak saya. Masa bergaduh dengan adik beradik masa kecil2 saya juga pernah berdoa supaya adik2 saya lenyap. Kena sorok dengan hantu hutan ke atau saya  dapat duduk kat bulan. Lagi seronok agaknya. Tak ada orang kacau. Bercakap dengan matahari dan bermain dengan bintang. Tapi bila terbayangkan jika mereka tidak ada di sisi, saya rasa saya boleh pitam. Saya rasa saya mahu lenyap juga. Saya mungkin tidak boleh makan. Saya mungkin sukar bernafas.

Saya yakin, Tuhan telah peruntukkan perasaan yang aneh bagi setiap diri kita. Kita sayang dan cinta pada orang yang pernah menyakitkan hati kita. Kita ampunkan kesalahan orang yang menganiaya kita. Definisi saya pada cinta yang sejati ialah bila kita cintakan seseorang walaupun dia bukanlah yang terbaik. Dia bukanlah ‘penyayang dan memahami’. Dia bukan apa2 pun. Tapi dia mampu membuatkan kita belajar memberi ampun dan maaf. Dia mampu membuatkan kita bertoleransi dan membuka hati. Seperti cinta sejati kita pada mak, abah dan adik beradik. Ya, itu cinta sejati.

Perasaan yang aneh. Tapi, itulah kekuatan yang Tuhan berikan kepada kita supaya dunia kita lebih indah.

Semoga dunia terus aman kerana cinta kita yang sejati.

8 thoughts on “Cinta itu buta

  1. saya suka entri ini! ^_^

    eh, cerita bentong kali itu saya tak tahu pun. saya hidup zaman mana nih? @_@?

    dia mampu membuatkan kita belajar memberi ampun dan maaf 🙂 saya tersenyum lebar..

    Semoga dunia terus aman kerana cinta kita yang sejati. ameen.

  2. bentong kali aku pernah dengar. tapi cinta itu, yang aku tahu, memang satu perasaan yang sentiasa terkesan (eh, betul ke penggunaannya ni?) di hati aku. menyakitkan. tapi tetap cinta. bodoh rasanya. tapi itu lah perasaan yang membutakan kita. 🙂

  3. Teori cinta yang saya pegang ada dua. Yang utama dari kata bapak hamka, katanya

    ‘Cinta adalah ibarat memburu kijang di dalam rimba, semakin jauh kita mengejarnya, maka semakin jauh kita akan tersesat di dalamnya.’

    yang kedua, dari El-shirazy sendiri,

    Bagiku,
    Cinta adalah kekuatan,
    Ia ada kemampuan,
    Mengubah cuka menjadi anggur,
    Mengubah malang menjadi tuah,
    Mengubah sedih menjadi riang,
    Mengubah syaitan menjadi nabi,
    Mengubah iblis menjadi malaikat,
    Mengubah sakit menjadi sihat,
    Mengubah kedekut menjadi demawan,
    Mengubah kandang menjadi taman,
    Mengubah penjara menjadi cinta,
    Mengubah amarah menjadi ramah,
    Mengubah musibah menjadi muhibah,
    Itulah cinta!.**

    (**Diadaptasi dengan beberapa pengubah-suaian dari Pusi Rumi dalam Masnawinya).*
    *Habiburrahman El Shirazy, Ketika Cinta Bertasbih Episod 2, Helaian 95.

    Sekian. Ahaks!!

Tinggalkan Jawapan kepada erin Batal balasan