Benci dan cinta untuk kamu

Kamu begitu sukar dikenang
Sedang bertenang atau menendang

Kamu begitu sukar difahami
Sedang berjanji atau menyanyi

Kamu begitu sukar ditelah
Sedang bermadah atau berhelah

Bergolakan dan menyenangkan
Mengelirukan dan meyakinkan
Memalukan dan membanggakan

Kamu tahu kan
Benci dan cinta itu
Tipis sahaja bezanya

Ada yang minta aku benci kamu
Tapi aku pilih cinta untuk kamu

Ya, kamu
Kamu yang memelukku
Ketika ribut taufan menderu
Ketika angin lembut berlalu

Aku pilih cinta
untuk kamu, Malaysiaku

(Rakyat yang merdeka itu adalah mereka yang tidak menerima satu perkara itu sebagai satu perkara)

(dijemput menonton sisi lain episod kemerdekaan kita)

5 thoughts on “Benci dan cinta untuk kamu

    • oh ye? mungkin kita kena consider maklumat dalamnya kerana penaja, tapi sekurang2nya kita ada peluang untuk lihat cerita sejarah dari perspektif lain. kan ? kan ?

      eh, tq ye singgah lagi , dah lama rasanya awak tak tinggal jejak🙂

  1. KAF adalah dipercayai dibiayai pemodal2 yahudi dan kemungkinan berkepentingan CIA. Semua2nya samar2 ttp pengikut2 politik tanahair sedikit sebanyak tahu siapa dan apa yg KAF mahu.

    Ya, politik… agak memualkan ttpi perlu kita tahu.

    • terima kasih ingatan tentang KAF. akan menggogle tentangnya dengan lebih gigih. ya, politik sangat memualkan, lebih banyak kotor dari suci, tetapi perlu diambil tahu. satu fakta yang pahit tetapi perlu telan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s