Rezeki ribu riban

(Entri kali ini panjang tak ingat dunia. Sila bersabar membaca).

Saya ingat lagi. Semasa belajar di universiti peringkat sarjana muda yang sangat muda dulu. Dikala bulan mengambang, bintang bekerdipan, duit biasiswa kekontangan. Bila saya menghabiskan helaian mi segera yang terakhir. Usus perut terasa masih menjerit. Masih lapar. Sudah beberapa hari saya makan mi segera. Cuma perasa sahaja yang variasi. Tersilap makan perasa tom yam, perut memekik, cirit birit pula. Ah! Rugi mi segera sebungkus!!

Saya selalu gagal memberi perhatian kepada pelajaran kerana perut kosong. Tengok buku pun terbayang bongkah keju. Saya menahan rasa lapar dengan berimaginasi. Seronoknya nanti kalau dah mula bekerja. Dapat gaji ribu riban. Boleh makan apa saja yang saya idamkan. Beef steak atau sup sirip ikan yu. Setakat mi segera tu memang boleh campak pada ayam itik makan saja (wah! sungguh berani berkata2 takbur!).

Kemudian saya bergraduasi, bertebaranlah saya bekerja di muka bumi Tuhan. Tuhan beri duit gaji seperti yang pernah dibayangkan. Alhamdulillah. Saya mahu terus cari beefsteak atau sup sirip ikan yu. Tak jadi, Awal2 kerja banyak yang perlu dibayar. Hutang sana sinun. Tanggung itu tanggung ini. Semua nak dibayar. Kemudian bermulalah siri normal nasib orang marhain yang kerja makan gaji. Gaji seperti terhad tapi hidup terus penuh dengan obligasi2 yang ditakdirkan dan yang dicipta sendiri. Masa tu saya terbayang hidup semasa belajar dulu. Wah! Seronoknya. Lepas balik kelas, golek2 atas katil, kalau malas nak golek2, cari sekutu untuk mengumpat dan bergosip. Seronoknya hidup tanpa fikir duit nak bayar kereta, rumah, kad kredit dan tanggung adik2. Alah! Setakat ujian dan peperiksaan tu.. ada aku kesah! Wuhahahah! gelak jahat.

Kemudian, beban kerja kadang2 seperti tak masuk akal. Gaji yang diterima seperti tak setimpal (haip! tak bersyukur!!!). Saya bayangkan pula bagusnya tak bekerja tetapi dapat gaji pula. Tuhan itu maha mendengar. Sekarang saya tak bekerja tetapi diberi gaji dan ditambah pula dengan duit biasiswa. Wah! Indah kan? Bila Tuhan dengar sahaja apa yang kita minta. Kemudian beberapa kejadian menyebabkan duit lebihan itu perlu disalurkan ke tempat lain. Saya merungut sekali sekala kerana terasa seperti tak pernah merasa nikmat2 itu untuk diri sendiri.

Kemudian saya fikir pula, seronoknya ada suami. Kalau tengah sesak, boleh curi duit dan kad kredit suami. Kalau saya kena ugut dengan ahlong, encik suami boleh tolong patahkan tengkuk ahlong tu. (Perhatian, saya tak pernah mempunyai hubungan gelap dengan ahlong. ini hanya hiasan penulisan semata2). Sekurang2 bila empat2 tayar kereta kena ganti, suami boleh bayar ke empat2 tayar kereta, saya boleh bayar ke empat2 tiub tayar sahaja.

Kemudian nasihat seorang sahabat (yang sudah berderai istana cintanya) mengingatkan saya. Jangan fikir perkahwinan akan menyelesaikan masalah kewangan. Kadang2 hidup berkahwin lebih bencana daripada hidup membujang. Setelah membujang semula, sahabat saya itu kelihatan lebih gembira dan bertambah pula berat badannya. Tapi katanya, Tuhan sahaja yang tahu bagaimana seksanya hidup sebagai ibu tunggal dengan berbekalkan bekas suami yang tak tahu maksud perkataan nafkah.

Kemudian Tuhan belum beri saya suami lagi (tak apa, saya bersabar wahai Tuhan). Mungkin kalau ada suami, dalam keadaan sekarang, saya akan menyusahkan suami saya pula. Bukannya kita tahu tanggungan hidupnya pula. Mungkin sekarang bakal suami seorang yang sedang menyara ibu yang tua dan sakit atau adik yang cacat. Kehadiran saya dalam hidupnya tak lebih dari akan menyesakkan fikirannya saja (ayat melankolik tak boleh belah! Tolong! hantu jiwang karat sedang menggigit!).

Kemudian, inilah saya. Seorang. Mahu menjadi kuat. Mahu berdiri dengan sendiri. Kerana mahu percaya Tuhan ada di sisi.

Nah! hadirin dan hadirat sekalian. Apakah pengajaran dari kisah yang banyak sangat menyebut perkataaan ‘kemudian’ ini? Mari kita senaraikan. Jangan menilai kehidupan orang lain yang kelihatan baik itu sebenarnya baik belaka. Setiap mahkluk Tuhan diberikan bahagian masing2. Yang kena pada tempatnya. Tuhan bukannya saja2 nak kurniakan kepandaian dan rezeki kepada seseorang. Jika kamu mengangap kepandaian kamu itu dan rezeki yang Tuhan beri itu hanya untuk kenikmatan diri kamu, kemudian terpaksa pula menyalurkannya kepada orang lain, ini lah saatnya kamu merasa Tuhan itu tak berlaku adil. Mungkin Tuhan mahu mengurniakan rezeki2 itu untuk orang lain tetapi melalui diri kita. Tidakkah itu kelihatanya kita seperti orang yang terpilih? Kerana kita disayangi? Dan banyak lagi dan lagi dan lagi. Jika kepandaian dan rezeki tak disalurkan kepada yang hak, lebih kurang sahaja kita dan Yahudi (maaf, ayat keras sangat ke?).

Maka berbahagialah menjadi hamba yang dipilih, disayangi dengan kurniaan dugaan dan rezeki.

Demikianlah ceramah agama pada hari ini di bulan yang mulia ini. Renung2kan dan selamat beramal.

p/s : Tolong jangan bersangka saya sedang memuji diri. Saya cuma mahu perbaiki diri. Bersama2 dengan kamu.

p/s lagi : Tolong jangan lapor kepada pihak berkuasa, saya tak ada tauliah mengajar agama (sambil berlari2 menyorok dalam bilik).

18 thoughts on “Rezeki ribu riban

  1. Salam Kak Lina.

    Tidak mahu memberi komentar mengenai entri, tetapi cukup menyentuh tentang tampilnya blog ini.

    sungguh, meskipun berkali-kali linakama.wordpress.com bertukar wajah, ia tetap mempesona.

    dengan aura tersendiri semestinya.
    🙂

  2. Salam Kak Lina,

    1) Saya suka lagi template lama. Jangan tanya kenapa. Saya juga tidak tahu. Huhu

    2) Wah, bahagianya rasa. Permintaan akak dikurniai Tuhan. Dapat apa yang akak pohon. Tapi kita sama, belum dikurniakan ‘the other half’😦 Kita berbaik sangka sahajalah ya.

    3) Mahu jadi kuat, fizikal dan mental, jawapannya satu sahaja – qiamullail. Itulah yang mendidik Sultan al-Fateh – sebaik-baik panglima – yang dapat membuka semula Constantinople. Mari kita sama-sama berusaha untuk menjadi kuat!

    • Filzah (tak tau kenapa, suka nama filzah dari Furaiah🙂 )

      1. sebenarnya saya masih suka template lama juga, tapi template ni lebih kemas sikit rasanya kot…apa kata awak pakai la template lama tu kat blog awak🙂
      2. jadi badan kita separuh la ye? haha
      3. tq atas cadangan. mari kita jadi incredible hulk!!!yey!

      • Kak Lina,

        (saya juga suka nama Filzah! Itukan nama saya. Hihi. Furaiah itu nama sahabiah (atau tabien))

        1. Saya memang nak pakai tapi tak apalah. Nanti ada iras-iras akak pula. Huhu.

        2. Bukan badan kita yang separuh, tapi hati.

        3. Mari jadi incredible hulk! ^_^

        Err, siapa Ali?

  3. hebat entry yg baru ni, walaupun saya belum mule membace pun lagi.
    herm..tp saya komen dlu.
    berdasarkan kepada komen2 di atas, macam entry ini sedap.ye..sedap.

    ye.sekarang baru sy akan membace entry di atas dgn sabar.
    1,2,3 mule!!

  4. Wah.seperti yg dijangka.entry di atas sgt sedap macam megi tomyam.

    berikut adalah ulasan yg terus tangkap di kepala sy:-

    “Mungkin Tuhan mahu mengurniakan rezeki2 itu untuk orang lain tetapi melalui diri kita”

    Sy pun penah pk konsep macam nih.
    lain2 contoh seperti-

    1.tuhan mengabulkan doa org lain melalui tidak makbulnye atau makbulnye doa kite.

    2.musibah yg menimpa kite, mungkin membuatkan orang lain mendapat kesenangan( in a good way)

    3.jalan hidup kite boleh memberi kesan kepada org lain.sebagai contoh …(uh panjang sgt lak nak bagi contoh,guru pk sendiri la.hahahahah)

    4. seperti entry di atas juga.rezeki org lain melalui kite.betul.sgt bersetuju.

    kesimpulannye.

    kehidupan manusia yg diaturkan oleh tuhan adalah bersangkut paut antara satu same lain.berjalan mengikut apa yg dikehendakiNya tanpa ‘cacat’
    Kerana??
    DIA adalah Pengatur Yang Maha Bijaksana.

    Ye, sy juga bersetuju dgn yg lain2 , layout skang sudah tak best macam adik guru yg belajar di sane(mane tah)..
    ooo.by the way..
    hi kakak..kihkihkihkihih

    • Ali,

      Kalau ikut teori pemikiran kritis, orang yang berjaya membuat kesimpulan dan penaakulan bagi sesuatu kisah, cerita, pemandangan, sudah mencapai tahap pemikiran yang super. Bagus! Awak sudah menjadi pelajar yang makin matang.Tepuk tangan ramai2!

      amboi, senyap2 pegi jalan blog adik saya ye. Langkah mayat kakak dulu. hahahaha (gelak Sarip Dol)
      🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s