Si Bahlut yang pecut

Sekarang saya sedang membaca 5 buah buku serentak. Itu tak termasuk buku2 untuk penulisan tesis saya. Satu hari mungkin memegang 10 buah buku. Wah! Sungguh begitu akademik fantasia hidup saya ini. Sungguh sebuk sekali sehingga tak ada masa nak fikir pasal mencari teman hidup (sedang memberi justifikasi tak munasabah kenapa masih tak laku2).


Buku ini adalah yang terakhir saya mulakan diantara 5 buah buku tersebut, tetapi yang tercepat dapat dihabiskan. Saya masih tak percaya bahawasanya saya telah berjaya menghabiskan buku Faisal Tehrani dengan begitu cepat. Banyak perkara dalam hidup, yang saya gemar melakukannnya dengan begitu cepat termasuk mandi, makan (sampai tercekik tulang ayam!), bersolek, berjalan dan bercakap. Tapi, tidak untuk buku. Terutamanya buku2 FT.

Kehadiran buku ini mengisi ruang yang lengang dalam tema ini dikalangan buku2 di Malaysia. Sepanjang karier sebagai pembaca buku (yang sekarang ini lebih membeli dari membaca), saya belum pernah membaca buku tentang kaum minoriti orang asli. Trilogi Tombirou oleh Ramlee Awang Murshid mungkin yang paling hampir, kerana menggali kisah hidup makhluk misteri di hutan.

Buku ini  berkisar tentang seorang anak muda orang asli campuran Semai dan hulu yang bernama Bahlut. Hidup Bahlut begitu malang kerana bapanya telah hilang dengan misteri dan kemudian ibunya pula. Nasib Bahlut mungkin lebih malang jika dia tak begitu dekat dengan hati Zaiful. Zaiful adalah seorang guru dari Kuala Lumpur yang  bertugas di kampung orang asli di mana Bahlut tinggal. Kerana kasihankan nasib Bahlut, Zaiful mendorongnya berhijrah ke Kuala Lumpur dengan bantuan abangnya. Di sana, bakat berlari Bahlut dapat dikesan dan seterusnya Bahlut berjaya dengan begitu gemilang sebagai pelari pecut paling pantas. Namun, kisah Bahlut hanya alasan untuk FT menyampaikan isu kehidupan orang asli yang tak terbela. Yang lebih banyak diselindungi daripada dilindungi. Kegiatan pembalakan haram di kampung orang asli adalah metafora kepada kegagalan pihak yang bertanggungjawab dalam isu ini. Sepanjang Bahlut berada di KL, kampungnya semakin teraniaya dengan perbuatan kejam orang2 misteri yang seterusnya melibatkan soal hidup mati Zaiful.

Saya mahu anggap Zaiful sebagai kunci utama dalam cerita ini walaupun Bahlut adalah watak utama. Apa yang kita mahukan dalam masyarakat sekarang adalah seorang yang berani mendorong perubahan, kepada individu, agama dan bangsa seperti Zaiful. Oh ya! Pengaruh agama Islam dan Kristian terhadap orang asli juga ada diselitkan. Islam sebagai agama pilihan disulam dengan sederhana tetapi cukup memberi makna. Buku ini memberikan cadangan alternatif bagaimanakah kita boleh menyelesaikan masalah penindasan jika birokrasi dan penyelewengan terlalu tebal.

“Hidup yang melawan”.

Tapi FT ajar cara melawan yang bijak.

Saya teringat seorang rakan baik saya (seorang awek cina yang comel macam saya juga) yang pernah membuat kerja amal menguruskan perjumpaan wakil2 orang2 asli seluruh Malaysia tak lama dulu. Pernah dia memberitahu;

“Kalau aku cakap kau jangan terasa ye. Tok2 batin kata tanah diaorang selalu kena ambil. Katanya tanah tu semuanya rizab dan hak orang Melayu”.

(Oh, sesungguhnya aku terasa!)

Bagi saya, orang asli dan tanah adat mereka adalah satu hubungan istimewa dan penuh makna. Memisahkan orang asli dengan tanah adat mereka seperti memisahkan ikan dan sungai, burung dan ruang terbangnya. Apalah ertinya hidup jika begitu! (Banyak lagi tanah di Malaysia ni. Tak terlarat dek kita nak pajak bangunan tinggi2).

Saya tak mahu memberi ulasan tentang cara penulisan FT. Saya takut memberi ulasan kepada sebarang tulisan orang yang sudah banyak menang anugerah ini. Takut kena sambar petir.

Eh, tapi kan… kenapa ye, FT ada gunakan perkataan Bahasa Inggeris?

“…mimpi itu terasa seperti dekat. Serasa seperti real.”

Kenapa tak ganti dengan ” Serasa seperti benar2 berlaku”?

(mampus aku kena sambar petir ni)

Demikianlah ulasan buku versi perasan sendiri pada kali ini. Jumpa lagi!

12 thoughts on “Si Bahlut yang pecut

    • Erin,

      oh ya! aku kena berlatih menulis. Sangat membantu untuk penulisan tesis aku. terutamanya bila buat ulasan buku. kalau yang merapu pelik2 tentang hidup aku yang boring ni, tak yah la korang layan sangat. haha

      keep writing erin, most of the time it will heal you

  1. Salam Lina…
    ni 1st time aku terbaca tulisan ngko..
    ntah cmner malam yg memboringkan ni….(opps silap.. awal pagi dah ni nak masuk 3.00 am), aku terpaut ngan link penulisan ngko ni…

    mmm…dlm pikiran aku ni nape ler aku x serajin ngko yea..
    mengulas kata2 berasahkan pena… ekkk…

    wassalam….

    • eh eh, coursemate aku ni,

      guano mu terjumpo blog aku nih? 3 pagi tak tido lagi, tulis tesis panjang sangat la tu. huhu

  2. Suka quote yang ini,

    “Eh, tapi kan… kenapa ye, FT ada gunakan perkataan Bahasa Inggeris?

    …mimpi itu terasa seperti dekat. Serasa seperti real.””

    Mungkin diambil ringkas dari kata realiti. Mungkin.

    • ya, mungkin silap taip atau ringkasan untuk realiti, atau FT sengaja menulis dengan niat. Perkataan ‘real’ tu lebih menggambarkan apa yang ingin beliau sampaikan agaknya (yang mana saya masih tidak bersetuju).

  3. Salam Lina, saya sekarang sedang menyiapkan kajian tentang dakwah dalam karya Faisal tehrani. kalau ada maklumat boleh dikongsi bersama, harap Lina dapat menunaikannya.

    sekian, wan zaliha
    Terima kasih.

    • Assalam, saya x pasti apa yg saya boleh bantu. Kerana saya hanya pembaca bukunya sahaja, dan byk lagi yg blm dibaca. Mungkin anda boleh merujuk kepada ulasan buku2 beliau yg tlh saya masukkan dlm blog ini. Akan datang saya akan review beberapa buku lg. Jemput singgah kemudian ke blog ini.

      Tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s