Yang terlampau

Saya mudah lupa (atau Melayu mudah lupa? ah! samalah tu! ). Paling saya benci apabila saya gagal mengingat isi buku2 yang telah saya baca. Saya ingat saya telah baca sepenuh hati, tapi saya masih lupa. Saya sangat dengki dengan keupayaan sahabat baik saya (yang masih menyimpan Garfield bermata koyak itu) mengulang ayat2 penting dalam buku yang telah dibacanya bertahun2 dulu. Saya yakin sesungguhnya memang saya pernah makan pelbagai jenis semut ketika kecil dengan banyak sekali sehingga saya menjadi sangat pelupa begini (mana datangnya teori ni, entah!)

Tapi saya yakin, saya, kamu dan kamu pasti akan ingat perkara yang melampau terjadi dalam hidup. Perkara tersebut mungkin telah menumbuk hati terlalu kuat.  sehinggakan otak yang di atas pun terkejut. Otak yang kuat berfungsi dengan baik semula, otak yang lemah mungkin boleh menjadikan tuan punya gila tak tentu pasal. Merayau di tepi jalan tanpa selipar mengutip tin minuman yang masih berisi sedikit air.

Mengimbas kembali apa yang paling diingati sepanjang karier sebagai hamba Allah; Abah lupa jemput balik sekolah semasa darjah 2. Menangis teresak2 berjalan kaki sambil mengutip batu jalan berwarna merah dan melontar kearah semua jenis haiwan yang menjeling. Jatuh cinta dengan seorang budak lelaki untuk pertama kali semasa darjah 4 (saya yakin dia suka saya juga sebab dia suka pinjam pemadam saya). Kena pukul dengan mak, dengan abah (dijemput korek entri lama kalau tak ada kerja).

Kemudian sangat ingat beberapa siri kehilangan, kemalangan, dikhianati dan ditipu.

Saya tak tau orang lain, tapi rasanya saya lebih berkeupayaan mengingat dengan begitu lama tentang perkara melampau yang tak seronok sahaja. Ataupun mungkin hidup saya memang tiada perkara yang menyeronokkan berlaku dengan melampau. Mungkin saya memandang perkara yang seronok itu adalah perkara yang tak seronok (tak sedar diri dengan nikmat Tuhan. huh!). Maka, bagaimanalah saya mahu ketemu dengan kejadian melampau yang seronok jika begitu? Mungkin cara pandangan perlu diubah. Mungkin.. mungkin..

Esok perkara yang melampau dijangka akan berlaku lagi. Saya akan menyambut Ramadhan keseorangan buat pertama kalinya dalam hidup saya. Seronokkah jika begitu?

Mungkin cara pandangan saya (kita) perlu diubah. Perlu.. perlu…perlu

.

*Selamat menyambut bulan yang paling indah. Semoga kita dapat melihat yang indah2 sahaja dalam bulan ini. Semoga Allah merahmati kamu semua.

4 thoughts on “Yang terlampau

    • Mestilah no hal. Ko kan tak suka berebut makanan ngan org. Haha

      Hei beb! aku rindu zaman berpuasa di pulau yang comel tu

  1. Saya akan menyambut Ramadhan keseorangan buat pertama kalinya dalam hidup saya. Seronokkah jika begitu?
    – ade ramai lagi yg tak mampu berpuasa kerana terlantar sakit dan juga org yg masih lagi blum dapat hidayah.
    – kita lagi seronok kan?

    Kena pukul dengan mak, dengan abah (dijemput korek entri lama kalau tak ada kerja).
    – sy sudah lame mengorek entry tersebut kerana sy peminat blog guru yg psycho.hahaha.

    • hai peminat psycho,

      tiba2 terasa awak telah menjadi siuman kerana mengingatkan saya tentang menyambut ramadhan seorang diri tetap seronok.

      hehe, thanks ya!🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s