Ada makhluk yang agak hebat

Cuti belajar saya akan habis beberapa bulan lagi. Saya mengandaikan masa menulis saya akan semakin berkurang bila saya masuk semula ke alam pekerjaan yang lemak dengan birokrasi tak masuk akal (andaian sahaja, kadang2 mood menulis bukan kerana faktor masa, rasanya lebih kepada faktor perasaan. Bila rasa sedih dan hampa, selain dari rasa nak tumbuk orang, saya rasa gian nak membebel di blog).

Saya sudah mula bersiap siaga untuk menulis dengan lebih pendek di tempat yang lebih sesuai.  Pernah dengar Tumblr kan? Kalau tak tau, mari2 rapat sini nak bagitau ni. Tumblr adalah tempat orang yang ada hati nak berblog tapi ada penyakit malas menulis tahap gaban. Konsepnya diantara blog dan twitter. Tak ada fungsi untuk komen di sana. (boleh sebenarnya, tapi kena bersusahpayah sikit buat bahasa html, malas nak fikir). Ada konsep bertanya, ‘like’ dan  reblog (macam retweet dalam twitter). Apa? awak tak ada twitter lagi? (Eh, sejak bila mula guna ‘awak’ ni?). Oh, sungguh rugi sebab  tak boleh follow Shah Rukh Khan! (Selain dari baca twitter ahli politik dan artis bergaduh satu sama lain macam budak2 berebut gula2). Jadi dengan tak malunya saya menjemput tuan puan mem bookmark kan tumblr saya. Lawatlah hari2. kerana setakat ni saya kemaskini setiap hari (perasan nak mampus ada peminat!). Lagi pula aplikasi Tumblr ada di telefon genggam saya yang comel bernama Cik Mek molek tu. Maka akibatnya, memblog semudah menekan dua tiga jari sahaja. Sedang memasak pun (tunjuk2 rajin) atau melipat kain (tunjuk rajin lagi) saya boleh blogging. Paling saya suka di Tumblr saya boleh upload lagu kegemaran saya jadi awak (awak lagi!)  boleh dengar berkali2 sampai telinga panas kemerah-merahan. Hebat kan? Yey! tepuk tangan untuk semua genius IT di dunia yang dicipta Tuhan!

Klik di sini untuk kesana. Jumpa di sana di sana di sana (dengan bunyi bergaung dan pudar perlahan-lahan)

(Blog ni masih berguna. Di sini tempat menulis tentang buku kegemaran, tentang mak yang kuat membebel, tentang abah yang tak reti bercakap, tentang semut yang gatal, tentang ayam jantan yang dengki, mungkin pada kadar hari2, mungkin seminggu sekali, mungkin sebulan sekali, mungkin setahun sekali atau mungkin sepuluh tahun sekali).

* saya sayang ‘awak’ tau tak?

3 thoughts on “Ada makhluk yang agak hebat

  1. tapi kan guru, sy suke guru membebel panjang2 di blog ini.
    klu tumblr and twitter tu macam ringkas sgt.
    sila jangan lupakan peminat setia guru ini.

    go go guru.

    bile kite nak bergosip lagi macam hari tuh?????
    jom jom.ala…jom la.

  2. Ali,nanti saya membebel masa kita chatting je lah. Hehe mungkin hari2, mungkin seminggu sekali, mungkin setahun sekali. Hehe (dengan tambahan ucapan, jangan kacau adik org ok!:ahaha)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s