Masa itu torpedo

Cepat sangat masa ni kan? Rasanya baru malam tadi keluar dari perut mak, aik! sekarang dah semakin gatal dan kronik nak jadi mak. Haih! kalaulah bayi2 comel dijual bergentayangan di pasar raya! Boleh pulak pilih yang mata biru ke, yang kulit sawo matang ke, yang mata bulat ke, yang berlemak2 ke, yang rambut kerinting macam maggie ke. Wah2, lagi bagus kalau ada diskaun sempena perayaan atau boleh beli satu percuma satu.

(Oh Tuhan! perempuan ni semakin gila dan parah!)

Dimana kita tadi? haaa…. masa cepat sangat berlalu kan…? Dan biasanya kita tak sedar kalau kita tak menunggu. Kata ayat2 klise, penantian satu penyeksaan (uwek! uwek!). Jadi kalau tak menanti, tak menunggu.. tak seksa la. Teori jiwang tu agak berasas. Apabila hidup dilalui tanpa seksa, kita akan rasa cepat saja masa berlalu. Mungkin hidup saya yang saya rasa seksa ni sebenarnya bukanlah seksa sangat. Saja mengada2 nak komplen2 (bahasa apa ni?) dugaan Tuhan.

Sebuah buku pembangunan diri yang baru saya baca semalam mengingatkan saya betapa manusia ni seperti anak kecil yang tidak berakal jika selalu merungut dengan dugaan Tuhan. Sebab hanya budak kecil yang tak reti berfikir sahaja yang akan marah ibunya bila diberi ubat yang pahit bila sakit. “mak jahat! mak jahat! “. Akalnya tidak sampai untuk berfikir bahawa ibunya memberikan sesuatu kebaikan kepadanya. Maka, jika kita merungut dan marah2 dengan dugaan Tuhan, itu tandanya kita tak boleh berfikir dengan baik. Seperti kanak2 saja padahal dah tua bangka. Jika akal dilatih sahaja begitu, berterusan sahaja kita jadi kanak2 hingusan.

Saya suka merungut. Mungkin DNA mak banyak sangat masuk dalam badan (ampun mak! mak terbaik!). Dulu saya ingat, merungut tu penting untuk kesihatan otak dan jiwa. Merungut bagi saya boleh melepaskan segala masalah keluar dalam badan. Kalau ada orang dengar bagus sangat rasanya, kalau tak ada orang dengar, lepas pada angin dan pokok pun ok. Biar rasa otak lega.. rupanya perbuatan tu tak lebih dari perbuatan yang menandakan kita tak berterima kasih kepada kuasa  dan rahmat Tuhan (Wah! dah sedar diri la konon ni!).

Kata sahabat baik saya yang masih menyimpan Garfield besar (walaupun matanya dah koyak), hidup ni singkat sangat. Buang masa saja nak bersedih2 dan merungut.

(Entah apa2 ntah entri kali ni. Tunggang terbalik).

Selamat hari Sabtu!

kredit: breakingnews.com

4 thoughts on “Masa itu torpedo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s