Karipap yang sedap

Semalam saya rasa tidak dipedulikan. Sedih. Maka meroyan lah saya keseorangan di blog dengan meletakkan entri memujuk hati. Ruangan komentar ditutup untuk memberitahu kepada yang terbaca entri tu supaya jangan pedulikan apa yang saya tulis. Ianya tidak lebih seperti luahan orang gila talak di tepi jalan.

Maka hari ni saya tercari2 bahan bacaan yang mampu membuat saya gembira. Mudah sahaja terjumpa kerana kebetulan buku ini saya beli baru 4 hari lepas. Saya jangkakan saya akan mula membaca buku ini sekurang2nya hujung tahun ini memandangkan memang sikap tak boleh ampun saya yang gila membeli buku tetapi tidak membacanya secepat mungkin.

Lapar karipap la pulak…

Ah! Buku cinta! Sudah lupa bila kali terakhir saya membaca buku cinta. Saya rasa semakin jauh dengan genre buku2 begini seperti semakin jauh dan asingnya saya dengan makhluk yang bernama cinta. Bagi saya, cinta seperti mahkluk asing yang bertentakel besi, bermata satu dan mulut yang muncung seperti ikan Kap. Ianya semakin asing, pelik dan jika wujud sangat jauh untuk dijumpai. Jadi apa ke jadahnya saya membeli buku ini? Ya, ianya hanyalah semata2 kerana saya suka membaca blog penulisnya. Yang suka bercerita tentang arnab yang pandai meniup seruling di atas kepulan awan2. Kuat berangan seperti saya.

Buku ini adalah tentang kisah usaha seorang lelaki yang memburu cinta seorang perempuan. Biasa kan? Yelah, kalau nak lain sikit mungkin kena buat kisah seorang lelaki yang memburu cinta seorang lelaki. Si hero namanya Ali (senang kan pilih nama watak? Saya suka!) dan heroin namanya Sarah. Sarah seorang editor majalah komik yang sebenarnya graduan Al-Azhar dan Ali seorang jurugambar sebuah syarikat penerbitan yang dimilki oleh seorang datuk yang taksub dengan politik kotor. Dalam usaha memikat hati Sarah dan ayahnya, Ali ter ‘menipu’  mengatakan dia adalah lulusan Al-Azhar juga, yang kemudiannya menjadikan plot cerita semakin kelakar dan sesak dengan nasib baik/tak baik Ali. Penyambung kepada beberapa plot yang terpisah kepada cerita dalam buku ini ialah peranan kuih karipap yang sangat disukai Sarah.

Ada beberapa madah2 klise dalam buku ini tetapi tidak berapa menjadi klise apabila ayat2 diolah dengan perkataan biasa2 tanpa ayat2 sastera tinggi yang sukar difahami. Maka ayat2 cinta klise menjadi santai dan tidak melankolik.

“.. yang membezakan karipap perlu dibuat dengan hati dan karipap yang dibuat tanpa hati”

Saya menyifatkan seorang penulis muda seperti penulis ini telah menjalankan tanggungjawab yang kena pada tempatnya untuk memasukkan sedikit unsur menyindir bangsa, politik dan pameran stereotaip cerita melayu. Sepertinya tak berapa hip hop jika penulis2 tidak mengambil kesempatan dalam tulisan memprotes terhadap persekitaran budaya yang tidak disenanginya. Bagi saya ini penting untuk melatih penulis muda kita menulis buku2 yang lebih beragenda besar dan berat. Beberapa unsur sindiran juga ada diselitkan terhadap trend buku kegemaran masyarakat yang terarah kepada kepada genre popular. Saya seperti merasa penulis agak jengkel dengan trend buku yang tidak pelbagai seperti buku2 cinta islamik pop. Entah! saya rasa la.  Jika tiada unsur sindiran yang lucu, cerita ini hanyalah sekadar cerita cinta biasa. Yang boleh di duga aturan ceritanya. Jika tiada semua ini,  saya mungkin berhenti membaca buku ini di separuh jalan.

Jenis font yang digunakan dalam buku ini juga agak terlalu happening. Saya jadi pening. Beberapa typo agak menganggu tumpuan saya.  Tapi jangan berkecil hati wahai penulis, dalam buku A. Samad Said – Cinta Fansuri (ini bukan buku cinta) juga saya ada terjumpa typo. Dalam hal ini kamu setaraf. Mungkin mempunyai editor buku yang memakai cermin mata yang sudah kurang powernya.

Dengar cerita, buku ini akan difilemkan. Tak tau lah boleh bagus ke tak kerana ianya hanya bagus jika cerita ini berkelakuan seperti buku sahaja. Mungkin agak sukar memanjangkan waktu filem bagi buku senipis dan cerita yang ringkas begini. Lagi pula, saya tidak dapat bayangkan bagaimanakah beberapa ayat2 lucu boleh dijelmakan dengan lakonan.

Jika ianya difilemkan, saya jangka banyak ayat2 penting yang menyebabkan buku ini berseri akan ditinggalkan sewenang2nya.

Ya, demikianlah ulasan dari saya seorang yang sudah tua bangka tetapi ada hati mahu membaca buku cinta remaja.

Gembira sikit kot hari ni. Terima kasih Karipap2 Cinta.

* Pengajaran moral buku ini: pembohongan akan membawa kepada pembohongan yang seterusnya

* Pengajaran Piala Dunia : Sotong yang bernama Paul adalah makhluk ciptaan Tuhan. Tidak lebih dari itu. Yang menentukan ramalannya tepat adalah kerana Tuhan telah mengizinkannya. Dengar tu baik2 ye..

2 thoughts on “Karipap yang sedap

    • Eh, ha ah ye. Tak perasan lak sama ngan nama awak! Haha . Ali dlm buku ni berwatakan lelaki normal yang baik, berani yang tak terduga tapi takutkan hantu. Hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s