Terimalah balasannya

Sejak kecil, mak telah ajar konsep balas membalas dengan baik sekali. Mak ajar bila orang beri sesuatu, kita mesti balas dengan sesuatu yang sama atau lebih baik. Kalau orang senyum kita kena senyum balik. Kalau orang bagi keropok kita kena bagi keropok balik. Kalau orang bagi buah kita kena bagi buah balik. Kadang2 saya selalu silap tafsir dengan ajaran mak. Bila ada budak pukul saya, saya pukul dia balik. Kalau ada orang tipu saya, saya tipu dia balik.

Zaman dulu masa bulan puasa, acara menghantar dan membalas kuih sebelum berbuka adalah yang paling saya gemari. Lagi saya suka kalau dapat balasan kuih yang lebih bergaya dan sedap daripada kuih yang mak buat. Kemudian ada sesi kutuk mengutuk mengata jiran mana yang kedekut jiran mana pula yang pemurah, jiran mana pula yang kelihatan seperti menunjuk2.

Bila dah dewasa dan tua bangka begini, kita semakin terdedah dengan konsep balas membalas yang lebih besar. Dan persekitaran ‘beri-terima’ yang kita tidak fahami. Semakin kita dewasa kita sedar pula bahawasanya tak semestinya yang kita beri akan di balas dengan perkara yang sama. Mungkin tidak dibalas langsung. Beberapa ketika saya terperangkap dengan ajaran semasa kecil, saya mengharap balasan yang sama apabila saya memberi. Kemudian, saya selalu kecewa tak bertempat bila tiada balasan. Perbuatan yang tidak patut dicontohi langsung.

Kemudian kita dapat bezakan memberi atas rasa tanggungjawab dan sayang dengan memberi atas rasa mengharap balasan. Perlahan2 jika kita rasa itu tanggungjawab kita, kita boleh memujuk hati untuk tidak menunggu balasan. Mudahnya berkata2 begini. Hakikat untuk menerimanya mungkin lebih pahit dari sejuta liter jus peria. Biasa kita dengar kan, ibu bapa yang memaafkan anaknya yang tidak pernah tahu membalas penat lelah duit belanja sekolah, lebih berani pula membalasnya dengan pendurhakaan semaksima mungkin.

Kita kehairanan pula, kenapa masih ada kebaikan2 orang tidak dibalas dengan kebaikan malah sebaliknya seperti manusia2 yang berhati putih ditembak bertubi2 dalam Mavi Marmara. Kenapa orang yang belum sempat memberi dibalas dengan kekejaman seperti bayi2  di lempar di sungai2 kotor (Oh Tuhan! betapa saya sangat mahukan anak!). Sesetengah nasib manusia sangat mengasihankan.

Perlahan2 kita sedar balasan2 yang ditakdirkan untuk kita tidak akan tercapai dalam kawalan kita. Kita kemudian percaya bahawa Tuhan telah merancang balasan yang sangat misteri untuk kita. Kadang2 kita tak perasanpun yang kita telah terima balasan. Bila sedalam2nya kita mengenal Tuhan, barulah kita sedar, Tuhan tidak akan membiarkan hambaNya dalam keadaan begitu kasihan. Terdampar tanpa balasan yang setimpal.

Sangat perlukan masa untuk memahami semua ini. Sangat memerlukan iman untuk menelan semua ini. Duit tidak akan dibalas dengan duit. Cinta tidak akan dibalas dengan cinta. Pengorbanan tidak akan dibalas dengan pergorbanan.

Tidak wujud balasan yang sempurna di dunia ini. Hanya wujud Tuhan yang sempurna.

(Catatan ingatan untuk diri aku dan kamu).

8 thoughts on “Terimalah balasannya

  1. Kita kemudian percaya bahawa Tuhan telah merancang balasan yang sangat misteri untuk kita. Kadang2 kita tak perasanpun yang kita telah terima balasan

    – sy sgt2 setuju

  2. baik dibalas baik = lumrah

    baik balas jahat = zalim

    jahat balas jahat = dendam

    jahat balas baik = mulia

    sebab itu banyak kita ketemui orang buat jahat supaya kita belajar membalasnya dengan kebaikan supaya jadi insan yang mulia.

    • Dear Najibah,

      tq singgah. eh, hari ni kita terbaca awak punya nama ada kat berita harian la. glemer gitu! Hidup Goodreads Malaysia!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s