“A” – Ayam, “B” – Bola

Kamu masih ingat tak sekolah tadika kita dulu? Dimana aku, kamu dan si budak hodoh yang suka cari pasal tu mula bertemu? Di tingkat bawah satu ketul bangunan surau yang tidak pernah dipeduli orang untuk dicat dindingnya. Di dalam bangunan itulah tempat kita terlompat2 dan tergolek2 seperti orang gila, menjerit memekik tanpa sebarang sebab. Seorang perempuan dewasa yang selalu  memakai skaf nipis berbunga2 besar adalah ‘mem’ besar sekolah itu. Namanya agak pelik. “Cikgu” katanya. Cikgu menconteng bentuk2 yang aneh pada papan hitam. Yang kemudiannya barulah kita tahu itu rupanya huruf “A”. Dan kemudian dia melukis sesuatu lagi di sebelah huruf “A”. Cikgu tu tidak berbakat langsung melukis. Rupanya sukar kita kesan tapi seakan2 hampir sama dengan makhluk yang kita paling benci di kampung. Yang suka berak merata2 sesedap rasa. Itu lah ayam jantan. Maka belajarlah kita huruf “A” itu berminggu2. Kemudian minggu lain “B”, Kemudian minggu seterusnya “C”…

“A”   “Ayam”
“B”   ” Bola”
“C”   “Cawan”

Sehinggalah sampai kepada huruf “Z” yang kita sebut sambil tersembur2 air liur masing2.  Menyusahkan betul belajar benda yang pelik2 ni!

Itu sahajalah yang kita pandai sehingga hujung tahun. Sebenarnya tak seronok langsung belajar ABC. Apa yang seronok? Ingat tak kita baling2 buku, main nyorok2 belakang kain cikgu, menunggu dan melahap makanan yang dihidang. Mi goreng, nasi goreng, mi goreng lagi dan nasi goreng lagi. Hari2 begitulah! Kita makan ramai2 dalam bulatan besar. Cikgu kata lepas makan boleh keluar main. Wah! kita makan laju2. Sampai tercekik. Budak hodoh yang suka cari pasal tu bila tercekik suka menggolekkan badannya mempamerkan wajah kemerahan yang membencikan. Kemudian kita main zero point. Ingat tak lagi permainan tu? Ala.. yang kita lompat pakai gelung getah belacan yang panjang tu. Cikgu pun lompat sama2 dengan kita. Sejak hari tu, aku bercita2 nak jadi macam cikgu. Kan seronok boleh main gelung getah sampai bila2. Walaupun dah besar macam dia?

Cikgu selalu suruh macam2. Siram bunga la, cuci pinggan la, cabut rumput la, buang sampah la. Cikgu kata kalau kita nak sihat kita mesti buat kerja2 tu (saja la tu, dasar cikgu pemalas. Benci!). Hey, ingat kan kita ada tanam pokok tembikai di belakang kelas, kemudian kita kehairanan kenapa tangkainya tak pernah mahu membesar dan berdiri tegak seperti pokok kelapa. Kita melompat seperti katak gila bila suatu hari kita nampak sebiji buah tembikai sudah keluar dari tangkainya yang kurus kedengking tu. Tapi esoknya buah tembikai yang sebesar penumbuk tangan kita itu sudah hilang. Cikgu kata mungkin ada satu lagi makhluk yang jahat di dunia ini selain daripada ayam jantan. Namanya tupai. Benci tupai!!!

Dengan berbekalkan satu buku tulis, dua tiga batang pensel, pemadam dan sekotak pensel warna jenama Luna, aku sentiasa gembira pergi ke sekolah. Bertemu kamu, cikgu dan budak hodoh yang suka cari pasal tu, menyiram bunga dan menunggu buah tembikai membesar. Aku pernah merajuk tak mahu makan seharian kerana emak lambat kejut pergi sekolah. Aku malu ke sekolah kalau dah lambat. Kelalaian emak  seperti telah mencabut kenikmatan hidup aku selama-lamanya!

Dihujung tahun, kita ingat2 lupa tentang huruf yang pelik2 yang kita belajar, tapi kita ingat betul bagaimana mahu menanam tembikai dan jumlah kemenangan kita mengalahkan cikgu dalam arena permainan lompat gelung getah.

Belasan tahun kemudian, walaupun hanya ingat tanam tembikai masa tadika, kamu masuk universiti, aku pun masuk universiti. Si budak hodoh yang suka cari pasal tu aku tak tau lah masuk universiti ke tidak.

  • Anak2 kecil sekarang ada lapan subjek semasa di tadika untuk dihabiskan silibusnya.
  • Ada peperiksaan yang markahnya akan direkod pula untuk kementerian bagi seluruh negara.
  • RMK10 – Kementerian menimbang untuk memulakan pendidikan formal seawal umur 5 tahun

kredit : veryfunnypics.com

*Sungguh kasihan, kamu, kamu dan kamu wahai si kecil, tak akan tahu betapa nikmatnya menanam pokok tembikai dan melihat tangkai dan daunnya menjalar naik hingga ke tingkap kelas!

6 thoughts on ““A” – Ayam, “B” – Bola

  1. tadika..ern, teringat lak.
    dlu mak kayuh beskal bawak sy g tadika.
    jauh jugak.kena naik bukit, lalu sebelah lori2 pasir..
    sian mak..

    time kasih guru kerana ingatkan tentang tadika.
    time kasih mak sbb bawak ali g tadika..

    nak blek kampung……

  2. kejamkah aku menyekolahkan anak seawal usia dua tahun++.. sedang pada usia itu aku masih begitu bodoh merasa tahi hidung sendiri (kamu buat juga kan.. ) tapi aku rasa cukup bermurah hati membayar sejumlah yang agar mahal ke Smart Reader Kids.. harap2 berbaloilah..🙂

    • entah lah Jun, saya belum ada anak lagi.🙂

      tapi saya menyokong penuh kepada kebebasan kanak2 meneroka ilmu dengan bebas dan minat. menyokong penuh kepada budaya menikmati pengalaman hidup yang bukan saja boleh didapati dalam buku akademik.

      sekian, pendapat seorang perempuan yang belum ada anak. hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s