Pari2 berdebu emas

Dengan ini aku mengishytiharkan yang aku tak suka perkataan “harapan”.

Itu sahabat baik saya yang kata. Bukan saya yang kata. Saya masih percaya yang “harapan”  itu adalah seperti pari-pari yang sentiasa terbang di sisi saya. Mengekori saya kemana sahaja saya pergi. Mempunyai debu emas di badannya. Bila ianya disentuh, debu emas berterbangan berkilau2 memberi cahaya pada wajah.

Orang yang hidup bersama “harapan” di sekelilingnya mampu bernafas dengan gembira, mampu berkata dengan penuh keyakinan dan keanggunan, mampu membuatkan orang lain tersenyum pula. Selama ini “harapan”lah yang memberi laluan hidup saya menjadi  lebih bermakna. Hidup yang bermakna tak semestinya mudah dan gembira sahaja. Dengan izin Tuhan, “harapan” akan memberi makna untuk hidup dalam pelbagai versi. Ya, saya pernah kecewa dengan “harapan”, kemudiannya saya mencari “harapan” baru. Kemudiannya “harapan” musnah lagi. Cari lagi “harapan baru”. Jika saya tidak ada sesiapa lagi di dunia ini, sekurang2nya  saya masih ada “harapan”.

Saya yakin saya akan berjaya. Saya yakin saya akan bahagia. Saya percaya pada “harapan”.

Tolonglah, sahabat baikku. Tolonglah percaya kepada “harapan”.

(Aku tidak juga selalu bersemangat begini, jika aku hilang “harapan” suatu hati nanti, aku mahu kau buat entri macam ni untuk aku. Aku kawan kau sampai bila2 kan? kan?)

kredit : Disney

7 thoughts on “Pari2 berdebu emas

  1. Oh akak (err.tiba2 je panggil akak ;p)

    sedap sungguh bahasa. minta izin pinjam frasa ‘“harapan” itu adalah seperti pari-pari yang sentiasa terbang di sisi saya’ ya.

    saya suka!

  2. lina, aku pun ada pari-pari berdebu emas. bila agaknya pari-pari tu akan tunaikan hajat aku ya? aku masih lagi menunggu, walaupun hanya debunya saja yang aku dapat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s