Si permaisuri yang bewarna-warni

Saya ada kenal seorang permaisuri yang penuh warna warni sifatnya.

Dia adalah orang yang telah menahan sakit teramat apabila saya keluar ke bumi ini. Emak saya lah tu, siapa lagi. Marilah saya ceritakan lebih lanjut jika kamu sudi terus membaca.

Apa yang membezakan mak dengan makhluk2 lain dirumah ini ialah kegilaan dia bercakap. Sudah pernah saya ceritakan yang mak hanya berhenti bercakap apabila dia tidur dan pengsan sahaja kan? Oh tidak! Kadang2 sedang tidur mak bercakap juga. Macam Bahasa Jerman pun pernah dengar dia cakap. Bila bercakap pula mesti penuh intonasi, memek muka dan perlakuan yang bersungguh2 seperti menampar muka sendiri dan menumbuk meja.

Keghairahannya adalah pada benda ghaib, tahyul, bunian segala bagai ala2 cerita majalah Mastika. Ada ke, bila adik sakit gigi, kata mak mulutnya kena kencing jin di hujung kampung. Apa2 saja yang hilang, terus pergi jumpa bomoh. Bomoh adalah penyelamat segala kehilangan. Yey! Oh ya! pernah sekali ada sesuatu jatuh bergolek atas bumbung pada tengah malam. Mak mati2 kata hantu langsuir tersangkut dibumbung ketika terbang! Pernah sekali mak tanya saya, nak tak mandi bunga. Mak!!!! Jodoh datang dari Tuhan, bukan dari harum2 bunga!

Sekarang dan dulu, mak seperti mahkluk yang berbeza genetik. Seperti hasil campuran kromosom2 yang berlainan dan pelik.

Dulu, ketika saya kecil berhingus, masih ingat lagi mak macam seorang permaisuri yang kejam. Selalu paksa saya angkat air, basuh kain (dengan tangan, ok), pergi kedai, tumbuk sambal. Kalau ikut dia ke rumah orang, tak boleh keluar suara langsung. Nanti dia cubit. Bukan cubit manja ok, cubit membunuh! Pembuluh darah rasa macam nak pecah. Bila saya nangis, lagi dia cubit. Sambil menayangkan wajahnya yang sangat singa lapar tak ingat dunia.

Saya pernah tulis dalam diari (maklumlah, zaman tu tak ada blog). Saya sangat bencikan mak saya. Saya minta pada Tuhan, kalaulah saya dapat mak yang lebih lembut dan berhati perut. Mak jumpa diari tu. Bila mak baca, mak menangis. Hah! Permaisuri yang jahat menangis. Ingatkan nak insaf. Rupanya tak, mak terus jadi  permaisuri yang jahat seperti biasa.

Sehinggalah pada suatu hari;

Hari tu, tak seperti hari biasa. Seorang pelajar yang terkenal di sekolah tiba2 nak berkawan dengan saya. Wah! kalau dapat kawan dengan dia, saya juga akan menjadi terkenal di sekolah. Dia kata kalau nak kawan dengan dia, esok mesti belanja dia makan waktu rehat. Adui! Mana ada duit. Jadi, untuk merealisasikan niat saya untuk menjadi terkenal seantero sekolah, saya menipu mak dan kata cikgu suruh bayar yuran sekian2. Mak beri duit lebih, hasil upah mengerat padi hari tu agaknya.

Si budak yang terkenal itu sangat gembira kerana telah dibelanjakan. Haram jadah! Dia beritau mak saya betapa saya ni seorang budak yang baik kerana suka belanja kawan. Nah! Kedapatan sudah! Maka si permaisuri yang kejam bertukar menjadi raksaksa yang lapar! Kayu api sudah ada ditangan, Apa lagi! Hari tu beberapa orang kampung bertungkus lumus menyelamatkan saya dari dipukul bermati2an dengan kayu api. Mak pukul saya tak berhenti sambil menghambur leteran yang memercik2!. Berdarah sana sinun. Permaisuri kejam! Saya jatuh tak boleh berjalan lagi.

Malam tu, saya tak boleh tidur. Menangis kesakitan badan dan hati. Abah cuba pujuk. Tak jalan. Abah tak pandai berkata2 manis. Saya terlelap akhirnya, dan tiba2 terjaga bila ada satu tangan lembut mengusap2 badan saya. Ada bau minyak yang tak sedap. Mak sapukan ubat dibadan saya yang luka teruk sambil menangis teresak2. Mak minta maaf sangat2. Dia kata hatinya sakit bila saya tipu dia. Dia nak saya jadi orang yang baik dan berguna. Sebab dia sangat sayang saya.

Permaisuri ini tak pernah kejam rupanya.

Saya pura2 tidur dan tak dengar. Hati saya hiba. Saya mahu bangun dan peluk mak untuk minta maaf, tapi tak ada kekuatan. Bila mak keluar dari kelambu, saya menangis teresak2 tak berhenti. Saya berjanji diam2 tak nak buat mak sedih lagi.

Saya tak mahu mak yang lain. Cukup mak yang ini seorang, maka saya akan gembira.

Wahai permaisuri yang kuat bercakap, yang minat benda tahyul, yang garang macam singa, yang baik hati, yang penyayang, yang sudah tentu pandai masak, aku seperti rasa ada biji2 permata berkilau bertaburan dalam hati kamu.

Mak, Selamat Hari Ibu.

Permaisuri kesayangan saya (kredit : azizan kamaruddin)

(Mak saya tak pernah tahu wujudnya blog ini. Catatan ini adalah catatan kesyukuran saya pada Tuhan kerana saya masih ada mak. Betapa keinginan saya untuk menjadi emak, melebihi keinginan saya untuk menjadi isteri. Boleh gitu?)

6 thoughts on “Si permaisuri yang bewarna-warni

  1. Erin,

    Kan? kadang2 ingat lupa tak nak bagi mak sedih. semoga kita selalu ingat.

    Zana,

    wahai puan zana, cerita2 di sini mengenai diri ku semuanya benar2 belaka..

    Bonda,

    oooo.. selama ni, berlakon la depan budak tembam and budak kurus tu? hehe. teringat bonda mengamuk macam nak gila bila amad panggil zana “babi”. takut oooo!

  2. Salam.baru first time baca blog ini.saya suka gaya bahasa.best =)

    oh oh. garangnya ibu anda. sungguh sungguh saya takut. kalau saya jadi anda, awal2 sy da lari dari rumah.huhu

    • dear filzah,

      terima kasih kerana sudi membaca. pujian awak sungguh mengujakan🙂

      saya pernah cuba lari dari rumah, tapi sampai depan halaman rumah saja. tak tau nak tuju kemana. huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s