Dia yang kata

“kamu tidak pernah merasai cinta
sehingga kamu pernah melihat
bayangan bintang di dada kolam”

Advertisements

Pari2 berdebu emas

Dengan ini aku mengishytiharkan yang aku tak suka perkataan “harapan”.

Itu sahabat baik saya yang kata. Bukan saya yang kata. Saya masih percaya yang “harapan”  itu adalah seperti pari-pari yang sentiasa terbang di sisi saya. Mengekori saya kemana sahaja saya pergi. Mempunyai debu emas di badannya. Bila ianya disentuh, debu emas berterbangan berkilau2 memberi cahaya pada wajah.

Orang yang hidup bersama “harapan” di sekelilingnya mampu bernafas dengan gembira, mampu berkata dengan penuh keyakinan dan keanggunan, mampu membuatkan orang lain tersenyum pula. Selama ini “harapan”lah yang memberi laluan hidup saya menjadi  lebih bermakna. Hidup yang bermakna tak semestinya mudah dan gembira sahaja. Dengan izin Tuhan, “harapan” akan memberi makna untuk hidup dalam pelbagai versi. Ya, saya pernah kecewa dengan “harapan”, kemudiannya saya mencari “harapan” baru. Kemudiannya “harapan” musnah lagi. Cari lagi “harapan baru”. Jika saya tidak ada sesiapa lagi di dunia ini, sekurang2nya  saya masih ada “harapan”.

Saya yakin saya akan berjaya. Saya yakin saya akan bahagia. Saya percaya pada “harapan”.

Tolonglah, sahabat baikku. Tolonglah percaya kepada “harapan”.

(Aku tidak juga selalu bersemangat begini, jika aku hilang “harapan” suatu hati nanti, aku mahu kau buat entri macam ni untuk aku. Aku kawan kau sampai bila2 kan? kan?)

kredit : Disney

Si permaisuri yang bewarna-warni

Saya ada kenal seorang permaisuri yang penuh warna warni sifatnya.

Dia adalah orang yang telah menahan sakit teramat apabila saya keluar ke bumi ini. Emak saya lah tu, siapa lagi. Marilah saya ceritakan lebih lanjut jika kamu sudi terus membaca.

Apa yang membezakan mak dengan makhluk2 lain dirumah ini ialah kegilaan dia bercakap. Sudah pernah saya ceritakan yang mak hanya berhenti bercakap apabila dia tidur dan pengsan sahaja kan? Oh tidak! Kadang2 sedang tidur mak bercakap juga. Macam Bahasa Jerman pun pernah dengar dia cakap. Bila bercakap pula mesti penuh intonasi, memek muka dan perlakuan yang bersungguh2 seperti menampar muka sendiri dan menumbuk meja.

Keghairahannya adalah pada benda ghaib, tahyul, bunian segala bagai ala2 cerita majalah Mastika. Ada ke, bila adik sakit gigi, kata mak mulutnya kena kencing jin di hujung kampung. Apa2 saja yang hilang, terus pergi jumpa bomoh. Bomoh adalah penyelamat segala kehilangan. Yey! Oh ya! pernah sekali ada sesuatu jatuh bergolek atas bumbung pada tengah malam. Mak mati2 kata hantu langsuir tersangkut dibumbung ketika terbang! Pernah sekali mak tanya saya, nak tak mandi bunga. Mak!!!! Jodoh datang dari Tuhan, bukan dari harum2 bunga!

Sekarang dan dulu, mak seperti mahkluk yang berbeza genetik. Seperti hasil campuran kromosom2 yang berlainan dan pelik.

Dulu, ketika saya kecil berhingus, masih ingat lagi mak macam seorang permaisuri yang kejam. Selalu paksa saya angkat air, basuh kain (dengan tangan, ok), pergi kedai, tumbuk sambal. Kalau ikut dia ke rumah orang, tak boleh keluar suara langsung. Nanti dia cubit. Bukan cubit manja ok, cubit membunuh! Pembuluh darah rasa macam nak pecah. Bila saya nangis, lagi dia cubit. Sambil menayangkan wajahnya yang sangat singa lapar tak ingat dunia.

Saya pernah tulis dalam diari (maklumlah, zaman tu tak ada blog). Saya sangat bencikan mak saya. Saya minta pada Tuhan, kalaulah saya dapat mak yang lebih lembut dan berhati perut. Mak jumpa diari tu. Bila mak baca, mak menangis. Hah! Permaisuri yang jahat menangis. Ingatkan nak insaf. Rupanya tak, mak terus jadi  permaisuri yang jahat seperti biasa.

Sehinggalah pada suatu hari;

Hari tu, tak seperti hari biasa. Seorang pelajar yang terkenal di sekolah tiba2 nak berkawan dengan saya. Wah! kalau dapat kawan dengan dia, saya juga akan menjadi terkenal di sekolah. Dia kata kalau nak kawan dengan dia, esok mesti belanja dia makan waktu rehat. Adui! Mana ada duit. Jadi, untuk merealisasikan niat saya untuk menjadi terkenal seantero sekolah, saya menipu mak dan kata cikgu suruh bayar yuran sekian2. Mak beri duit lebih, hasil upah mengerat padi hari tu agaknya.

Si budak yang terkenal itu sangat gembira kerana telah dibelanjakan. Haram jadah! Dia beritau mak saya betapa saya ni seorang budak yang baik kerana suka belanja kawan. Nah! Kedapatan sudah! Maka si permaisuri yang kejam bertukar menjadi raksaksa yang lapar! Kayu api sudah ada ditangan, Apa lagi! Hari tu beberapa orang kampung bertungkus lumus menyelamatkan saya dari dipukul bermati2an dengan kayu api. Mak pukul saya tak berhenti sambil menghambur leteran yang memercik2!. Berdarah sana sinun. Permaisuri kejam! Saya jatuh tak boleh berjalan lagi.

Malam tu, saya tak boleh tidur. Menangis kesakitan badan dan hati. Abah cuba pujuk. Tak jalan. Abah tak pandai berkata2 manis. Saya terlelap akhirnya, dan tiba2 terjaga bila ada satu tangan lembut mengusap2 badan saya. Ada bau minyak yang tak sedap. Mak sapukan ubat dibadan saya yang luka teruk sambil menangis teresak2. Mak minta maaf sangat2. Dia kata hatinya sakit bila saya tipu dia. Dia nak saya jadi orang yang baik dan berguna. Sebab dia sangat sayang saya.

Permaisuri ini tak pernah kejam rupanya.

Saya pura2 tidur dan tak dengar. Hati saya hiba. Saya mahu bangun dan peluk mak untuk minta maaf, tapi tak ada kekuatan. Bila mak keluar dari kelambu, saya menangis teresak2 tak berhenti. Saya berjanji diam2 tak nak buat mak sedih lagi.

Saya tak mahu mak yang lain. Cukup mak yang ini seorang, maka saya akan gembira.

Wahai permaisuri yang kuat bercakap, yang minat benda tahyul, yang garang macam singa, yang baik hati, yang penyayang, yang sudah tentu pandai masak, aku seperti rasa ada biji2 permata berkilau bertaburan dalam hati kamu.

Mak, Selamat Hari Ibu.

Permaisuri kesayangan saya (kredit : azizan kamaruddin)

(Mak saya tak pernah tahu wujudnya blog ini. Catatan ini adalah catatan kesyukuran saya pada Tuhan kerana saya masih ada mak. Betapa keinginan saya untuk menjadi emak, melebihi keinginan saya untuk menjadi isteri. Boleh gitu?)

Perempuan yang bosan

Bosan.

Bila kau bangun, kau akan mandi, menggosok gigi 33 kali. Lepas tu, bila keluar, kau akan jumpa lori ais yang sama pada waktu yang sama. Dengan wajah pemandunya yang tawar tiada perasaan. Kau dongak ke langit, awan main nyorok2 dengan matahari. Sama seperti semalam. Hidup kau benar2 seperti watak2 yang berlakon dan dibayar dalam Truman Show.

Esoknya begitu juga.

Esoknya begitu juga lagi.

Mungkin perlu berubah. Perlu berhijrah. Ya, nabi suruh kita berhijrah. Bukan saja2 suka2 berhijrah. Tentu ada dua tiga sebab. Sekurang2nya.

Hari ini bosan seperti biasa. Perlu lakukan sesuatu. Mungkin perlu tukar layout blog ni dulu sebagai langkah pertama. Aku betul2 bosan melihat wajahku merenung ruang kosong seperti di atas.

Ah! WordPress kedekut theme yang percuma! Dasar kapitalis! Macam tak nak kawan kamu!

Tak rasa lalalalala…

Hari ni rasanya aku patut memuji diri sendiri atau menyumpah seranah diri sendiri? Beberapa kali menekan2 menu2 itune mencari2 petik2 gitar piano segala bagai. Mencuba2 menulis puisi (konon!) tentang bunga dan pokok, anai2, atau semut2 yang gatal di penjuru rumah. Tidak menjadi dan berhenti. Jika ditabur semua bunga yang aku pingin kan di riba, pun puisi tak akan menjadi. Pun hati takkan berahi.

Hari ni aku tiba2 nak memuhasabah kan diri tentang pilihan2 yang aku buat. Untuk hidup aku sendiri. Ya, aku tak benarkan orang lain buat pilihan untuk hidup aku, aku yang pilih sendiri. Kamu pun mesti begitu ye. Mesti pilih apa sahaja untuk diri sendiri, yang kamu sangat perasan akan menjadi terbaik untuk kamu. Kelak satu hari nanti, bila kedapatan.. pilihan yang kamu  telah lakukan (dengan kadar keyakinan tinggi langit ketujuh!), kemudiannya menyebabkan kamu meraung pula seperti telah ditinggalkan jejaka kacak, baik, kaya dan bergaya… dunia tetap belum berakhir kan? Dunia tetap bulat dan berputar walaupun dengan sarat dan menderita. Sinar si Matahari memercik2 kemata, si Awan suka pula buat pertunjukan formasi, si Pelangi kadang2 datang melawat. Cantik kan dunia? Cantik sangat!

Oh, jika begitu aku tak akan meraung walaupun ada pilihan2 yang  telah aku lakukan menyebabkan kadang2 aku rasa tidak lalalalalaa…

“Apabila anda mulai menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup, anda akan terus menyangka kebahagiaan tidak akan anda kecapi karena kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa bahagia”

Hey! siapa yang berkata tu? Kamukah wahai Khalil Gibran? Bukan? Lady Gaga? Bukan juga? Ah! siapa2lah… terima kasih ye.

Majlis perkahwinannya di Afghanistan di bom tentera Amerika. Salah pilih tarikh atau salah pilih negara? Bila kita nak bahagia?