Sakit yang dilupakan

Suatu ketika dulu, iaitu ketikanya hujung ibu jari saya melecet dan berdarah, pergelangan lutut keras dan kebas, saya seperti si tempang yang menangis berterusan ditinggalkan tanpa kasih sayang ketika menuruni tangga2 dan lereng2 gunung. Kemudiannya sebulan melihat sebarang objek berbentuk tangga seperti melihat hantu jerangkung, saya pernah bersumpah dalam hati tak akan melakukan perkara gila itu lagi.

Saya tidak akan mendaki Gunung Kinabalu lagi.

Beberapa tahun kemudian saya tiba2 terbayang pokok2 renek dan bunga2 hutan yang aneh dan misteri tapi indah dan menenangkan. Tiba2 terasa dipeluk dingin kabus yang menemani nafas lelah di puncak gunung yang kelihatan sangat bongkak. Paling berbekas di jiwa, teringat pertemuan saya dengan seseorang jejaka yang meminjamkan sejadah ketika mahu menyembah sujud sewaktu subuh berhadapan puncak ciptaanNya yang maha maha maha mencengangkan (Wah! cinta tikar sejadah🙂. Malangnya saya tidak bertemu lagi jejaka tersebut selepas turun dari puncak, sejadahnya saya tinggalkan di kabin rehat. Ah. Tak apalah, anggap sahaja dia sudah mempunyai isteri yang sangat cantik dan cinta tak mungkin berlaku begitu indah. Ewah! Geli).

Maka saya mendaki lagi. Ya, Gunung Kinabalu untuk kali kedua. Untuk sebab2 yang tidak difahami. Kebanyakan marhain akan kata untuk kepuasan diri.  Heh! Kata2 klise! Kemudian perkara yang sama berlaku. Terpana dengan ciptaan Tuhan dan bila sampai dikaki bukit semula, menyumpah seranah diri sendiri kerana menyeksa diri. Bukankah lebih baik duduk bersenang lenang di sofa sambil menonton drama cinta melankolik sambil mengunyah kerepek lekor?

Beberapa tahun kemudian, (sekarang ini) jika ditanya adakah saya mahu menemui puncak Gunung Kinabalu lagi, saya akan mengangkat tangan dengan lurus dan yakin. Jika berpeluang lagi, tentunya jantung saya kembali berdebar dan mata saya kembali bersinar2, seperti mahu berjumpa dengan kekasih lama yang masih bermaharajalela dihati.

Teringat kata seorang kawan ” perkara yang sukar akan pergi, tetapi orang yang tabah menghadapi kesukaran akan terus kekal”

Kenapa saya melalut merapu seorang diri memuji diri sendiri ni? Tabah la tu konon. Saya cuma nak mengingatkan diri saya bahawa kesukaran yang saya hadapi ketika membuat tesis sekarang ini akan pergi, kemudian apabila ianya selesai saya akan berkata “aku tak nak sambung belajar lagi”. Kemudian saya berharap  saya akan lupa kesukaran saya ini seperti saya lupa kesakitan mendaki dan menuruni Kinabalu, kemudian saya harap saya akan kata “aku nak sambung belajar lagi”.

Mari kita sama2 merasai kesakitan, kemudian melupakannya. Harapnya kita akan lebih kebal.

(Bagus juga menjadi pelupa kan ?)

Bersama seorang makcik dari Jerman ketika kali pertama bertemu dengan puncak Gunung Kinabalu

5 thoughts on “Sakit yang dilupakan

  1. ini lah keluangan masa yang terpaksa dicari bagi meredakan segala yang bergantungan di dalam kepala…hati …dan…akal, dengan membaca olahan dan coretan cik seri lina ni…dengan satu harapan agar mendapatkan kembali udara ilmiah bagi kegunaan yang sama dengan cik seri lina…..iaitu menyiapkan tesis…..sememangnya menyiapkan tesis sesukar memasukkan benang ke dalam lubang jarum bagi si rabun yg tiada spek…..hehehe good luck my friend…..

  2. sakit itu rahmat
    lupa itu rahmat
    susah payah itu rahmat

    kesudahan rahmat……………
    kemenangan…..
    kesenangan…..
    kegembiraan….DAN…….KEBANGGAAN……

    may allah bless u dear

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s