Perayaan yang miskin reaksi

Hari ni adalah Hari Buku Sedunia.

Ianya tidak berapa dirayakan dengan meriahnya di sini (sebuk merayakan item demokrasi terbaru agaknya) berbanding Hari Kekasih. Penanda aras saya bagi ketidak meriahan sesuatu hari perayaan itu apabila saya memandang tv tiada reaksi, bila memandang pusat membeli belah tiada reaksi, bila memandang mana-mana billboard, tiada reaksi.

Kekasih boleh tinggalkan kita, tapi buku tidak boleh berjalan pergi. Betulkan? Kan? Kan?

kredit : Weeping-Willows's flickr

Maka setia sahajalah pada buku.

p/s : “jika kamu sayang aku, berikan sahaja aku buku, kemudian jika mahu pergi, pergilah”

Gundah

Kata seorang tua yang berjanggut yang bercermin mata bulat penuh yang sangat aku kagumi

” Kepada setiap
penyair gundah
daun gugur pun
sentiasa indah”

Tapi kenapa daun yang gugur depan rumah tak cukup indah pun. Aku mungkin perlukan 100 ekor badut sekarang.

(oh ya. aku bukan penyair. lupa)

Susah faham kau, Paulo

pernah kah satu hari
kau bangun dari tidur
ada banyak rambut gugur
kau sangka kau ada leukemia

nasib baik tidak
tapi rambut terus gugur
kau tak faham

kemudian kau sedar
kau selalu susun mozek2 hidup
yang tidak kau faham

seperti kau terus tekun
membaca buku2 si Paulo Coelho
walau kau tak faham

tapi kau terus baca dan baca
menikmati ketidakfahaman
perbuatan kau atau buku itu

dan di akhir mukasurat
kau luncurkan juga airmata
pun kau tidak faham mengapa

kau tidak faham dengan perasaan kau

Amaran: kesabaran tahap gaban diperlukan untuk menghabiskan buku ini

Sakit yang dilupakan

Suatu ketika dulu, iaitu ketikanya hujung ibu jari saya melecet dan berdarah, pergelangan lutut keras dan kebas, saya seperti si tempang yang menangis berterusan ditinggalkan tanpa kasih sayang ketika menuruni tangga2 dan lereng2 gunung. Kemudiannya sebulan melihat sebarang objek berbentuk tangga seperti melihat hantu jerangkung, saya pernah bersumpah dalam hati tak akan melakukan perkara gila itu lagi.

Saya tidak akan mendaki Gunung Kinabalu lagi.

Beberapa tahun kemudian saya tiba2 terbayang pokok2 renek dan bunga2 hutan yang aneh dan misteri tapi indah dan menenangkan. Tiba2 terasa dipeluk dingin kabus yang menemani nafas lelah di puncak gunung yang kelihatan sangat bongkak. Paling berbekas di jiwa, teringat pertemuan saya dengan seseorang jejaka yang meminjamkan sejadah ketika mahu menyembah sujud sewaktu subuh berhadapan puncak ciptaanNya yang maha maha maha mencengangkan (Wah! cinta tikar sejadah :-). Malangnya saya tidak bertemu lagi jejaka tersebut selepas turun dari puncak, sejadahnya saya tinggalkan di kabin rehat. Ah. Tak apalah, anggap sahaja dia sudah mempunyai isteri yang sangat cantik dan cinta tak mungkin berlaku begitu indah. Ewah! Geli).

Maka saya mendaki lagi. Ya, Gunung Kinabalu untuk kali kedua. Untuk sebab2 yang tidak difahami. Kebanyakan marhain akan kata untuk kepuasan diri.  Heh! Kata2 klise! Kemudian perkara yang sama berlaku. Terpana dengan ciptaan Tuhan dan bila sampai dikaki bukit semula, menyumpah seranah diri sendiri kerana menyeksa diri. Bukankah lebih baik duduk bersenang lenang di sofa sambil menonton drama cinta melankolik sambil mengunyah kerepek lekor?

Beberapa tahun kemudian, (sekarang ini) jika ditanya adakah saya mahu menemui puncak Gunung Kinabalu lagi, saya akan mengangkat tangan dengan lurus dan yakin. Jika berpeluang lagi, tentunya jantung saya kembali berdebar dan mata saya kembali bersinar2, seperti mahu berjumpa dengan kekasih lama yang masih bermaharajalela dihati.

Teringat kata seorang kawan ” perkara yang sukar akan pergi, tetapi orang yang tabah menghadapi kesukaran akan terus kekal”

Kenapa saya melalut merapu seorang diri memuji diri sendiri ni? Tabah la tu konon. Saya cuma nak mengingatkan diri saya bahawa kesukaran yang saya hadapi ketika membuat tesis sekarang ini akan pergi, kemudian apabila ianya selesai saya akan berkata “aku tak nak sambung belajar lagi”. Kemudian saya berharap¬† saya akan lupa kesukaran saya ini seperti saya lupa kesakitan mendaki dan menuruni Kinabalu, kemudian saya harap saya akan kata “aku nak sambung belajar lagi”.

Mari kita sama2 merasai kesakitan, kemudian melupakannya. Harapnya kita akan lebih kebal.

(Bagus juga menjadi pelupa kan ?)

Bersama seorang makcik dari Jerman ketika kali pertama bertemu dengan puncak Gunung Kinabalu