Kisah si putih

Dulu saya sangatlah tidak suka akan warna putih. Bagi saya, putih adalah warna yang sangat menyusahkan. Bila pakai baju warna putih, perlakuan mesti ayu tersipu. Pergerakan mesti macam si kongkang sebab takut tercalit sebarang kekotoran kalau kaki dan tangan gelojoh tak sudah.  Warna putih juga adalah warna kesedihan. Bila pakai selendang putih, muka macam janda mati laki. Sedih tu kan..

Kadang2 warna putih agak menakutkan. Saya memerlukan kekuatan iman yang sangat tinggi untuk  membuka tingkap pada waktu malam. Saya pernah tak dapat tidur semalaman kerana ternampak satu objek putih melambai2 dengan girangnya dari jauh. Caih! kurang asam keping punya jiran. Lupa angkat selimut di ampaian rupanya!

Walaupun melampau sangat anggunnya  kereta Toyota Alphard tu, tapi kalau warnanya putih, maka tidak dapat lah lagi saya menikmati keindahannya. Macam ambulan! Bagi saya, kereta yang kelihatan seperti ambulan adalah ciptaan yang paling menyedihkan. Maka, saya selalu menyumpah seranah orang yang memandu kereta bewarna putih kerana kemahabodohannya memilih warna kereta. Tak kelas langsung!

Bunga yang bewarna putih juga kurang saya gemari. Kenal bunga kemboja kan? Bila saya melihatnya terasa “kesunyian”, bila menciumnya terasa “kehilangan”.

Itu dulu lah. Hati saya dah berubah.

Kita kan bukan maksum. Hati kita sebenarnya susah nak berkelakuan setia.

Ini lah objek2 yang membuktikan hati saya sudah berubah.

Cik Seri Mersing yang kuat bekerja

Saya namakannya Cik Seri Mersing. Dia sangat baik dan pandai menjaga diri. Dia sangat sesuai bersama dengan saya yang bergelar pencuci kereta paling malas di dunia. Sudah berbulan2 tidak dimandikan, tapi dia tetap nampak anggun dan penuh keyakinan. Tak nampak habuk kan? kan?

Cik Seri Siantan yang setia

Yang ini namanya Cik Seri Siantan. Dia seperti pari2 yang tidak pernah gagal menggembirakan saya setiap hari. Dia ni pun sangat baik dan sihat sejahtera selalu. Saya tidak kenal lagi makhluk2 virus komputer sejak dia berdamping dengan saya lebih dua tahun yang lalu. Terima kasih encik Steve Jobs kerana memberanakkan dia. Kamu memang hebat! (kita kawin nak tak ?)

Cik Mek Molek yang mengujakan

Yang comel ni namanya Cik Mek Molek. Dia baru sahaja bersama dengan saya sejak dua minggu lalu. masih terlalu awal nak kenal hati budi dia. Tapi setakat hari ni, saya sangat teruja dengan kewujudannya. Minta maaf encik Steve Jobs, saya kurang berkenan dengan iphone, susah nak berSMS semasa memandu (Encik JPJ-tolonglah nasihatkan saya yang maha degil degul ini)

"i judge a book by its cover"

Saya membeli buku ini hanya semata2 kerana terpikat dengan kulit hadapannya sahaja. Saya belum sempat habis baca, tapi setakat ni ternyata isi di dalamnya secantik kulit luarnya.

Sekarang ni,  bunga daisy dan kemuning putih, dan anemone jepun mungkin boleh menjentik hati saya. Tau tak bunga anemone melambangkan “harapan”? Baguskan?

Rupanya banyak lagi yang indah2 tentang warna putih.

Pelajaran moral hari ini :  Berpada2lah menyimpan perasaan kepada sesuatu perkara. kelak satu hari kita akan termalu2 kucing sendiri dengan perasaan sendiri.

9 thoughts on “Kisah si putih

  1. time kasih lina…
    huh..nikmatnye dapat bace entry lina….

    //Caih! kurang asam keping punya jiran. Lupa angkat selimut di ampaian rupanya!///

    aku dah cuak mule2 td!!!!

  2. Asalamualaikum

    Minta maaflah Lina, pakcik cuma ingin menyatakan pekara yang sebenarnya. Menurut pakar psikologi mereka yang suka warna putih ni cerewet orangnya. Samada tiori ni sudah berubah pakcik kurang pasti kerana pakcik dengari ketika belajar lebih 20 tahun yang sudah. Mungkin tiori ini telah berubah setelah Lina mengemari warna putih. walahualam

    ceria selalu.

  3. Ali,
    aik! takut jugak? hehe

    Pakcik,
    oh ye ke? alamak.. saya sebenarnya benci orang cerewet. maknanya kena benci diri sendiri la ni ye. hehe

  4. Salam kak lina. saya menjumpai laman blog kamu melalui guru saya, Puan Farina. Pelik kerana sya jatuh cinta pada blog kamu sebaik membukanya!

    oh ya, sangat sukakan Delima Ranting Senja, juga kerana kulitnya!!
    😀

  5. syed dgn lina ni dua2 sama je. peminat kesusasteraan yg suka berjiwa2. lina, syed ni anak murid aku masa form 2 dulu. jiwang macam kau jugak. ;p

    lina, aku pun peminat putih. kereta persona aku warna putih, handbag pun warna putih. PS2 katil putih, almari putih, kasut pun ada yg putih. susah sungguh nak jaga, tapi tetap aku gilakan yg putih.

    putih kan suci?

  6. erin,

    haha. tulah pasal dia boleh jatuh cinta pandang pertama kat blog aku. konon.haha.

    naaisham,

    haip! tak leh kebas ye. hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s