Bolehkah?

Ada orang menulis lagu untuk si ibu
Ada orang menulis puisi untuk yang dirindu

Tapi aku mahu menulis sesuatu untukmu
bukan puisi yang indah atau lagu yang pilu

hanya permintaan yang berlebihan dariku
perkenankanlah sahaja mimpi2ku

bolehkah begitu wahai Tuhanku ?

Advertisements

Kisah si putih

Dulu saya sangatlah tidak suka akan warna putih. Bagi saya, putih adalah warna yang sangat menyusahkan. Bila pakai baju warna putih, perlakuan mesti ayu tersipu. Pergerakan mesti macam si kongkang sebab takut tercalit sebarang kekotoran kalau kaki dan tangan gelojoh tak sudah.  Warna putih juga adalah warna kesedihan. Bila pakai selendang putih, muka macam janda mati laki. Sedih tu kan..

Kadang2 warna putih agak menakutkan. Saya memerlukan kekuatan iman yang sangat tinggi untuk  membuka tingkap pada waktu malam. Saya pernah tak dapat tidur semalaman kerana ternampak satu objek putih melambai2 dengan girangnya dari jauh. Caih! kurang asam keping punya jiran. Lupa angkat selimut di ampaian rupanya!

Walaupun melampau sangat anggunnya  kereta Toyota Alphard tu, tapi kalau warnanya putih, maka tidak dapat lah lagi saya menikmati keindahannya. Macam ambulan! Bagi saya, kereta yang kelihatan seperti ambulan adalah ciptaan yang paling menyedihkan. Maka, saya selalu menyumpah seranah orang yang memandu kereta bewarna putih kerana kemahabodohannya memilih warna kereta. Tak kelas langsung!

Bunga yang bewarna putih juga kurang saya gemari. Kenal bunga kemboja kan? Bila saya melihatnya terasa “kesunyian”, bila menciumnya terasa “kehilangan”.

Itu dulu lah. Hati saya dah berubah.

Kita kan bukan maksum. Hati kita sebenarnya susah nak berkelakuan setia.

Ini lah objek2 yang membuktikan hati saya sudah berubah.

Cik Seri Mersing yang kuat bekerja

Saya namakannya Cik Seri Mersing. Dia sangat baik dan pandai menjaga diri. Dia sangat sesuai bersama dengan saya yang bergelar pencuci kereta paling malas di dunia. Sudah berbulan2 tidak dimandikan, tapi dia tetap nampak anggun dan penuh keyakinan. Tak nampak habuk kan? kan?

Cik Seri Siantan yang setia

Yang ini namanya Cik Seri Siantan. Dia seperti pari2 yang tidak pernah gagal menggembirakan saya setiap hari. Dia ni pun sangat baik dan sihat sejahtera selalu. Saya tidak kenal lagi makhluk2 virus komputer sejak dia berdamping dengan saya lebih dua tahun yang lalu. Terima kasih encik Steve Jobs kerana memberanakkan dia. Kamu memang hebat! (kita kawin nak tak ?)

Cik Mek Molek yang mengujakan

Yang comel ni namanya Cik Mek Molek. Dia baru sahaja bersama dengan saya sejak dua minggu lalu. masih terlalu awal nak kenal hati budi dia. Tapi setakat hari ni, saya sangat teruja dengan kewujudannya. Minta maaf encik Steve Jobs, saya kurang berkenan dengan iphone, susah nak berSMS semasa memandu (Encik JPJ-tolonglah nasihatkan saya yang maha degil degul ini)

"i judge a book by its cover"

Saya membeli buku ini hanya semata2 kerana terpikat dengan kulit hadapannya sahaja. Saya belum sempat habis baca, tapi setakat ni ternyata isi di dalamnya secantik kulit luarnya.

Sekarang ni,  bunga daisy dan kemuning putih, dan anemone jepun mungkin boleh menjentik hati saya. Tau tak bunga anemone melambangkan “harapan”? Baguskan?

Rupanya banyak lagi yang indah2 tentang warna putih.

Pelajaran moral hari ini :  Berpada2lah menyimpan perasaan kepada sesuatu perkara. kelak satu hari kita akan termalu2 kucing sendiri dengan perasaan sendiri.

Mahu Anemone

Hari ni hari jadi saya. Selain daripada tiga buah buku yang tertera di bawah, saya tidak mahu apa2 lagi. Tapi alangkah baiknya jika bunga Anemone boleh tumbuh di depan rumah!

kredit : wikipedia

cantik dan suci murni kan ?