Pergi IV

Hampir setahun dia pergi. Macam baru saja terasa dia menarik baju saya kerana mahu ke tandas.

“Kamu gembira kan di sana? Mungkin sedang melompat2 di celah garis pelangi yang bewarna-warni atau sedang bergolek2 di atas awan yang gebu. Ya, itulah yang aku bayangkan. Kamu gembira kerana kamu tak sakit lagi.Terusan gembira tau. Aku mahu cerita tentang kamu kepada rakyat jelata di dunia ini”

Pertama kali saya berkenalan dengannya, saya ketakutan melihat rupa badan dan parasnya. Saya rasa sangat kejam kerana berperasaan begitu. Tapi memang tak boleh dielak. Perutnya kembung dan keras. Wajahnya gelap tapi pucat. Ada garis2 saraf hijau seperti berbonjol2 pada setiap permukaan kulit. Rambutnya nipis, hitam keperang2 an. Tubuh badannya kurus melidi. Dia kanak2 yang pelik. Dia tidaklah secomel kanak2 lain. Tapi, dia selalu tersenyum. Ya Tuhan! Senyumannya sangat manis seperti madu ditambah gula. Matanya kecil tapi bersinar2 seperti bintang yang paling jauh dilangit hitam pekat.

Dia melompat kegembiraan bila bertemu dengan orang baru. Gayanya seperti bertemu dengan patung mainan gergasi yang boleh bergerak2 dan bercakap. Bila saya bertanyakan namanya, dia terus mengangkat tangannya dan menunjukkan isyarat tangan yang pelik2 dengan laju sekali. Terusan dia senyum.

“Dia tak boleh cakap dan tak boleh dengar”, beritahu ibunya (Seumur hidup saya, inilah perempuan yang paling kuat menahan dugaan yang saya kenal! ).

Dia dianugerahkan oleh Tuhan kepada ibunya memang sebegitu sejak lahir. Dia juga menghidap thalesimia sejak itu. Perutnya yang buncit kerana kompilasi sistem darah dan hati yang tidak betul. Kesannya, kulit badannya kelihatan sangat pucat dan tidak sihat. Semasa dia lahir, doktor menjangkakan nyawanya tidak lama.  Mungkin beberapa bulan sahaja. Tapi, dia terus hidup, ketawa dan gembira tersenyum.

Setiap minggu ibunya perlu membawanya ke hospital untuk dimasukkan darah baru. Beberapa jumlah ukuran darah dimasukkan kedalam badannya hanya bertahan lebih kurang seminggu. Kemudian mukanya kembali pucat dan badannya makin longlai, jika lambat dimasukkan darah lagi. Tangan dan lengannya penuh bekas suntikan darah merata2. Ada yang kena jangkitan, maka luka bernanah pula. Dia menangis kesakitan setiap kali tangannya mula disuntik untuk dimasukkan saluran darah. Setiap minggu begitu. Ada masa dia terlalu lemah, ibunya perlu mendukungnya turun dari rumah menuruni tangga yang tinggi. Begitulah kehidupan seharian dia dan ibunya sejak dari lahir.

Dan ibunya melakukan semua ini seorang diri.

Dia telah ditinggalkan ayahnya semasa dia masih kecil sangat lagi. Kata ibunya, ayahnya lari bersama perempuan lain (Maka layaklah lelaki itu dibenamkan kepalanya ke tanah sahaja!). Kemudian, ibunya dinasihatkan untuk berhenti kerja kerana gagal memberi komitmen pada pekerjaan. Maka, ibunya seorang diri, menjaga anak yang cacat dan sakit kronik serta tiada pekerjaan dan tinggal bersama bapa yang sudah tua!

Beberapa bulan selepas berpindah dari pulau kecil tapi indah itu, pada tarikh hari ini setahun yang lalu, ibunya menelefon saya dan memberitahu dia telah dimasukkan ke hospital di tanah besar kerana sakit jantung peringkat terakhir (Sakit jantung pula!). Itupun, ianya dikesan oleh doktor pakar dari luar yang melawat hospital yang menjadi rumah kedua dia sepanjang hidupnya. Entah apa yang doktor hospital itu sendiri khayalkan selama ini sehingga tak terjumpa tanda2 sakit jantungnya lebih awal  Macam rasa nak benamkan ke tanah juga kepala doktor ni! Kata ibunya dia akan berusaha menyelamatkan dia walaupun doktor kata tiada harapan langsung.

Bertahan selama 11 tahun dan akhirnya dia pergi menemui Tuhan tiga hari kemudian.

Seorang kanak2 yang bisu, pekak, thalesimia, masalah hati dan sakit jantung. Bukan muncul dalam hidup orang lain hanya kerana kesukaan Tuhan.  Tentunya, Tuhan ada agenda yang lebih besar untuk orang2 yang pernah bersama dan mengenali dia.

Al fatihah untuk dia.

“kamu sedang tersenyumkan di sana ?”

4 thoughts on “Pergi IV

    • ye fida. tapi selagi kita diberi peluang untuk terus hidup, kita mesti terus bernafas dan menghayati hidup sepenuhnya dengan sebaiknya. biarkan debu dosa berterbangan

      p/s : terima kasih kerana sudi membaca🙂

    • say thanks to putra. kat mana dia letak sajak tu? tak jumpa pun kat blog dia?

      anyway.. kalau nak tengok gambar budak yang aku cerita ni, tengok kat facebook aku. namanya zainuddin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s