Suratan atau kebetulan

Itu tajuk lagu.

Apa? Tak pernah dengar? Maknanya kamu mungkin seorang kanak2 yang berada dalam darjah tiga yang tersesat ke blog ini ketika mencari gambar Ultraman. Kita akan bercakap dan mendengar dalam gelombang yang terpisah. Maka hati kita tak akan bersatu, jiwa kita tak mungkin berpadu. Sekarang, pergilah. Main jauh2.

Bercerita tentang suratan dan kebetulan ni, maka di sini sukalah saya ingin berkongsi akan perkataan kegemaran saya.

Serendipity.

Jika anda malas atau hidup anda terlalu sebuk untuk membaca wikipedia, marilah saya ceritakan apakah itu lembaga yang bernama serendipity.

Mengikut penyiasatan patik pacal yang hina ini, perkataan serendipity telah dinamakan antara sepuluh perkataan yang paling sukar untuk didefinisikan secara tepat oleh pertubuhan penterjemah di Britain pada tahun 2004. Tapi, lebih kurang ginilah maksudnya; sesuatu yang lebih baik berlaku kerana hasil daripada usaha untuk sesuatu yang lain. Ada juga yang mendefinisikan ianya sebagai kebetulan yang menguntungkan.

Saya mula bertemu dengan perkataan ini apabila menonton filem Serendipity beberapa tahun yang dulu. Ianya kisah tentang si hero bertemu dengan si heroin ketika berebut membeli sarung tangan di sebuah kedai pada satu malam sebelum krismas. Si heroin menulis nombor telefonnya pada sebuah buku dan sengaja menjualnya kepada buku terpakai. Mereka terpisah. 3 tahun kemudian, buku tersebut telah dihadiahkan oleh bakal isteri si hero (perempuan lain) pada malam sebelum majlis perkahwinan mereka. Amboi! Manis sekali cerita dongeng ini (Pengumuman: saya memang suka cerita dongeng. Silalah kutuk saya habis2 an).

Satu kisah serendipity yang terkenal ialah bagaimana nota lekat (post-it-note) telah tercipta. Adapun pada satu hari di tahun 1970, Spencer Silver dalam makmal 3M sedang berhajat mencipta gam pelekat yang lebih kuat berbanding yang ada dipasaran. Entah apa ke bengongnya dia hari tu, maka percaturannya tidak mejadi, yang menjadi ialah pelekat yang lembik tidak bermaya.

Beberapa tahun kemudian, seorang rakannya yang sedang menghadiri upacara nyanyian di gereja menghadapi kesukaran untuk menanda buku nyanyiannya. Pada mulanya dia menggunakan pen marker. Tapi asyik jatuh berkali2. Dipendekkan cerita, digunakannya gam yang tersilap cipta oleh pakcik Spencer itu tadi untuk melekatkan pen marker kepada buku tadi. Wah! pen marker tidak jatuh, dan bila ianya diangkat, tidak pula merosakkan buku. Maka bersemayamlah dimana2 nota pelekat di setiap pejabat yang sebuk di seluruh dunia walaupun teknologi makin kembang mewangi.

Memandangkan usaha saya untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di blog ini, saya tercari2 perkataan Bahasa Melayu untuk maksud Serendipity. Tetapi saya gagal memanggil mana2 perkataan yang saya tahu. Kalau ianya digantikan dengan “kebetulan” macam tak kena. “Teori kebetulan” dicipta oleh ahli sains barat yang menafikan kewujudan Tuhan. Ianya sama taraf dengan Teori Darwin, Big Bang dan Quantum Mechanics. Teori ini sentiasa diperdebatkan kerana menganggap kejadian2 berlaku sendiri dengan tidak semena2 tanpa penggerak dan perencana. Konsep “kebetulan” bagi yang percaya kepada Tuhan seharusnya di sebut bersama Tuhan sebagai Maha Perencana.

Mungkinkah perkataan “suratan” lebih sesuai untuk serendipity? “Suratan yang indah”. Sedap juga bunyinya. Tapi, “suratan” yang tulin terlalu bergantung harap pula kepada ketentuan Tuhan sehingga menjadikan kita tidak berusaha dan menerima nasib seadanya.

Sefaham saya serendipity adalah konsep sebab-akibat (cause-effect) yang semuanya telah direncana oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Bukan “kebetulan” dan bukan “suratan” seratus peratus. Ianya tertakluk kepada pilihan2 kita untuk berusaha. Ye lah, kan pakcik Spencer tadi tu berusaha sesuatu pada mulanya.

Serendepity adalah aturcara Tuhan yang sangat istimewa.

Baru2 ini berlaku serendipity kepada saya. Saya terjumpa instrumen yang sangat sesuai untuk tesis saya semasa saya sedang mencari teori asasnya. Teori asas belum dapat tapi instrumen tersebut sangat hebat. Akhirnya, ianya memudahkan saya memilih teori yang sesuai (Terima kasih, Ya Tuhan).

Malam ini mahu mimpikan serendipity, kalau nak ikut marilah. Esok, mari sama2 kita mulakan langkah dengan bergaya dan berusaha tanpa putus asa!

Malam ini juga mahu mimpi makan malam di restoren ini (mimpi sahaja yang mampu, jauh sangat ni!)

9 thoughts on “Suratan atau kebetulan

  1. Kau punya tulisan kali ni aku bagi 3.9/5, kerna banyak ilmiah…hehehe…0h tambah sikit la….. 4.05/5….hehehe good luck….

  2. kedekut betui naaisham….kalau zana, boleh bagi 5.5/5 utk writing ni. sambil tu juga berharap serendipity selalu terjadi dlm hidup ni.

  3. naaisham,

    lumayan markah tu. hehe

    zana,

    cikgu pemurah markah ni. hehe

    serendipity dah jadi kat zana – usaha mintak jauhkan dari si magkuk tu, di akhiri dengan dapat penyelia yang lembut dan manis🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s