Ada apa pada nama?

Orang memang suka nama yang mempunyai maksud dan melambangkan kebaikan, kecantikan, keagungan dan kehormatan. Tapi kadang2 nama hanya tinggal nama dan tidak memberi maksud apa2. Dengan izin Tuhan maksud sesuatu nama seseorang boleh juga berjangkit dengan fizikal atau perwatakan orang itu. Kadang2 tidak juga. Saya pernah ada seorang senior semasa di universiti dulu2 . Wah! Orangnya dahsyat! Mempunyai warna kulit sawo matang dan otot yang berketul2 serta sangat kacak dan macho. Pemain rugbi pula.  Junior2 memanggilnya Abang Zai. Tapi nama penuhnya Zaiton. Tapi lelaki tulin you!

Pernah saya hampir rasa seperti mahu membaling pemadam papan hitam kepada salah seorang pelajar saya yang memberitahu bahawa ayahnya bernama “Musang” . Saya rasa sangat dipermainkan dan paling tidak,  saya rasa tentulah ayah pelajar tersebut berkecil hati hingga hujung nyawa bila mengetahui yang anaknya memanggilnya “musang”. Oh Tidak! Apabila saya memeriksa daftar nama pelajar kelas tersebut, memang benar ayahnya bernama “Musang”! . Tapi anaknya agak comel dan selalu menurut kata, jadi saya rasa encik Musang tentulah seorang lelaki yang rupawan dan budiman.

Tapi dia ini telah diberi nama yang sangat istimewa.

Daisy.

Dia adalah bekas pelajar saya. Berbanding dengan kawan2 sekelasnya yang lain, dia bukanlah seorang pelajar yang cerdas dan agak lambat menangkap ilmu. Dia selalu ketinggalan dalam aktiviti kelas dan terkial2 menekan2 kalkulator dengan wajah yang sangat kasihan apabila saya berada dekat dengannya.

Tetapi dia adalah seorang pelajar yang amat tegar menganggu saya. Setiap kali selepas kelas, adalah menjadi acara wajib dia mengunjungi saya meminta mengulang kembali isi pelajaran hanya untuk dia seorang. Sangat kerap. Agak memakan masa juga bila melayannya. Kadang2 bila saya terlalu sebuk, pernah juga saya terfikir untuk mengecilkan badan dan bersembunyi senyap2 dalam laci almari. Ah! Tak sampai hati pula, bila mengenangkan pergerakan dan tutur katanya yang lembut dan manis. Pelajar yang baik harus dilayan dengan baik. Itulah prinsip pendidik yang tak tertulis dimana2 surat perjanjian (Ini blog saya, maka saya harus kelihatan bertimbangrasa dan baik sekali. Menunjuk2 yang disengajakan?huhu)

Ya, dia memang tidak menyerlah dan ringkas tetapi manis dan sangat menangkap jiwa. Dia benar2 seperti bunga daisy yang tinggal sekuntum di tengah belukar yang menoleh ke kiri ke kanan bila ditiup angin di musim dingin sederhana.

*Daisy, jika kamu terbaca catatan ini. Hubungi saya (Mengikut kiraan saya, kamu sudah bergraduat. Betulkan?)
** Abang Zaiton dan Encik Musang. Minta maaf mengumpat terang2 an. Saya yakin kamu berdua baik2 orangnya🙂

8 thoughts on “Ada apa pada nama?

  1. Semasa pakcik mengajar kewartawanan foto yang sangat diminati pelajar cina ( pakcik tak suka mengajar pelajar cina pada masa itu kerana kita cakap melayu mereka kurang faham begitu juga cakap Inggeris, bagaimana boleh masuk Universiti pakcik pun tak faham ) ada seorang pelajar namanya Thong Sam Pah, menyampah pakcik menyebutnya. Pelajar macam Lina Kama pun ada, yang pakcik benci tapi rindu. Sekarang dengar ceritanya Thong Sam Pah telah jadi pensyarah dan tukar nama Thomas.
    Nama penting pada budaya Melayu, itu sebab ada budaya melayu yang terkenal dengan sebutan gila isim (gila nama) seperti yang sedang berkembang wabaknya kini, peliknya yang parah terkena wabak tersebut semua yang mengaku cendiakawan yang tumbuh macam cendawan. jumpa lagi.

  2. ahhhh….aku terpanggil lagi…..
    lina…..( anggaplah bukan panggilan manja) ( kerna
    kalau dipanggil Has …. tidak kormersial) ( ina…..kebanyakan saja )

    perkara awal dihisab nanti solat……
    kiranya semua semua sudah dineraca timbangan ….tidak ada yang berbaki…..agaknya apa yang dihisab?

    itulah signifikannya nama….( ahhhh bencinya aku menggunakan perkataan yang itu – signifikan—ngapa ya? tentu kamu mengerti )

    axxxr = makna ‘yang berbunga’…..ahhh cocok sekali dengan gambar itu…..

    • Pakcik,

      nama Thong Sam Pah memang menyedihkan🙂

      axxxr,

      amboi.. hang ni sungguh berbakat meninggalkan nukilan yang dah lama tersorok dalam perut. haha. nukilan tesis dah start ke belum?hehe

  3. Aku punya nama yang agak kebanyakan : Junadie tapi biasanya akan disebut sebagai Junaidi. Aku masih ingat semasa di darjah satu apabila cikgu memanggil nama ada empat orang mengangkat tangan. Saya juga pernah dimarahi kerana tidak masuk kelas Pendidikan Islam kerana nama itu.
    Akhirnya lewat umur ke-28 tahun saya memberanikan diri bertanya kepada dady mengapa dalam keluarga saya satu-satunya mendapat nama yang berlainan sekali dengan adik-beradik yang lain: John, Johanis, June, Julai, Juana
    Sungguh jawapan itu buat saya terkedu:
    “Kami andaikan suatu hari nanti kamu akan memeluk Islam’
    Sepatutnya saya gembira dengan penjelasan itu kerana doa itu makbul bukan sahaja saya tetapi seluruh keluarga telah ‘convert’. Cumanya saya telah menukar nama!

  4. wah.terkesan saya dengan cerita Junadie. dan saya rasa nama thong sam pah ni adalah legend, sebab guru saya masa darjah 6 pun ada cerita yang muridnya ada bernama demikian..hmm

    bagi saya nama amat penting benar mcm doa. saya ada seorang kawan, yang nakalnya…memeang nakal, tapi bijak dan cepat menghafal, mana taknya nama dia Hafizah..huhu. Dan saya yakin kerana nama saya yang bermaksud “kesayangan ku jiwaku” saya ni mudah jatuh hati pada orang..heheeh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s