Suratan atau kebetulan

Itu tajuk lagu.

Apa? Tak pernah dengar? Maknanya kamu mungkin seorang kanak2 yang berada dalam darjah tiga yang tersesat ke blog ini ketika mencari gambar Ultraman. Kita akan bercakap dan mendengar dalam gelombang yang terpisah. Maka hati kita tak akan bersatu, jiwa kita tak mungkin berpadu. Sekarang, pergilah. Main jauh2.

Bercerita tentang suratan dan kebetulan ni, maka di sini sukalah saya ingin berkongsi akan perkataan kegemaran saya.

Serendipity.

Jika anda malas atau hidup anda terlalu sebuk untuk membaca wikipedia, marilah saya ceritakan apakah itu lembaga yang bernama serendipity.

Mengikut penyiasatan patik pacal yang hina ini, perkataan serendipity telah dinamakan antara sepuluh perkataan yang paling sukar untuk didefinisikan secara tepat oleh pertubuhan penterjemah di Britain pada tahun 2004. Tapi, lebih kurang ginilah maksudnya; sesuatu yang lebih baik berlaku kerana hasil daripada usaha untuk sesuatu yang lain. Ada juga yang mendefinisikan ianya sebagai kebetulan yang menguntungkan.

Saya mula bertemu dengan perkataan ini apabila menonton filem Serendipity beberapa tahun yang dulu. Ianya kisah tentang si hero bertemu dengan si heroin ketika berebut membeli sarung tangan di sebuah kedai pada satu malam sebelum krismas. Si heroin menulis nombor telefonnya pada sebuah buku dan sengaja menjualnya kepada buku terpakai. Mereka terpisah. 3 tahun kemudian, buku tersebut telah dihadiahkan oleh bakal isteri si hero (perempuan lain) pada malam sebelum majlis perkahwinan mereka. Amboi! Manis sekali cerita dongeng ini (Pengumuman: saya memang suka cerita dongeng. Silalah kutuk saya habis2 an).

Satu kisah serendipity yang terkenal ialah bagaimana nota lekat (post-it-note) telah tercipta. Adapun pada satu hari di tahun 1970, Spencer Silver dalam makmal 3M sedang berhajat mencipta gam pelekat yang lebih kuat berbanding yang ada dipasaran. Entah apa ke bengongnya dia hari tu, maka percaturannya tidak mejadi, yang menjadi ialah pelekat yang lembik tidak bermaya.

Beberapa tahun kemudian, seorang rakannya yang sedang menghadiri upacara nyanyian di gereja menghadapi kesukaran untuk menanda buku nyanyiannya. Pada mulanya dia menggunakan pen marker. Tapi asyik jatuh berkali2. Dipendekkan cerita, digunakannya gam yang tersilap cipta oleh pakcik Spencer itu tadi untuk melekatkan pen marker kepada buku tadi. Wah! pen marker tidak jatuh, dan bila ianya diangkat, tidak pula merosakkan buku. Maka bersemayamlah dimana2 nota pelekat di setiap pejabat yang sebuk di seluruh dunia walaupun teknologi makin kembang mewangi.

Memandangkan usaha saya untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di blog ini, saya tercari2 perkataan Bahasa Melayu untuk maksud Serendipity. Tetapi saya gagal memanggil mana2 perkataan yang saya tahu. Kalau ianya digantikan dengan “kebetulan” macam tak kena. “Teori kebetulan” dicipta oleh ahli sains barat yang menafikan kewujudan Tuhan. Ianya sama taraf dengan Teori Darwin, Big Bang dan Quantum Mechanics. Teori ini sentiasa diperdebatkan kerana menganggap kejadian2 berlaku sendiri dengan tidak semena2 tanpa penggerak dan perencana. Konsep “kebetulan” bagi yang percaya kepada Tuhan seharusnya di sebut bersama Tuhan sebagai Maha Perencana.

Mungkinkah perkataan “suratan” lebih sesuai untuk serendipity? “Suratan yang indah”. Sedap juga bunyinya. Tapi, “suratan” yang tulin terlalu bergantung harap pula kepada ketentuan Tuhan sehingga menjadikan kita tidak berusaha dan menerima nasib seadanya.

Sefaham saya serendipity adalah konsep sebab-akibat (cause-effect) yang semuanya telah direncana oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Bukan “kebetulan” dan bukan “suratan” seratus peratus. Ianya tertakluk kepada pilihan2 kita untuk berusaha. Ye lah, kan pakcik Spencer tadi tu berusaha sesuatu pada mulanya.

Serendepity adalah aturcara Tuhan yang sangat istimewa.

Baru2 ini berlaku serendipity kepada saya. Saya terjumpa instrumen yang sangat sesuai untuk tesis saya semasa saya sedang mencari teori asasnya. Teori asas belum dapat tapi instrumen tersebut sangat hebat. Akhirnya, ianya memudahkan saya memilih teori yang sesuai (Terima kasih, Ya Tuhan).

Malam ini mahu mimpikan serendipity, kalau nak ikut marilah. Esok, mari sama2 kita mulakan langkah dengan bergaya dan berusaha tanpa putus asa!

Malam ini juga mahu mimpi makan malam di restoren ini (mimpi sahaja yang mampu, jauh sangat ni!)

Advertisements

Hilang

Kehilangan seseorang yang sentiasa memberi bahunya sebagai lapik sedu sedan, yang sentiasa menjadi selimut di malam hari sewaktu musim tengkujuh dan yang sentiasa menyediakan ruang untuk disorokkan hati. Itu adalah kehilangan yang maha tinggi darjahnya.

Suara kamu tadi seperti suara isteri Patrick Swayze yang tenang dan aman bila bercerita tentang bagaimana saat2 terakhir dia bersama yang tercinta. Ye lah. Tuhan hanya beri bencana kepada yang kuat menahannya sahaja. Kalau itu terjadi pada aku, belum tentu aku boleh bersuara.

Al-Fatihah untuk separuh jiwa kamu yang pergi.

Zura, kamu sangat kuat!

Jalan kegemaran

Itu dia
jalan yang paling gemar aku tenung dan kenang
yang di tengah2 gereja dan masjid
sambil mengesan jantungku
ah! masih seperti dulu
bunyi degupnya
tenang

lupa! itu kata hatiku sahaja
yang suka meminta2

Ada apa pada nama?

Orang memang suka nama yang mempunyai maksud dan melambangkan kebaikan, kecantikan, keagungan dan kehormatan. Tapi kadang2 nama hanya tinggal nama dan tidak memberi maksud apa2. Dengan izin Tuhan maksud sesuatu nama seseorang boleh juga berjangkit dengan fizikal atau perwatakan orang itu. Kadang2 tidak juga. Saya pernah ada seorang senior semasa di universiti dulu2 . Wah! Orangnya dahsyat! Mempunyai warna kulit sawo matang dan otot yang berketul2 serta sangat kacak dan macho. Pemain rugbi pula.  Junior2 memanggilnya Abang Zai. Tapi nama penuhnya Zaiton. Tapi lelaki tulin you!

Pernah saya hampir rasa seperti mahu membaling pemadam papan hitam kepada salah seorang pelajar saya yang memberitahu bahawa ayahnya bernama “Musang” . Saya rasa sangat dipermainkan dan paling tidak,  saya rasa tentulah ayah pelajar tersebut berkecil hati hingga hujung nyawa bila mengetahui yang anaknya memanggilnya “musang”. Oh Tidak! Apabila saya memeriksa daftar nama pelajar kelas tersebut, memang benar ayahnya bernama “Musang”! . Tapi anaknya agak comel dan selalu menurut kata, jadi saya rasa encik Musang tentulah seorang lelaki yang rupawan dan budiman.

Tapi dia ini telah diberi nama yang sangat istimewa.

Daisy.

Dia adalah bekas pelajar saya. Berbanding dengan kawan2 sekelasnya yang lain, dia bukanlah seorang pelajar yang cerdas dan agak lambat menangkap ilmu. Dia selalu ketinggalan dalam aktiviti kelas dan terkial2 menekan2 kalkulator dengan wajah yang sangat kasihan apabila saya berada dekat dengannya.

Tetapi dia adalah seorang pelajar yang amat tegar menganggu saya. Setiap kali selepas kelas, adalah menjadi acara wajib dia mengunjungi saya meminta mengulang kembali isi pelajaran hanya untuk dia seorang. Sangat kerap. Agak memakan masa juga bila melayannya. Kadang2 bila saya terlalu sebuk, pernah juga saya terfikir untuk mengecilkan badan dan bersembunyi senyap2 dalam laci almari. Ah! Tak sampai hati pula, bila mengenangkan pergerakan dan tutur katanya yang lembut dan manis. Pelajar yang baik harus dilayan dengan baik. Itulah prinsip pendidik yang tak tertulis dimana2 surat perjanjian (Ini blog saya, maka saya harus kelihatan bertimbangrasa dan baik sekali. Menunjuk2 yang disengajakan?huhu)

Ya, dia memang tidak menyerlah dan ringkas tetapi manis dan sangat menangkap jiwa. Dia benar2 seperti bunga daisy yang tinggal sekuntum di tengah belukar yang menoleh ke kiri ke kanan bila ditiup angin di musim dingin sederhana.

*Daisy, jika kamu terbaca catatan ini. Hubungi saya (Mengikut kiraan saya, kamu sudah bergraduat. Betulkan?)
** Abang Zaiton dan Encik Musang. Minta maaf mengumpat terang2 an. Saya yakin kamu berdua baik2 orangnya 🙂