Ada cinta untuk si tua

Saya ada nenek (Oh ya? anda juga masih ada nenek? Alhamdulillah. Apa khabar kah dia?). Nenek saya sihat. Sangat sihat jika diukur dengan kadar kekuatan vokalnya. Suaranya sangat nyaring. Mampu mengalahkan ketua platun tentera yang memekik memberi arahan kawad. Jika dia ketawa.. oh tuhan! Mungkin juga boleh kedengaran walaupun terpisah dengan tujuh petak sawah.

Sangat bertenaga bila bercakap dan bercerita. Sesiapa sahaja boleh dipaksanya  mendengar dia bercerita. Pernah satu hari, ketika membawanya melawat emak di hospital, nenek mengajak seorang orang tua di sebelah katil emak (yang sebaya dengannya, yang separuh mati menahan sakit)  mendengar dia bercerita tentang cucu2nya. Dia tidak peduli orang berminat ataupun tidak, yang penting gian berceritanya, beres.

Semakin hari nenek menjadi makhluk ciptaan tuhan yang semakin aneh (Ataupun apabila semakin kita tua, memang kita akan berkelakuan aneh?). Nenek semakin keanak-anakan. Kadang2 tidak tahan dibuatnya. Selalu mahukan perkara yang kadang2 tidak padan dengan usianya. Dia selalu bercitarasa seperti cucunya. Kadang2 berlebihan. Dia mahu memakai selendang panjang seperti selendang kesukaan saya. Masa’elahnya, selendang yang dia beli penuh dengan manik dan labuci berkilat2. Sakit mata! Juga, dia mahukan kasut bertumit yang hujungnya tirus. Aduh! Nenek siapa ni..

Seperti kanak2, sangat kuat menangis pula. Bila jumpa nangis, bila berpisah nangis, bila cerita tentang perkara2 baik nangis, cerita tentang perkara2 buruk nangis, orang bagi hadiah nangis, orang tak bagi hadiah nangis.

Paling tidak tahan bila dia menyanyi. Entah apa lagu saya tidak pernah dengar. Pelik2 liriknya. Yang saya tahu lagu “gambus jodoh” P.Ramlee tu sahaja lah. (Saya selalu rasa dia memang sengaja berniat jahat menyanyikan lagu tu untuk saya)

Walaupun suaranya terlalu kuat, suka menganggu orang, suka menangis, suka menyanyi dan memperli, jauh di pelosok hati saya, saya sayangkan dia. Memang begitulah agaknya perasaan kita pada orang yang  bersangkut paut darah dan daging. Ada masa kita tidak suka padanya, tapi ada satu masa kita rasa kita tak mahu tempatnya digantikan dengan orang lain. Perasaan tu biasanya sangat kuat.

inilah nenek yang kuat menangis tu

3 thoughts on “Ada cinta untuk si tua

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s