Baju kurung + gitar = boleh tahan

Gambar : curi dari fesbuk Ana Raffali. ampun

Kalau dah berbaju kurung tu, memang nampak cantik saja. Memang nampak ayu saja. Memang nampak sopan saja. Susah nak buat aksi tak senonoh. Ye lah! Apa ke jadahnya nak melompat dan nak panjat pokok kelapa macam beruk mak yeh ye tak? Baik2 bawak diri tau.

* Tiba2 teringin belajar main gitar pulak. Siapa nak ajar ni? Haih!

Advertisements

“Monte” yang melayu

Bunga di tanah telah layu
matahari di langit telah pergi
awan nan kelabu berbentuk lucu
angin di pohon2 bertiup2 padaku

…….

aku menyampaikan hajat pada bintang di malam hari
pada bintang yang paling cerah di langit
tapi baru kusedar pula
itu hanya satelit

tapi kau, kau datang menenangkan aku
oh kau, datang mendinginkan aku


* Terima kasih Zee Avi. untuk lagu yang manis seperti kuih lompat tikam yang bewarna warni

**Gatal jugak nak menulis walaupun telah berjanji atas batu jemala diri yang lupa lirik dan diri ni untuk berkabung meratapi kepayahan kerja2 tesis. Ah! bukan ada idea menulis yang molek2 pun. Saja nak menggatal mintak perhatian.

Untuk Kamu

Catatan ini ditujukan untuk kamu yang hari2 menjenguk ke sini (ada ke? huhu)

Sepanjang minggu ini, atau minggu hadapan atau minggu hadapan satu lagi, mungkin saya tidak akan mencatat apa2 di sini. Kerja2 tesis sedang bergayut2 di leher saya. Saya mahu menghambakan diri kepada penulisan tesis sebentar. Sementara itu, saya mahu berkongsi lagu kesukaan saya ketika ini. Saya mendengarnya berkali2 tak berhenti dari semalam hingga sekarang. Lagu ini sangat membantu membina jiwa saya. Saya harap ia mampu membantu jiwa kamu juga. Lagu ini sangat berguna untuk sesiapa yang ditinggalkan oleh pasangan yang tak berguna. Cintailah diri sendiri, juga Tuhan (ingatan untuk saya dan kamu)

Lagu ini untuk kamu

I’m me once more

No, I really don’t think so
That you think I’d be incapable of being on my own
No, I really don’t think so
That I would for a second let you back in through my door

I have spent many a nights
Even when you are by my side
I shed tears I couldn’t dry
I shed tears I couldn’t dry

But I should thank you for
Taking my blindfold off now
I ain’t jaded no more, no more
And I take pride in being the one that said goodbye
That could only mean I am me, once more

You would turn your head the other way
So you won’t have to listen to what I have to say
You assume that I needed you
But you didn’t realize that I needed no one but myself
I needed no one but myself

But I should thank you for
Taking my blindfold off now
I ain’t jaded no more, no more
And I take pride in being the one that said goodbye
That could only mean I am me, once more

That could only mean I am me, once more
That could only mean I am me, once more

Ada cinta untuk si tua

Saya ada nenek (Oh ya? anda juga masih ada nenek? Alhamdulillah. Apa khabar kah dia?). Nenek saya sihat. Sangat sihat jika diukur dengan kadar kekuatan vokalnya. Suaranya sangat nyaring. Mampu mengalahkan ketua platun tentera yang memekik memberi arahan kawad. Jika dia ketawa.. oh tuhan! Mungkin juga boleh kedengaran walaupun terpisah dengan tujuh petak sawah.

Sangat bertenaga bila bercakap dan bercerita. Sesiapa sahaja boleh dipaksanya  mendengar dia bercerita. Pernah satu hari, ketika membawanya melawat emak di hospital, nenek mengajak seorang orang tua di sebelah katil emak (yang sebaya dengannya, yang separuh mati menahan sakit)  mendengar dia bercerita tentang cucu2nya. Dia tidak peduli orang berminat ataupun tidak, yang penting gian berceritanya, beres.

Semakin hari nenek menjadi makhluk ciptaan tuhan yang semakin aneh (Ataupun apabila semakin kita tua, memang kita akan berkelakuan aneh?). Nenek semakin keanak-anakan. Kadang2 tidak tahan dibuatnya. Selalu mahukan perkara yang kadang2 tidak padan dengan usianya. Dia selalu bercitarasa seperti cucunya. Kadang2 berlebihan. Dia mahu memakai selendang panjang seperti selendang kesukaan saya. Masa’elahnya, selendang yang dia beli penuh dengan manik dan labuci berkilat2. Sakit mata! Juga, dia mahukan kasut bertumit yang hujungnya tirus. Aduh! Nenek siapa ni..

Seperti kanak2, sangat kuat menangis pula. Bila jumpa nangis, bila berpisah nangis, bila cerita tentang perkara2 baik nangis, cerita tentang perkara2 buruk nangis, orang bagi hadiah nangis, orang tak bagi hadiah nangis.

Paling tidak tahan bila dia menyanyi. Entah apa lagu saya tidak pernah dengar. Pelik2 liriknya. Yang saya tahu lagu “gambus jodoh” P.Ramlee tu sahaja lah. (Saya selalu rasa dia memang sengaja berniat jahat menyanyikan lagu tu untuk saya)

Walaupun suaranya terlalu kuat, suka menganggu orang, suka menangis, suka menyanyi dan memperli, jauh di pelosok hati saya, saya sayangkan dia. Memang begitulah agaknya perasaan kita pada orang yang  bersangkut paut darah dan daging. Ada masa kita tidak suka padanya, tapi ada satu masa kita rasa kita tak mahu tempatnya digantikan dengan orang lain. Perasaan tu biasanya sangat kuat.

inilah nenek yang kuat menangis tu

Tin yang kasihan

Di sana ada tin terbuang
bersinar-sinar
melawan si matahari
bergolek-golek
menagih kasihan

menghentam tiang lampu
kemudian menggelongsor ke longkang
kemudian melanggar kakiku

benci!
bising sahaja yang lebih
tapi kosong!

sangat kasihan