Menunggu keadilan

Saya selalu sangka dunia tidak adil
Pada sesetengah orang

Seorang wanita yang sangat putih hatinya
Tiada harta dan pekerjaan
Ditinggalkan suami mengejar perempuan lain
Lalu dia mendukung anak tidak sempurna
Pekak, bisu, sakit thalesimia dan sakit jantung
Tangan anaknya mengembang
Kerana suntikan ubat candu canduan

Padahal

Seorang wanita yang tidak digemari ramai
Dikahwini si kaya terbilang
Ketawa berlari di rumah besar di kejiranan mewah
Dihadapannya bersusun kereta idaman
Mempunyai anak yang sihat dan comel
Tangan anaknya berketul-ketul
Kerana zat dan susu berlebihan

Anak wanita berhati putih sudah pergi
Anak wanita isteri si kaya masih sihat sejahtera

Wanita berhati putih seorang diri
Wanita isteri si kaya terus bahagia

Saya sedang menunggu berita
untuk membuat pembetulan
kepada sangkaan membuta tuli

Saya sedang sabar menunggu keadilan

( Setelah tujuh bulan pemergian anak wanita berhati putih.. Alfatihah)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s