Si perut gendut dan Si hero hindustan

Teringat tentang seorang pensyarah semasa belajar di peringkat sarjana muda (yang sangat perasan muda dan comel – bukan pensyarah tersebut, itu saya)  meminta setiap pelajarnya membuat penulisan refleksi dan perlu dihantarkan kepadanya setiap minggu. Beliau menyarankan menulis apa sahaja berkenaan dengan kehidupan seharian dan jika tidak ada idea langsung katanya, menulis tentang seekor cicak yang hampir terputus ekor pun tidak apa. Ah! Malas terlampau! Masa berhibur semakin berkurang. Assignment! Assignment! Itu sahaja lah yang mesti dibuat bila menjadi pelajar?  Pensyarah tidak kreatif dan tidak berinovasi! Dasar pensyarah gila makan kertas! Beberapa banyak kali saya menyumpah dan mengumpat pensyarah yang mempunyai perut yang gendut dan lemak menggeleber berebut2 ingin keluar diperutnya itu (idea: Andrea Hirata), dan yang kerap kali berjalan dengan halatuju tidak pasti. Berat otaknya tidak seimbang barangkali. Mungkin banyak ilmu atau banyak merapu. Dan tidak dibahagikan samarata diantara otak kanan dan otak kiri.

ist2_1051832_fat_man_1

Ini gambar hiasan. Bukan pensyarah saya.

Itu dulu.

Itu adalah perasaan seorang yang dikawal oleh otak yang salur2 darah didalamnya bersimpang siur di setiap dimensi tidak dicaj dengan tenaga dan kematangan yang betul dan tepat. Pada usia itu, sebarang kecantikan difikirkan keburukan, sebarang kebaikan difikirkan kejahatan. Pensyarah yang gendut tidak lah hodoh rupanya. Ianya kelihatan hodoh kerana ilusi kebodohan fikiran.

Pada usia itu melihat kisah sedih hiba  meleleh drama tv atau filem di pawagam, saya boleh ketawa sehingga ada masa berguling dan menepuk2 belakang badan sesiapa sahaja disebelah sehingga terdengar bunyi “adui!”. Ingatkah anda pemandangan wajah Erra Fazira begitu hodoh, berkerut dahinya, mencebik mulut tak kena gaya, sangat terseksa melihat dia cuba menangis. Dan menangis pula kerana dikecewakan oleh hero yang tidak kacak, pendek, perasan macho, sangat berbulu dan yang suka memakai singlet dan bermotor besar, Memang melucukan. Ingatkah? Tidak ingat? Oh! Tidak mengapa. Anda dimaafkan. Berbahagialah kerana masih muda dan saya juga bahagia dengan kematangan berfikir (Amaran : ini ayat penafian usia).

Sekarang.

Setiap minggu seorang pensyarah yang sangat kebapaan sifatnya, sangat bercirikan pemimpin yang sejati (berbanding dengan pemimpin2 kita sekarang? macam langit dan bumi, macam kapur dan keju!) yang sangat melopongkan ilmunya, yang tinggi lampai, tegap berkarisma umpama hero hindustan gayanya meminta perkara yang hampir sama seperti pensyarah perut gendut dan berjalan tak pasti itu dahulu. Permintaan yang sama. Lebih berat. Lebih menghibakan dan sangat kelat. Setiap minggu perlu menulis refleksi tentang apa yang dipelajari dikelas. Perlu memasukkan unsur analatikal dan penilaian berdasarkan maklumat empirikal. Beliau tidak pernah menyarankan menulis tentang cicak. Tapi saya tidak terlintas mahu mengumpat. Malahan saya tidak dapat mencari bahan untuk diumpat, samada dari segi perutnya kah, atau cara berjalannya kah, atau caranya berpakaiannya kah. Semuanya saya lihat adil dan kena pada gayanya. kasihan syaitan merayu-rayu memohon saya mengumpat. Tapi tak ada idea langsung!

Lantas, setiap minggu melakukan refleksi analatikal dengan rela dan mencuba untuk ikhlas suci murni. Kemudian, dalam banyak ketika dan waktu yang sunyi sepi, ketika ayam jantan yang sangat pendengki sifatnya itu nyenyak tidur, saya merasai ilmu saya makin luas, keyakinan  makin bertambah, pemikiran semakin matang dan cara penulisan semakin baik.

ghajini-aamir-300x278

Rupa paras hero hindustan sekarang ini sangat mengerikan!

Baru lah saya sedar apa yang dimahukan pensyarah perut gendut itu dahulu. Saya tahu yang beliau mahukan perkara yang sama berlaku kepada pelajar-pelajarnya. Tapi sayang.  Dulu saya tidak sedar. Dulu saya kemabukan hiburan anak muda semata. Akal saya kecil dan pendek seumpama jarum yang dipatahkan oleh seorang tukang jahit yang ganas. Perkembangan pemikiran saya sangat perlahan seumpama kadar kelajuan kongkang melompat dari dahan ke dahan. Pernahkah anda melihat pergerakan si kongkang ? Sangat memedihkan!

Pengajaran moral : Belajarlah di usia yang lebih tua matang. Anda akan merasai kenikmatan tersendiri. Rasanya seperti berada di Low’s Peak Gunung Kinabalu sebanyak dua kali (sengaja mahu menunjuk2)

Trivia : Erra Fazira juga sudah matang. Sudah pandai berlakon menangis. Dan yang paling penting tidak menangis kerana hero yang sangat menjengkelkan dahulu. Heronya lebih baik, tinggi dan indah pemandangan rupa parasnya. Tidak apalah kalau dia tidak bermotor besar. Bukannya boleh bawa ke mati.

One thought on “Si perut gendut dan Si hero hindustan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s