Siapa tak sayang abah..

Emak dan abah seperti langit dan bumi (Bukankah kerja tuhan dalam urusan cinta, sangat menakjubkan?). Sekiranya dari jauh mendengar emak seperti bercakap-cakap, meracau, mengamuk, menangis dan ketawa seorang diri yang mana kelakuannya itu tak ubah seperti ciri-ciri tipikal orang gila pelbagai kategori, maka sudah pasti yang berada berdekatan dengannya adalah abah.

Bercakap dengan abah sama juga ertinya bercakap dengan semut yang beratur secara sistematik dihujung penjuru lantai rumah. Jangan diharapkan tindakbalas dari segi bunyi-bunyian. Sekiranya mengharap, maka akan juga sampai tahap gila dan lumpuh. Makanya juga aku jarang menunggu balasan2 berbentuk bunyi-bunyian dari abah. Biasanya bila aku bertanya sesuatu kepadanya, menunggu seketika, dan jika tiada jawaban, aku akan terus berlalu dengan redha. Mendengar dia berdehem sahaja sudah cukup lumayan. Mencari topik untuk bercakap dan bermesra dengan abah seperti mencari tajuk tesis sarjana umpamaannya. Sangat seksa, pedih dan menghibakan. Sukar sekali.

Manusia seperti abah ini jarang ditemui barang kali. Sangat istimewa untuk diceritakan. Rupanya abah ku dan ayah si Andrea Hirata itu tidak jauh beza spesisnya. (Minta ampun kepada sesiapa yang mahu muntah bila berulang kali nama ini disebut. Sangat sukar dielakkan). Andrea pernah berkata dia hanya mendapat 5 perkataan daripada ayahnya dalam satu tahun. Wah! Kalau begitu, nasibku lebih baik. Kerana aku beroleh mendengar perkataan sebanyak itu dalam masa seminggu sahaja.

Biasanya bila aku mahu berangkat kemana-mana dia akan bertanya bila aku akan balik semula. Jika aku tidak kemana-mana pada minggu itu, maka aku tidak mendengar apa-apa pertanyaan langsung dari mulutnya pada minggu itu. Pernah setahun aku jauh di seberang, tidak balik2, maka aku tidak pernah mendengar suara abah dalam masa setahun. Mungkin jika dikira dengan teori matematik mudah kadar langsung, jika aku berada dihadapan matanya seumur hidupku, aku tidak akan mendengar soalan apa2 dari abah seumur hidup. Sungguh tragis hubungan ini!

Seumur hidupku di dunia ini, abah tak pernah meminta aku membancuhkan apa-apa jenis air pun untuknya, tidak pernah meminta aku memasak apa2 jenis makananpun untuknya. Abah akan makan apa sahaja makanan yang terhidang. Tanpa memberi komentar dan sebarang ulasan. Pernah sekali, hanya tinggal beberapa ekor ikan bilis goreng dan semangkuk air asam di atas meja makan. Aku lihat abah makan tanpa banyak soal.

Betapa tenang dan senang mempunyai abah seperti ini. Hampir sahaja aku bersumpah hanya akan menerima lelaki yang sempurna persamaan dengan semua ciri yang   abah ada. Tak jadi. Apabila memikirkan darjah kebarangkalian mendapat penanggung hutang2 ku itu akan menjadi semakin rendah. (Sila geleng kepala. Ish! Ish! perempuan ini. Patutlah tak ada siapa yang mahu! )

Tetapi, akhir2  ini aku dapati sangat sukar memahami abah. Mendalami keadaan abah sekarang ini seperti mendalami Teori Dimensi Sosial Burrell dan Morgan, atau memahami Taksonomi Hopper dan Powell dalam kerja tesis ku. Tidak indah langsung situasinya! Beberapa kali aku melihat dia memegang, memicik  tapak tangannya, memusing-musing, memutar-mutar dan kadang2 berjalan berjengket2 tidak stabil. Sesuatu yang tak kena dengan tangannya atau kakinya, atau mana-mana bahagian pada badannya. Apabila sedang tidur, selalu terdengar dia mengigau mengeluarkan bunyi pelik dan menakutkan dari mulutnya yang kuat membisu itu. Seperti orang sedang bermimpi dalam babak bertempur dengan mahkluk ganas, hodoh lagi mengerikan. Seperti makhluk itu sedang menghenyak perutnya bertubi tanpa belas sedikitpun.

Semakin jelas, abah semakin tidak sihat. Aku risau. Dan seperti biasa, dia tidak membuat sebarang kenyataan terbuka tentang apa-apa pun yang berlaku kepada dirinya.

(Doa untuk abahku dan untuk semua ayah, baba, daddy, walid, dad, appa, papa kepada sesiapa yang membaca cerita ini)

abah400

kredit gambar : azizankamaruddin@photography

11 thoughts on “Siapa tak sayang abah..

  1. Alhamdulillah.. Suatu luahan rasa yang begitu membekas bagi setiap insan begelar manusia yang sayangkan bapa.. Dari minda terus menjana ke semua salur darah langsung terpateri di dalam blog yang comel ini.. Salam ukhwah.

  2. alamak….. sayu teringat lak kat aruah bapak….. dah tak de baru kutahu erti kesepian, kesedihan, kasih sayang dan keindahan seorang yang bergelar BAPAK

  3. teringat kat abah saye yg berada d jengka 14, say blaja d upsi, abah sy pn pendiam, sukar utk sya mendengar suaranya… abah tidak pernah menyoal atau berkata apa2 semuanya dia pendam, sudah beberapa kali sy cuba utk brckp dgn nya… kami dr keluarga yg susah, abah berkorban utk saya dan adk2, hanya kesenangan ank2 dan kemewahan ank2 yg di fikirkan nyer, setiap permintaan ank2 mesti abah akan tunai… itu yg buat sy sedih, abah hanya buruh… sy ada membantunya jika ada duit simpanan akan terus sy kirimkan pd abah… abah always in my heart n my life wherever i go… abah is my life…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s