Darahku makin berkurangan..

Akhir-akhir ini aku menjadi manusia tidak keruan memikirkan satu penyelesaian. Tidak ada halatuju dan motif yang jelas. Berjalan-jalan berpusing-pusing di dalam rumah, merayau-rayau seperti orang gila yang sedang mencari tin minuman yang masih berisi sedikit air di tong-tong sampah dibandaraya. Aku seperti orang gila candu yang telah diragut kesegaran dan kecerdasan fikiran kurniaan tuhan. Aku gagal berfikir dan kebanyakan masa menjadi orang dungu melihat sahaja orang-orang tua di kampung yang tidak dipedulikan anak-anaknya lalu lalang di hadapan rumah dengan motor dan basikal yang buruk sambil tangan disebelah mengendong parang dan cangkul.

Sungguh lama aku berfikir dan mencari jawapan. Sungguh penat mendera otak untuk memikirkan penyelesaian kepada masa’elah sejagat ini. Memikirkan jawapan kepada persoalan ini sahaja membuatkan nafasku tersekat. kadang-kadang mahu muntah.

Bagaimana harus aku singkirkan dia dari hidupku?

Dahulu episod-episod hidupku sangat bahagia dan bercahaya apabila mula berkenalan dengannya. Hidup umpama berada di taman bunga yang penuh pokok bunga renek dan comel yang bewarna warni. Gembira berpusing-pusing menari ditengah guguran bunga kemuning serbak mewangi. Dia umpama putera raja yang sangat kacak yang berhati mulia dan penuh kasih sayang.  Dia memberikan apa sahaja yang aku mahukan. Intan, berlian, gunung, bukit, bulan, bintang, roket dan satelit. Sebutkan sahaja. Dia akan risau teramat sangat bila aku bermuram durja kerana hajat tidak dipenuhi. Dia sememangnya makhluk yang bijak menjaga hati dan sangat sensitif bila aku berada dalam kesusahan. Dia umpama Mel Gibson yang  berada dibarisan hadapan bala tentera dalam filem Brave Heart yang bersedia melawan sesiapa sahaja  yang mahu menculik atau memusnahkanku.

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari.

Aku mula sesak nafas. Dia makhluk yang dulunya hero pujaan terunggul, tiba-tiba berkelakuan aneh dan kejam seperti  menyekat setiap lubang-lubang udara di badanku. Beberapa kali aku terpaksa berpaut pada dinding dan dahan pokok bila sesak nafas, rasa dicekik dan mahu jatuh. Aku menjadi kebingungan kenapa dia harus berubah jadi begini. Kenapa daripada putera raja yang kacak berhati mulia, dia berubah menjadi presiden hantu raya sealam jagat?

Adakah kerana aku yang terlalu menumpahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi terlampau merimpah ruah sehingga dia jadi terlampau manja dan meminta-minta? Aku mengakui, kasih sayangku ini seumpama gula dipasaran negara. Kadang2 berlebihan kadang2 kekurangan. Aku tidak tipu, sekarang ini gula memang sukar dicari. Carilah di mana-mana kedai kecil atau gedung besar gergasi. Memang tiada! seperti juga bekalan kasih sayangku. Aku tidak mampu memberi lebih dari itu. Semakin aku merayu untuk tidak memenuhi permintaannya, semakin membesar tanduknya dikepala, semakin mengerikan wajahnya berubah.  Dia lantas tidak memperdulikan rayuanku. Akhir-akhir ini dia banyak melakukan perbuatan keji dan tidak berhemah. Sekarang ini dia itu, mula meminta darah segar yang mengalir dalam arteri pembuluh yang berselirat didalam badanku. Katanya darah lebih manis dan pekat seperti madu penuh kenikmatan berbanding kasih sayang yang selalu surut dan naik serta cair mengalir. Aku tidak mampu lagi melawan kehendaknya, tanpa rela aku biarkan darahku dihirup sewenang-wenangnya.

Hari ini aku terlihat rupa parasku di cermin. Wajahku putih cerah bukan seperti anak-anak Tibet di kaki Gunung Himalaya, tetapi lebih mirip kepada zombie yang berkeliaran di Kampung Pisang.

Ah! ini tidak adil! tahukah kau betapa penat lelah aku bekerja membanting otak selama ini adalah untuk kesejahteraan diriku dan keluargaku. Kenapa pula kehadiran kau merubah wajahku menjadi zombie yang tidak menyelerakan langsung! Bagaimanakah harus keteruskan hidup ini jika darah tidak beraja dan rupa paras tidak bertakhta?

Aku mesti bertindak! demi kesejahteraan bangsa yang maju dan bebas dari jeratan leher hantu raya seperti kau. Kau mesti kubunuh!

Lada, garam dan surah kursi.

Nah! mati kau wahai si presiden hantu raya!

6 thoughts on “Darahku makin berkurangan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s