Cintailah lasykar lasykar itu..

Universiti ditutup seminggu kerana serangan makhluk yang buta hati dan perasaan bernama H1N1. Satu serangan terancang yang membekalkan sejuta kegelisahan kepada manusia rendahan sehingga sang menteri, tetapi ternyata ianya memberi sedikit rahmat untuk saya. Otak kanan lebih berkuasa apabila saya mendengar ia berkata ” bergerak lambatlah wahai manusia, masa untuk menghantar tugasan dan kerja tesis telah dilewatkan seminggu lagi, maka bersenang-senanglah kamu bersama kekasihmu itu “. Maka manusia yang obses dengan otak kanan ini sememangnya suka benar menurut kata hati tanpa berfikir masa depan dan logik.

“Kekasihku? Oh ya! . Si sombong yang bongkak itu kerana tidak mahu muncul di dalam mimpiku”

Si Andrea Hirata yang sewel itu, yang hanya membenarkan buku-buku tulisannya sahaja dibaca, di mimpi, diketawakan, diangan-angankan..
lasykar pelangi
Lasykar Pelangi adalah buku sulung kepada tetralogi si Andrea. Kemudian Sang Pemimpi, kemudian, Edensor dan terakhir Maryamah Karpov. Mengikut kaedah layanan inventori First In First Out (FIFO), sudah tentu secara harfiahnya, buku inilah yang sepatutnya dibaca terlebih dahulu. Kerana tidak sabar menunggu Lasykar Pelangi saya membaca Edensor terlebih dahulu, yang nyata memberikan pengajaran moral kepada saya: Langkah bendul adalah satu perbuatan orang yang terburu-buru dan sangat tidak menyenangkan.

Lasykar Pelangi adalah kisah hidup Andrea Hirata semasa kecil,  yang tinggal di sebuah pulau bersempadankan Selat Melaka di bawah jajahan Indonesia bernama Belitong. Majoriti penduduk Belitong adalah orang melayu dan sedikit kaum cina. Lasykar Pelangi pula adalah gelaran kepada 10 orang anak-anak Belitong yang mewarnakan pulau yang miskin penuh pekerja kopra, kepenatan, bergaji seadanya menjadi  dunia indah, misteri dan lucu. Kisah Ikal (Andrea), Lintang, Mahar, Sahara, A kiong, Syahdan, Kucai, Tripani, Samson dan Harun adalah kecantikan yang tidak terperi disebalik kepayahan menuntut ilmu di Sekolah Rendah Muhammadiyah. Sekolah tua yang menunggu angin meniupnya untuk jatuh berderai dan yang tidak meminta yuran belajar melainkan hanya beras sekampit untuk gurunya. Bersama Bu Mus dan Pak Harfan, seperti kemiskinan dan kepayahan hidup, tidak langsung mengenalkan kosa kata mustahil kepada anak-anak lasykar Pelangi.

Kesemua sahabatnya itu dikisahkan dengan penuh ayat lucu tetapi boleh pula saya merasa hiba dan sangat terkesan betapa menjadi susah dan melarat itu adalah ubat bius kepada segala kesakitan atas dugaan tuhan. Salah seorang dari 10 lasykar, iaitu Lintang mendapat bab khusus dalam buku ini kerana dia adalah makhluk yang paling genius pernah ditemui oleh Andrea. Lintang adalah manusia miskin yang mengayuh basikal 20 kilometer sehari untuk kesekolah setiap hari. Dia adalah manusia yang terpesona dengan Teori Edwin Hubble yang menyatakan alam mengembang dan makin membesar  dan Nicolaus Copernicus dan Isaac Newton dan lagi dan lagi. Untuk soalan 18 x 14 x 23 + 11 + 14 x 16 x 7 dengan beberapa ketika, Lintang menjawab “651952 !”

Cerita-cerita Andrea seperti mengingatkan saya bahawa ilmu itu seperti raksaksa besar perkasa yang mampu mengangkat manusia ketingkat-tingkat yang berlainan warna dan ketinggian. Selain ilmu, ceritanya seperti mahu memberitahu, cinta berada di setiap hala pernafasan. Cinta ada pada 10 anak lasykar pelangi, guru, pokok filicium, buaya Bodenga, pelepah kelapa, bangunan buruk, Tuk Bayan dukun boleh terbang, bunga renek kecil-kecil, pelangi, gunung dan laut.

Benar kata Andrea,

“..kerja tuhan tidak boleh diramal…nasib, usaha dan takdir bagaikan tiga bukit biru samar-samar yang memeluk manusia dalam lena”.

Pada satu tahap, nasib 10 anak-anak itu sudah ditentukan, tetapi nasib Lintang yang paling sakit untuk diterima akal.

Buku ini sangat sesuai dibaca oleh manusia yang sedang belajar di dalam kelas yang besar, kerusi lembut, mempunyai penghawa dingin yang nyaman dan dihadapannya muncul dengan anggun layar putih ajaib bersama objek bernama overhead projector sambil menyumpah-nyumpah di dalam dihati membenci rupa guru yang tidak rupawan.

3 thoughts on “Cintailah lasykar lasykar itu..

  1. aku seorg pemalas. klu aku nak buat sst aku akn mgambil masa yg sgt lama. tgh buat kerja tu, aku akn berangan, bermenung2an, dan pelbg lg kerja yg kurang dan x berpekdah.
    aku seorg pemalas, dan juga agak lembab. banding ngan liena, mcm langit ngan bumi. klu aku nak buat sst, aku akan susun dulu, rancang dulu, pastikan keberhasilannye nanti. buat nye blum tentu. itu tabiat buruk aku, satu.
    yes, aku seorg pemalas lagi lembab. tp mlm td aku jd lain. aku terus bgn, pegi mandi, solat isyak, kemas bilik, lipat kain, kemas beg utk esok, tulis diari yang dah berapa bln tak tersentuh. semuanye aku buat tanpa tamakninah. mcm tak caye kan. utk apa aku bersungguh2 melangsaikan segala urusan yang slalunye aku tinggalkan utk hari esok dan esok dan esoknye?
    aku nak bersama LASYKAR PELANGI. aku nak menghayatinye tanpa sebarang gangguan. aku nak bergolek2 atas katil bersamanye tanpa kaki tersentuh hanger atau pakaian2 ku yang selalunya berjebun tak berlipat. ketika itu aku baru smpi bab lintang dan mahar. (jgn cerita ngan aku, aku nak baca sendiri, nanti anti klimaks). what can i say? such a beautiful creature. intelek dengan cara dan dalam gaya yang tersendiri. aku baca bahagian itu berulang kali tanpa jemu, supaya aku bkn sekadar menghayati, malah mem visual kan suasana itu dalam khayalan ku.

    • Wah…. adakah kau itu sahabat baikku?.. datang kembali ke entry ini, dan komen kembali laskar pelangi setelah habis membacanya. supaya manusia mahagila buku seperti kau tergila-gilakan andrea seperti aku! haha

  2. Pingback: Beranilah bermimpi.. « Lina ::: Kama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s