Kota Buku Idaman Kalbu

Baru-baru ini ada satu berita yang sangat menarik hati. Baru sahaja aku terbaca tajuknya. Belum pun lagi aku membaca intipati berita, terus seribu bayangan muncul berputar-putar diatas batu jemalaku.

Aku terbayang betul-betul satu kawasan bangunan yang terancang tersusun macam bentuk kota. Siap ada pintu gerbang. Ada jambatan sebelum pintu gerbang. Atas pintu gerbang ada replika buku bertimbun-timbun. Bila masuk ke dalam. ada baaaaaaanyak sangat kedai-kedai buku. Ada besar, ada kecil. Ada gerai menjual macam-macam buku; dari luar negara, buku ‘local’, sastera Melayu, Inggeris, Cina, India, kanak-kanak, mahal-mahal, murah-murah(ulangan; murah-murah, bukan murahan), ada bangunan kedai buku bertingkat-tingkat macam cerita ‘You’ve Got Mail’ dulu. Ada BORDERS, ada MPH, ada POPULAR, Ada kedai buku kecil, tradisional, jual buku-buku lama, bila kita beli dapat beg kertas ‘recycle’ percuma yang comel, ada pejabat-pejabat syarikat jualan buku secara talian. Disetiap kedai, dihadapannya ada laluan berbumbung dan ditingkat atas kedai ada beranda. Setiap kaki lima dan beranda ada kerusi dan meja tempat orang boleh baca buku dengan kusyuk dan tawaduk. Oh, tidak lupa juga ada pokok hijau-hijauan di setiap kaki lima.

Di tengah-tengah kota ada dataran. Ada sudut taman bacaan yang didalamnya ada gazebo, wakaf, pokok comel-comel, dan kipas merata-rata (tidak dinafikan membaca buku dengan tiupan angin sepoi-sepoi berjuta bahasa memberikan satu kepuasan maksima sehingga kelangit ketujuh nikmatnya). Hanya bunyi musik instrumental sahaja dibenarkan untuk memastikan kenikmatan membaca pada tahap naga. Ada taman mainan kanak-kanak. Satu lagi penjuru ada pentas. Nanti boleh buat aktiviti macam-macam. Pameran ke, ‘talk’ ke. Pelancaran buku boleh selalu dibuat di situ. Penulis terkenal dan separa terkenal atau tak terkenal langsung boleh menjenguk selalu. Artis yang tiba-tiba mengaku ulat buku boleh menyebuk juga. Setiap hujung minggu ada aktiviti menarik. Semuanya tentang buku. Mungkin jualan lelong buku-buku lama dan bernilai atau pasar lambak buku terpakai.

Ada juga kafé, menjual makanan sangat berat, berat, separuh berat dan ringan. Untuk orang yang tak reti nak balik-balik. Ada juga terselit  beberapa internet kafe. Satu lagi penjuru kota ada satu pondok informasi. Disitu pengunjung kota boleh mendapat maklumat tentang perkhidmatan yang ada dalam Kota Buku, senarai promosi dan aktiviti terkini Kota Buku. Pengunjung boleh bertanya apa sahaja tentang buku kepada penjaga pondok informasi. Lagi melampau kalau ada hotel atau rumah tumpangan. Bolehla tidur berselimutkan buku!

Huh! Berangan!

Setelah habis membaca artikel tentang cadangan Kota Buku, barulah aku terang lagi bersuluh. Rupanya mahu menjadi Kota Buku Dunia seperti Kota Amsterdam itu. Projek ini adalah untuk menyediakan tempat yang akan menjadi hab kepada industri buku selain penerbitan, pemasaran, pengedaran dan penulisan buku sekurang-kurangnya pada peringkat Asia.  Oh….. gitu. Kusangkakan taman indraloka! hehe. Kata sang menteri, akan diuruskan oleh Kementerian Pelajaran. Tapi rasanya  aku yakin ianya akan lebih kompetatif jika diserahkan sahaja kepada pakar-pakar korparat.

Apa-apa pun, buku perlu dinikmati dimana juga kita berada .

1222-bookstore-beirut

Sebuah syurga buku di Beirut

(Sekarang sedang membaca JANGAN TEDUH DULU m/s 111 – daripada 678 m/s : aramaiti! )

One thought on “Kota Buku Idaman Kalbu

  1. Pingback: Dipertemukan Syurga! « Production Kehidupan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s