‘Wanita tidak hanya bercitra stereotaip, malah mampu mendepani pelbagai kecanggihan dalam hidup’ – Dr. Chew

Sangat payah aku melangsaikan hutangku kepada buku-buku Faisal Tehrani yang bersusun rapi di rak buku yang baru kubeli yang sangat cantik tetapi malangnya dibeli dengan mencium kad kredit terlebih dahulu. Bagi aku, menyelesaikan bacaan untuk sebarang tulisan Faisal Tehrani memerlukan persekitaran yang sangat sunyi sepi dan memerlukan motivasi dan tahap emosi yang paling gaban ketenangannya. Aku menyelesaikan bacaan Tuhan Manusia dalam masa tiga bulan dengan seksa sekali. Entah kemana hilangnya kuasa dulu yang hebat menahan biji mati terus ternganga sehingga subuh hanya semata-mata menghabiskan bacaan. 

 

Cuti semester yang sangat membosankan, memujuk aku mencapai buku Faisal Tehrani yang paling nipis yang bertajuk Surat-surat Perempuan Johor. Ianya dihadiahkan  oleh sahabat karibku yang katanya sanggup berkongsi suami denganku. Berada di kampung diwaktu bukan musim hari raya puasa atau hari raya cina aku rasa seperti telah dihadiahkan kesunyian yang lebih daripada sunyi. Dengan itu, aku berjaya menghabiskan bacaan buku ini hanya dalam masa dua hari.

 

Betul seperti jangkaan aku sebelum aku mula membaca buku ini. Didalamnya penuh bersusun surat-surat yang melangit nilainya. Surat-surat yang ditulis oleh dua orang perempuan dari kerabat yang mulia belaka di Johor tetapi hidup di dua zaman yang sungguh jauh terpisah. Surat dari dua perempuan johor yang bernama ungku Nur dan Ungku hamidah ini disusun bersislihganti dengan mengambil kira turutan kisah yang ingin diceritakan. Penceritaan lebih tertumpu kepada perjuangan kedua-dua perempuan menyampaikan kata-kata ingatan tentang betapa hebatnya pemerintahan dan kanun di negeri Johor yang seharusnya berlandaskan Islam semata, selain kisah indah cinta mereka dengan jejaka Turki. Di zaman Ungku Nur dunia politik dicemar dengan budaya sekular moden yang dituruni dari perjuangan penjajah Inggeris pada zaman Ungku Hamidah. Walaupun berbeza dari segala segi diantara surat-surat tersebut, bagi aku Faisal berjaya menjadikan ia satu kisah yang mengalir dengan lancar dan tidak terganggu. Perbezaan bahasa tulisan moden oleh Ungku Nur dan bahasa yang penuh nahu melayu bahari Ungku Hamidah, bagi aku yang paling manis untuk dihayati. 

SSPJ_151

Faisal sentiasa selesa bercerita tentang dengan kisah wanita yang hebat-hebat belaka. Dan aku cukup selesa dengan penghormatan sebegini. 

 

Pujian sahaja yang boleh aku berikan untuk tulisan Faisal ini. Jika ada kejelikan pun pada cara dia menulis aku pun tidak sedar kerana bagi aku menikmati sastera melayu seperti menikmati makanan yang enak di hotel lima bintang. Aku boleh rasakan kenikmatannya tetapi untuk menyediakannya, aku tidak arif.

 

Tahniah untuk Faisal. Sekarang bolehlah aku menyambung semula ‘Tunggu Teduh Dulu’. Buku yang paling tebal dihasilkannya dan aku terhenti membacanya setahun yang lalu.

4 thoughts on “‘Wanita tidak hanya bercitra stereotaip, malah mampu mendepani pelbagai kecanggihan dalam hidup’ – Dr. Chew

  1. saya dah pun baca tunggu teduh dulu, masih berkisarkan mengenai wanita, ketupat cinta masih mengenai melaka seperti 1511 dan combat 1515. tapi dengan pendekatan yang berbeza dan unik Tuhan Manusia saya baru beli sewaktu Pesta Buku 2010 di adakan. belum dibaca setakat ini sedang berusaha untuk membuka plastik pembalutnya.

  2. Zaleha,

    terima kasih kerana singgah.

    Saya sedang mendambakan “bahlut” buku faisal yang terbaru walaupun beberapa bukunya yang lama, masih tersusun indah dirak belum dibaca2 lagi. huhu

  3. saya sangat suka tulisan faisal tehrani. heee ^^
    setakat ini sudah baca 1515, 1511H [Kombat], bila tuhan berbicara (leluconnya buat orang kata saya psiko. ceh!),
    advencer si peniup ney dan beberapa karya cerpen.prosess membaca tuhan manusia masih sedang berjalan.sayangnya saya ni duduk kampung saja. agak sukar cari orang yang seangkatan saya melainkan di laman begini. =_=”
    tetapi! tak mengapa… reading your review makes me feel better, knowing someone as intelligent as you read the same thing i do.🙂

    tulis lagi tentang buku buku ya! saya sentiasa suka.. ^_^
    terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s