Aku sayang mak

Hari Ibu hampir tiba. 

 

Aku ini dibesarkan dikalangan suasana kekampungan. Mak dengan abah peduli apa tentang hari-hari istimewa yang dicipta barat ni. Yang mereka tahu hari raya dengan hari kenduri kahwin saja yang paling istimewa dalam setahun. Aku pun tak dibiasakan meraikan hari-hari seperti hari ibu dan hari bapa atau hari-hari istimewa lain untuk mereka. Hari jadi mak dan abah pun tidak direkod dengan betul dalam kad pengenalan. Biasalah, orang kampung dulu-dulu bukan dia peduli nak lapor surat beranak betul-betul. Jadi kami adik-beradik tidak tahu tarikh hari lahir mak dengan abah yang sebenar. Tidak pernah ada keraian untuk kedua-duanya. 

 

Bagi aku hari-hari begini tidak ada impak yang besar pada aku. Bagi aku setiap patah dan tingkah laku haruslah meraikan mak dan abah sebagai orang paling penting dalam hidup aku selama 365 hari setahun. Aku belikan hadiah kepada mak dan abah bila-bila masa aku rasa aku nak beli. Bila aku ada duit lebih aku beli mahal sikit. Kalau poket tak mengizinkan.. aku buat-buat muka tak bermaya macam sotong masin.

 

Kerana peranan media yang aku macam perasan beria2 sangat memujuk aku untuk meraikan Hari Ibu, tahun ni aku rasa terpanggil untuk memberi hadiah kepada mak. Aku bawa dia dan abah bercuti di hotel lima bintang. Di tengah-tengah Kuala Lumpur yang merimaskan. Mak suka sangat. Abah suka juga. Tapi, dia tidak begitu selesa dengan bilik air hotel. Katanya, tak boleh berkunci, banyak sangat cermin, air panas sangat dan tak ada gayung. Mak bangun tidur lambat. Subuh hampir tersasar. Sedap sangat agaknya tidur di hotel.

 

Mak keluar masuk tandas hotel. Sakit perut salah makan. Agaknya nasi goreng, atau kopi di hotel.Owh! katanya nasi goreng hotel tak sedap.

 

hmm….agaknya hadiah hari ibu yang pertama ni, tersilap sikit… tak pe lah. aku ada banyak lagi hari nak bagi hadiah pada mak.Aku kan ada 365 hari setahun untuk mak..

4 thoughts on “Aku sayang mak

  1. its me… i’ve owiz punya gerak rasa yg kau pasti akan menulis suatu hari nanti.. menilai dari tahap kejiwangan kau dalam diam…how many years ago eh??

    • Ye.., si Yasmin Liar,

      haha.. baru ni ada seru nak menulis. sebenarnya termula sebab nak berlatih menulis untuk tesis.pastu, jadi gian menulis merepek2 lak….. dah kemana kerja tesis aku.hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s